Wednesday, November 25

USTAZ DAHLAN DI UKM SPECIALIST CENTRE




Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh,

Alhamdulillah ana berpeluang melawat/ziarah UDMZ di rumah Dr Akmal petang tadi, dan didapati keadaan ustaz agak lemah serta mengadu sakit perut dan masih tiada selera makan. Setelah berbincang dengan Dr Akmal, kami mengambil keputusan untuk membawa ustaz ke UKM untuk pemerhatian dan rawatan lanjut.

Pemeriksaan Ultrasound Abdomen telah dijalankan dan didapati ustaz mengidap sakit batu dalam hempedu, dan ini mungkin penyebab sakit perut. Sudah tidak demam. Platelet naik kepada 86,000. Tekanan darah pada mulanya 190/130 telah turun kepada 156/98 setelah diberikan tambahan anti-hypertension.

Pakar perubatan telah merawat dan kemungkinan ustaz ada mengidap jangkitan paru-paru sebelah kiri, mungkin komplikasi dari denggi yang menyebabkan sel darah putih (WBC) beliau rendah (low immunity).

Pemerhatian ana, ustaz nampak telah uzur dan lemah.

Ana terharu kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk menberikan sedikit bakti untuk seorang manusia yg sangat berjasa kepada ana sekeluarga. Ana ingin menyeru kepada semua ahli kkh untuk sama-sama merebut peluang ini, untuk mendekati. menziarahi, mengutip mutiara yang berjatuhan, berbakti kepada ustaz, kerana kita tidak tahu berapa lama lagi ustaz akan bersama kita.

Mungkin tidak keterlaluan kalau ana ingin mencadangkan ahli kkh terutamanya, terutama sahabat turun padang, 'on-call' untuk menjaga ustaz. Pada pandangan ana, ustaz bukanlah hanya seorang individu, tetapi ustaz adalah umpama sebuah institusi. Anggaplah ini sebagai satu misi tarbawi yg Allah susun.

Semoga Allah memudahkan segala urusan.

Wallahua'lam

Sumber Message :

Prof Madya Dr Mohd Zamrin Dimon
Consultant Cardiothoracic Surgeon /
Head of Cardiothoracic Unit
Department of Surgery
Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre
56000 Cheras, Kuala Lumpur,
Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...