Saturday, November 29

Driver Albert Einstein


Sebagaimana yang kita sedia maklum,Albert Einstein merupakan antara tokoh Barat yang sangat dikagumi.Beliau sering diundang untuk memberikan ceramah dan motivasi di marata-rata tempat.Beliau tidak jemu langsung untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kepada semua lapisan masyarakat, baik tua mahupun muda.

Pada suatu hari,terjadilah satu dialog antara Beliau dan driver ketika hendak pergi ke sebuah seminar.
"Hari ini aku berasa sangat letih dan mula berasa sangat bosan untuk memberikan ceramah dan motivasi" drivernye menjawab,"Takpe,aku boleh ganti kau sebagai penceramah..lagipun tempat yang kita akan pergi ni, tidak berapa mengenali kau"
Elbert,"kau biar betul?" "Betul..lagipun aku dah dapat hafal setiap isi ceramah kau dan setiap soalan yang pasti akan diajukan kepada kau" Elbert membenarkan,"Ok,aku setuju..Hari ini kita akan bertukar identiti..Aku sebagai driver dan kau sebagai Elbert Einstein"

Tibalah masa untuk Driver nye memberi ceramah..Elbert sangat terkejut kerana setiap isi ceramahnye dapat dilontarkan dengan begitu baik oleh Drivernye. Drivernye menjawab satu demi satu soalan yang dilontarkan oleh peserta.Tiba-tiba..
Ada seorang peserta yang mengajukan soalan yang sama sekali tidak pernah dilontarkan oleh peserta-peserta yang sebelum ni,Albert dan driver sangat terkejut..
Driver tu berkata"Saya rasa soalan ini sangat mudah,.Apa kata kita cuba dengar jawapannya daripada Driver saya yang sedang duduk di belakang sana.."

1 comment:

Aisyah Ulya said...

Btol ke x cite nh.. Hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...