Thursday, November 26

Mercedes Benz Ten Cent - Sepuluh Sen




Teringin sungguh rasa di hati. Tapi apakan daya dengan kemampuan yang ada, nampak gayanya hanya yang termampu berbuah dalam khayalan.

Bukan tiada usaha untuk memilikinya, tapi rasanya seperti jauh sungguh cita-cita yang satu ni hendak dicapai.

Hairan. Bila nampak Dia, mesti rasa ingin memiliki. Sangat-sangat ingin memiliki.

Seharian masih terus berusaha, tidak patah semangatnya untuk memiliki Mercedes Lampu Mata Belalang. Masih lagi berbunga harapan. Masih lagi harum khayalan.

Tapi kadang-kadang diri sendiri terasa miskin, tak termampu. Dengan apa yang ada pada dirinya, dengan upah lebih kurang RM40 sehari, hanya yang termampu baginya miliki hanyalah Honda kapcai lampu bulat. Itupun mungkin dapat dan mungkin tidak.

Upah yang dapat bukanlah tidak cukup untuk menabung.Tetapi sara hidup perlu dilayan juga. Yuran hiburan perlu juga disediakan ; memancing,susu anak, majalah mangga, URVCD, makan, sedikit untuk itu dan ini. Lebihan yang tinggal hanya sekadar untuk dihabisi pula apabila kecemasan. Baru semalam emergency, hilang semua simpanan terpaksa dibelanjakan.

Esok paginya, tercegat di hadapan pejabat Cycle And Carriage jalan Tun Razak.

Dah tak tertahan lagi menaggung kerinduan. Tak tertanggung lagi ghairah untuk memilikinya. Aptah lagi setiap hari "Diracun" mendengar bos-bos di pejabatnya yang memiliki Mercedes tersebut.


"200 km/j macam air....rasa macam bawak 40 km/j jer.."

"JB-KL 1 jam setengah. Stabilnya jangan ceritalah. Selekoh ke lipat ke same je macam jalan straight. "

...dan bermacam lagi statement bombastik yang mungkin benar dan mungkin tidak didengar..

Arghh..Tak kira , hari ni dapat atau tidak - Nak Juga.

Setelah tokey C & E buka kedai, terus sahaja terjengah. Melulu masuk dek kerana hembusan nafsu yang tidak tertanggung.

Maka hasrat di hati diceritakan kepada si tokey.

Si tokey hanya tersengih-sengih mendengarkan hikayat.

"Perlukah aku melayan ini olang??" Mungkin itulah apa yang tokey itu bisikkan dalam hatinya bila melihat gayanya yang agak selekeh itu..

Tapi dengan santun tokey tersebut meminta apa yang harus sebagai syarat pembelian......

" Ada wang??"

Dengan muka sedih menyeluk saku. Sambil terjulur keluar seluruh kain poket, menghulurkan genggaman. Lalu membukanya dan diletakkan di atas meja..


Sepuluh sen!!??

Habiskanlah cerita ini dengan khayalan masing-masing. Mungkin Dia dicampak keluar, dianggap main-main dengan barang dagangan yang mahal itu.

Mungkin Dia disaman, entah sebab apa..

Mungkin Dia dipukul bonzer..

Atau mungkin tokey itu bermurah hati dan memberikannya Mercedes tersebut. Bukan kerana sepuluh sen yang dibayarnya tetapi entah..?


--------------------------------------------------------------------------------------


*Analogi :


Sepuluh sen : Amalan
Mercedes : Syurga










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...