Tuesday, July 14

Question And Answer


Satu Persoalan
Persoalan ini adalah dari kawan kepada sahabat saya, Radhi bin Abdul Rahman.
Kenapa ada neraka kalau ALLAH MAHA PENGAMPUN?? Kenapa tak ampunkan semua hamba-NYA saja??
: : Saya ada cuba bertanya sahabat-sahabat lain dan Ustaz-ustaz sekolah saya.
Jawapan 1: (Ustaz Mahadzir-slps di edit)
Neraka bukan Darul ampun tapi darul azab.. Mengampun hanya yang bertaubat.. Kalau mcm tu, ALLAH MAHA BERKUASA, kenapa dia tak hancurkan saje hamba-NYA yang ingkar?
Jawapan 2: (Cikgu Nasir Salleh)
Umumnya ALLAH cenderung mengampun hamba-NYA yang berusaha taat di dunia. DIA juga berhak tidak mengampun orang yang berbangga dengan pelakuan dosa, memerangi agama-NYA dan sesatkan orang lain.
Jawapan 3: (Abg Ali Irfan)
Adanya neraka itu untuk menyempurnakan sifat MAHA ADIL NYA ALLAH SWT. Manusia itu sentiasa diberi peluang dan kesempatan. Setiap insan akan diadili dengan keadilan MAHA ADIL dan MAHA PENGAMPUN.
Tidak kurang juga yang memperingatkan .
Jawapan 3: (Abang Suheil)
Maaf lambat reply. Jgn terpengaruh dengan soalan ini..Ini dakyah Mu’tazilah yang nak goyahkan Iman. Cuba perhatikan surah asy-Syams. ((Fa alhamaha fujuraha wa taqwaha.)) Hidup di dunia juga banyak ujian.. ((Waliabluakum ahsanu ‘amala..))

Apa pula jawapan ANDA??







2 comments:

Fathi Baik said...

Izzat salam rindu dariku disini.
Mesti best puasa di Matri.
Sori la x leh nak melawat Ramadhan ni. Tentang soalan tu ana rasa jawapan Ust mahadzir ana rasa paling tepat. Kirim salam ramadhan pada dia.
Semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH.

[['izzat ibrahim]] said...

ana rase mcm tu jugak...
sir nasir pun ana rase tepat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...