MAAL HIJRAH akan wujud sekali je dalam setahun..Jadi aku tak mahu message2 yang diberikan oleh sahabat2ku yang ikhlas ni,aku delete macamtu je.. Untuk itu, aku cuba sematkan dalam ruangan blog ni..Sebahagian message yang aku paparkan ni adalah perkongsian khas untuk kalian, Pelawat yang disayangi.
From : Abg, Ali Irfan~28 disember 2008
Message ;
"Andai kata kita punya sepasang sayap,akan ku bawa diri kita menyelusuri sorotan tarbiyah ini.. kerana harapan ISLAM ke atas kita. Andai kata kau gugur di atas jalan ini, maka janji-janji ALLAH SWT setia bersamaMu. Ingatlah wahai saudaraku..landasan ke syurga penuh dengan ujian dan kepayahan dan landasan neraka itu pula penuh dengan nafsu dan syahwat. Maka tetaplah kamu atas landasan tarbiyah kerana itulah yang terbaik buat kita" ~AliJR. Selamat Maal Hijrah 1430H
From : Izzat Bin Mat Suki~28 disember 2008
Message ;
"Dalam kerendahan hati ada keluhuran budi, dalam Kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, hidup ini indah jika ada maaf di antara kita," Salam Maal Hijrah
From : Osman Bin Abdullah@Sudin~28 disember 2008
Message ;
"Amsaina 'ala fitratil Islam.. Selamat Menyambut awal Muharram 1430..Moga kesempatan yang diberikanNYA untuk bertemu dengan tahun baru menguatkan iltizam+semangat kita untuk menjadi jundullah yang mukhlisin+muflihin, ameen.." ~ Osman
From : Faiz Bin Syukri~28 disember 2008
Message ;
Salam Maal Hijrah.
Ibn Mas'ud berkata : "Perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalan ku tidak bertambah.."
Semoga tahun baru ini akan menjadi lebih baik dari tahun sebelum ini. SALAM MAAL HIJRAH 1430.
From : Fathi Khair~28 disember 2008
Message ;
"Alangkah bahagianya hidup ini sentiasa bergantung belas dari YANG MAHA ESA. Kegelisahan & musibah yang datang tidak diduga itu sebagai cabaran & ujian dalam hidup ini. Moga kasih sayang ALLAH sentiasa mengelilingi kita.. Salam Maal Hijrah 1430.. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun lepas dan tahun depan ni.Aminn.. Minta maaf sekiranya ada kekhilafan sepanjang perkenlan kita, sahabat. =]
From : Mak Rafiqin n Radhi~29 disember 2008
Message ;
"Ya ALLAH! Awal tahun yang berkat ini, muliakan & sayangi saudaraku ini. Bahagiakanlah keluarganya..Sihatkan tubuh badannya..Berkati rezekinya..Kuatkanlan Imannya.. Beri kenikmatan ibadah, jauhkanlah dari fitnah. Suburkan benih KEISLAMAN dengan penuh rasa kasih-sayang..Amin, Ya ALLAH Amin!".. Selamat Menyambut Maal Hijrah
From : Anas Paklah~29 disember 2008
Message ;
"MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN..?" Teringat ayat ini terus berulang di Surah Ar-Rahman..teringat kelemahan diri akan segala khilaf dan salah.. Semoga Muharram ini membawa kebaikan dan kesejukan seperti layuknya embun di pagi hari berkilau tertimpa cahaya matahari..Semoga di masa mendatang terus dianugerahi keheningan hati..seperti layaknya telaga Kautsar.. SELAMAT TAHUN HIJRAH
From : Abu Zarrin~29 disember 2008
Message ;
"HAKIKAT KEKUATAN= Tiada Islam tanpa Iman, Tiada Iman tanpa Hidayah, Tiada Hidayah tanpa Tarbiyah, Tiada Terbiyah tanpa Da'wah, Tiada Da'wah tnpa Cinta, Tiada Cinta tanpa Ukhuwwah, Tiada Ukhuwwah tanpa Jemaah, Tiada Jemaah tanpa Amal Jamaie.. SALAM MAAL HIJRAH. Moga Tahun ini Lebih Produktif amal Dakwah & Tarbiyah Kita, Aminnn.."
From : Ibrahim Izzat~29 disember 2008
Message ;
"Yang paling jauh bukannya bintang,mentari jua rembulan. Tetapi masa yang berlalu x akan kembali. Kelmarin yang terluput mungkin sesalan. Yang ada hanya hari ini dan akan datang. Gunakanlah hari ini sebaiknya kerna hari esok belum tentu milik kita. Sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430
No comments:
Post a Comment