Wednesday, February 17

Bantuan !




Mesej ni saya forwardkan dari blog sahabat saya yang sedang menuntut di sudan (Abdullah Loqman Bin Osman/ ALBO):


perkongsian arini berkenaan persatuan mahasiswa malaysia di sudan PMMS. nak cerita sikit dan mintak belas ehsan kalian. persatuan sesi ini mengalami beberapa masalah dan yang paling seriusnya ialah masalah kewangan. untuk makluman semua para pembaca, semua pelajar di sudan tidak mendapat bantuan dari mana2 pihak kerajaan atau swasta di malaysia dan majoriti dari ahli meneruskan kehidupan tanpa bantuan dari mana-mana pihak. manakala bantuan dari pihak konsul pendidikan untuk pihak persatuan kini sudah di berhentikan selepas penukaran individu yang banyak membantu pihak persatuan pelajar di sudan.

oleh hal yang demikian, ekonomi persatuan dan para pelajar di sudan memang dalam keadaan yang tenat, tambahan kos hidup di sudan yang agak tinggi dan sewa rumah yang begitu mahal. saya sebagai bendahari pihak persatuan bagi sesi ini, memang sangat-sangat mengharapkan bantuan dari semua pihak . bantuan yang paling di harapkan ialah bantuan kewangan. oleh itu, mana-mana pihak atau individu yang ingin menghulurkan bantuan pelajar malaysia di sudan boleh terus menghubungi saya, atau pun menghubungi keluarga saya di malaysia di talian +60164181009, osman bin murad.

insyallah pada 21.2.2010 4 orang dari ahli persatuan akan pulang ke malaysia, jadi mana-mana yang mahu memberi bantuan pada pihak persatuan mahasiswa malaydia di sudan boleh berurusan secara langsung dengan mereka, ini kerana jika ingin terus menghulurkan bantuan melalui akaun dari malaysia ke sudan, ada beberapa masalah yang akan berlaku, bagi mengelakkan berlaku masalah, pihak yang ingin membuat sumbangan boleh menghubungi no yang di beri diatas. ini juga kerana, pelajar yang pulang tersebut, hanya lah pulang bercuti selama sebulan.

jadi saya mewakili pihak persatuan dan juga semua pelajar malaysia di sudan, sangat2 mengharapkan bantuan dari semua pihak. harapnya, dengan bantuan kalian allah murahkan lagi rezeki kalian dan permudahkan segala kesulitan yang kalian hadapi. amin... saya akan sertakan lampiran perbelanjaan kasar bagi seorang pelajar selama setahun di bumi sudan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...