Friday, November 13

Hanya Kerana Sampah, Adakah Patut Aku Terjun??

Author : 'izzat Ibrahim
Genre : Muhasabah, Perubahan

"Kenapa dia macam ni erk?" "Kenapa lambat sangat kita bergerak ni?"
"Aku tak suka lah cara dia tu..?
"Dia ni, cakap je tahu. Buat nye tidak." "Asyik aku je yang kene buat benda yang susah2 mcm ni.." "Kenapa diorang buat mcm ni kat aku??" "Cara dia ni cakap, mcm aku budak kecil je.." "Kan best kalau jemaah kita mcm ni.." "Susahlah duduk dalam organisasi kalau mcm ni.." "Aku rasa tempat lain lagi bagus." "Ok, keputusan muktamad. Aku keluar dari organisasi"

Alhamdulillah, Aku bebas sekarang. Tiada lagi timbul rasa sakit hati, Aku pun tak sakitkan hati orang. Tiada lagi aku nak sibuk2 memipikirkan masalah orang lain. Aku adalah aku. Aku inginkan kebebasan. Kepuasan hidup sebeginilah yang aku impikan.

.......................................................................................................................

Dalam kehidupan berorganisasi, perasaan sebegini oleh majoriti ahli organisasi pasti timbul. Ini adalah lumrah dan adakalanya perlu untuk kesempurnaan sesuatu jemaah. Kerana, adanya kritikan baru kesedaran mulai timbul.

Sebuah Organisasi ini ibarat sebuah kapal yang sedang belayar pada perut lautan yang luas. Satu pelayaran ke destinasi yang jauh. Dan destinasi itu adalah satu destinasi yang sangat diimpikan oleh setiap manusia. Kapal ini, pada awal pelayaran pastinya bersih dan sangat indah. Keadaan suasana di dalam kapal juga sangat ceria dan seronok. Saling bertukar bekalan dan saling berteguran. Tatkala itu, semua melirikkan senyuman kerana destinasi yang pasti akan dapat dinikmati. Kerana apa? kerana mereka yakin, hanya dengan cara ini mereka akan sampai.

Setelah dua bulan kapal merentasi pelayaran tanpa henti, bekalan makanan semakin sedikit. Sampah-sarap bertaburan di merata tempat. Najis kumbahan tercalit di dinding2 dan lantai2. Kawan yang kita berjumpa rupanya seorang yang begini. Perangai yang pada anggapan kita sangat buruk. Tatkala itu lirikan senyuman semakin bundar. Keadaan ceria berubah sengsara.

Ketika saat itu ada yang berfikir. "Huh, kalau aku tahu begini rupenye keadaan kapal dan teman2 yang sebenarnye, baik aku tak naik je. Lautan sana lagi segar dan tenang"

Tatkala ini dia teruji, hendak menikmati kesegaran yang tenang walhal ianya sementara, kita berenaang entah sampai bila kudrat kita mampu. Atau meneruskan perjalanan sambil mengajak anak2 kapal yang lain untuk sama-sama membersihkan kapal?

Keputusan terletak pada langkahan kita. Antara Dua?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...