Sunday, October 4

Sakit Dada



Setelah mengalami satu peristiwa, baru saya tahu betapa pentingnya ALLAH duduk di tempat yang paling utama di dalam hatiku.
*Dia tempat mengadu
*tempat berkeluh-kesah
*kat DIA jugak tempat bermanja-manja
Huh, alangkah syoknya dapat merasa dibelai dengan kelembutan manja YANG MAHA PENYAYANG..

Kadang kita tertipu..pengaduan hanyalah kita tempatkan untuk kawan kita sahaja. kita rasakan yang hanya mereka mampu membelai manja, meningkatkan semangat, memeluk kita dikala duka, menggenggam erat tangan kita tatkala kita hampir tersungkur jatuh.
Dan kita pulak buat ALLAH, hanya tempat meminta sesuatu, berharap sesuatu , dikurniakan sesuatu. sehingga kita terlupa, kalau seorang ibupun akan memberi, menumpu anaknya yang manja dan sangat mendengar kata.

Pembaca budiman yang saya kasihi,

saya bukannya mengatakan sahabat adalah sesuatu yang tidak penting. Bahkan saya juga sangat berharap agar ALLAH mengurniakan saya seorang Sahabat. Malah saya sangat bersyukur apabila ALLAH mengurniakan seorang insan yang boleh digelar sebagai Sahabat. kerana, merekalah yang akan mengingatkan kita dikala Kita terlupa, merekalah yang akan menggenggam erat kita tatkala hampir terjatuh, dialah juga yang akan mememeluk dan membelai manja apabila kita mengadu kesakitan.

Tapi wahai pembaca yang dicintai,

Kalian jangan sekali-kali bermimpi, mimpi yang ALLAH akan mengurniakan mimpi indah memiliki seorang sahabat dalam ertikata sebenarnya..seorang sahabat yang lengkap definisinya seperti yang kita harapkan. Jangan sekali-kali kalian bermimpi, jika kalian masih tidak cuba untuk meletakkan ALLAH di Arash tertinggi hati dan jiwa kalian.

Pembaca yang setia,

Kenapa pula saya begitu yakin??? sebab saya telah melalui pengalaman yang sangat memeritkan itu..tiada seorang Sahabat di sisi. Saya memilih orang yang terbaik dalam yang terbaik untuk membantu Saya merancang dan mengurus sebuah organisasi. Pengharapan saya kepada mereka hingga saya terlupa dan terleka untuk bergantung penuh pengharapan kepada YANG MAHA BERKUASA.
Pabila teruji saya tersandung, saya cuba mencapai tetapi sukar, akhirnya saya terus jatuh terjelopok tanpa pertolongan. Badan ku parah ., ku cuba menjerit tetapi suaraku tersekat. ku hanya mampu mengusap luka sambil berharap agar datang Seorang insan yang bergelar Sahabat mengusung Ku mendapatkan rawatan.

Akhir kata,

Marilah sama-sama kita sedar dan yakin, ALLAH sentiasa Bersedia mendengar dan membelai, menjadi kekasih sejati, sahabat sejoli, teman tatkala sunyi, motivator yang dicari. Berdoalah agar DIA mengurniakan kita Teman, yang mampu mendekatkan kita kepada KEKASIH yang Kekal Abadi....amin...

7 comments:

Unknown said...

Salam Akhi, teruskan berjuang.

Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah.

Ana doakan enta terus tsabat di jalan ini.

abdullah luqman osman said...

semoga terus kuat ya sedara....
allah maana

abdullah luqman osman said...

semoga kuat sedara...
tabahkan diri nta...


sapa dalam gambar???

Unknown said...

To abid- mk.1 luar negara. Sorang endon dan sorang lagi kembo

Unknown said...

To abid- mk.1 luar negara. Sorang endon dan sorang lagi kembo

Unknown said...

To LittleCALIPH :

JazakALLAH khair nu'man..

Semoga ALLAH merahmati anta.

Unknown said...

To Abid :

Semoga anta ditabahkan juga oleh ALLAH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...