SEJARAH PASTI BERULANG!!!
Sebab mungkin mereka terlupa..
Jumaat,27 Rejab 583H/2 Oktober 1187M. Saat seluruh Umat ISLAM menyambut Hari Israk dan Mikhraj.. Jangan kita sesekali lupa, Tarikh ini juga adalah pembebasan Palestin dari cengkaman Tentera Salib oleh Salahuddin Al Ayubi dan Mujahidin. Semangat cintakan Syahid dan kemenangan telah membuat Tentera Salib terlekuk lutut dihadapan Tentera Islam.
Kenapa?, kenapa Mereka bermati-matian mahu menyelamat dan menjaga Bumi palestin daripada diNodai oleh Al-Kafirun??Adakah untuk menjajah??
Seorang Ulama' Pada generasi Al-Ayubiyin menjawab;
"Bumi itu adalah tempat tinggal Ayah Kita, Ibrahim. Kampung kita,
Dari situlah juga Nabi Muhammad saw diangkat ke langit,
kiblat Kita saat permulaan Islam,
tempat kediaman Para Nabi,
Tempat dikunjungi orang-orang suci,
makam Para Rasul.
Bumi itu adalah negeri tempat manusia berkumpul pada Hari Kiamat,
tanah yang akan menjadi tempat berlakunya kebangkitan.."
Apa tunggu lagi??!!
Marilah sama-sama kita bersatu hati,
mengerahkan segenap kekuatan untuk menyelamatkan 'Kampung Kita',
Barisan Masyarakat yang hanya mengharap keredhaan ALLAH,
Sujud mengadap kiblat yang satu.
Pelajar dengan mengenggam erat Pena dan Penselnya,
Akaunter menjaga wang pebelanjaan,
Menteri sentiasa menjaga kebajikan Rakyatnya,
Pengetua merancang kejayaan Muridnya,
Semuanya bersama meruntuhkan kebodohan membina kecemerlangan!!
Seterusnya Tunggulah!
Tunggulah untuk menghadapi rayuan,
bukan kita tetapi Mereka.
Mereka Laknatullah.!
bertekuk lutut mengharap simpati,
daripada Kita yang punyai simpati.
ISLAM itu indah kerana ALLAH itu MAHA INDAH,
jangan lupa ALLAH juga MAHA ADIL,
yang membalas dengan keadilan-NYA.
4 comments:
alhamdulillah semarakkan
perjuangan di palestin..
jangan kita hanya peduli pada mereka hanya ketika
perang besar-besaran shj..
moga ALLAH beri kpd mujahid
disana.
Isu palestin bukannya isu bermusim sahaja.Isu ini adalah isu sepanjang masa.Bukan semasa serangan besar-besaran sahaja kita melaung-laungkan protes dan usaha kita terhadap bumi Palestina.Isu Palestin,bukan bermusim!!!
isu palestine isu kita
isu yang tidak patut kita lupa
bila nak update?
Post a Comment