Thursday, January 1

TAHUN BARU..SEGALA-GALANYA BARU..!!

Alhamdulillah…Hampir tamat musim percutian sekolah. Tak sabar rasanya nak melihat muka pelajar-pelajar baru bagi sesi 2009. Bila cakap pelajar baru je, mesti teringat Form 1 kan..?. Bukan.. maksud Ana sebenarnya..setiap dari kalangan pelajar tahun 2009 adalah pelajar yang baru. Insya’ALLAH, bukan sekadar muka(kehenseman / kecantikan) sahaja, tapi semangat,azam, cita-cita, tahap kematangan dan pelbagai lagi pembaharuan yang akan nampak nanti..(tak sabarnye..!)

Ana sendiri pun rasai satu pembaharuan yang berlaku kat dalam diri Ana sendiri.(orang lain yang akan nampak).Sepanjang cuti kali ni jugak, banyak mengajar Ana erti kehidupan yang sebenar. Dengan kemnye, program, kat rumah dan macam-macam lagilah. Sebab tu Ana yakin, pelajar-pelajar sesi 2009 yang lain pun macam tu jugak. Bukan sebab apa,. kalau kita tengok kat TV pun, sibuk mengiklankan kem-kem untuk cuti sekolah.

Sebenarnye kehidupan kita memang macam tu. Kalau pelajar sekolah, waktu cutilah yang banyak membina pembinaan diri. Lebih-lebih lagi kalau yang duduk di asrama. Di asrama , segala program dan perjalanan hidup kebanyakannya adalah dirancang oleh orang lain.( sebahagian je lah) pelajar hanya menurut sahaja. Tapi kalau cuti, ikut kita sendiri. Cuma mak dan ayah kita je kadang-kadang mengingatkan. Yang memutuskan nak buat sesuatu adalah diri kita sendiri.

WAHAI pelawat-pelawat sekalian.. yakinlah dengan diri kamu. Sebab kita adalah yang terbaik!! Yakinlah dengan pembaharuan yang kamu lakukan. Tiada siapa yang mampu menghalang kamu semua daripada berubah.. kecuali diri kita sendiri. Lawanlah diri kamu tu. Insya’ALLAH,, kamu akan rasai kelazatan dengan kemenangan yang kamu akan kecapi.

Wallahua’lam.

3 comments:

Riema Ziezie said...

Semoga Menjadi Generasi Robbani, Tahun Baru Hijriyah 1430 semoga kita semakin dekat dengan Allah SWT, keluarga dan sahabat

Syed Ahmad Fathi said...

Tahun baru..matlamat tetap sama.

abdullah luqman osman said...

tahun baru, semangat baru, azam baru tapi matlamat dan objektif hidup yang sama. hidup punya visi dan misi, moga kita berjaya laksanakannya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...