Wednesday, December 9

Ditegur Babi..



Kerja sebagai urusetia seminar keusahawanan pada hari pertama agak memenatkan. mungkin juga sebab penat kem masih tak habis. selepas masuk bilik pukul 10 mlm aku terlalu ngantuk dan tersangat letih. Aku duduk di atas kerusi menonton TV untuk merehatkan badan sebentar. Dan akhirnya, TV yang tengok Aku (haha).

Solat Isya'

Pukul 4.30 ku terjaga selepas bermimpi. Mimpi yang menyuruh aku bangun untuk solat. Eh, mcm mana boleh berubah kat katil pulak nih.. mungkin minda di bawah kawalan yang control. Sesedarnye aku, tertonton Real Lawan Marseile. Aku terus bingkas bangun ambil wudhu' dan solat isya'. Selepas solat isya' aku berhajat untuk solat sunat untk melengkapkan lagi qiam ku. Waktu tu perlawanan antara nafsu malas dan keimanan terjadi. Tab, TV ku tutup dan aku terus mengerjakan solat sunat untuk mewarnai qiammullailKu.

Ditegur Babi

Dalam solat pertama (Tahjjud) pada rakaat kedua tiba2 ku terfikir.. "Huh. sudah hampir 2 minggu aku tidak melakukan qiammullail"
Pernah satu ketika dahulu aku hampir sebulan tak melakukan qiammullail. Aku disibukkan dengan banyak aktiviti yang mendidik dan penyampaian (Dakwah n Tarbiyah). Dan sa malam aku bermimpi, di mana datang seekor babi mengejar ku. Babi tersebut tersangat hampir dengan Ku. Aku cuba memusingkan larian dan babi itupun turut mengikutiKu. Aku tersangat letih! Aku cuba menjerit tapi suaraKu seperti tersekat.
Dan akhirnya aku tersedar, DadaKu berombak kencang. Aku beristighfar sambil berfikir.. Aku memutuskan untk buat Qiam yang sudah lama aku tertinggal. Pada solat tersebut aku muhasabah. Memang betul qiam adalah sumber kekuatan bagi seorang mukmin.

Konklusi

Jom Qiam! Antara sunnah Rasulullah yang jangan kita tinggalkan adalah solat tahajjud. Kerana ianya lambang kemuliaan seorang Mukmin.

10 comments:

mama needa said...

Taqwiyatu Billah, memperkokoh hubungan dengan Allah SWT.

Yang dapat menjadikan diri kita mampu dan kuat tidak lain karena hubungan yang kuat pula pada Allah SWT. sehingga kita tidak boleh mengabaikan amal-amal yang menghantar diri kita ke arah itu. Dan amaliyah ini sedapat mungkin menjadi harian kader yang selalu menghias pada jiwa dan raganya.

p/s Boleh x tkr "gambar" dgn animasi je.. x larat nk tgk

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

biar rase jijik sikit nak tinggalkan amalan yang sangat dicintai Rasulullah SAW.

sinar_islami said...

Qiam itulah antara tunjang utama kekuatan...

Anonymous said...

Maaf bertanya...
memang keji sangatkah sseiapa yang tak bangun qiam tu?? Sehinggakan Tuan Blog dikeji sebegitu rupa dalam mimpi Tuan?

Unknown said...

To Anonymus :

Terima kasih kerana bertanya. Ada sesiapa boleh bagi jawapan kat Anonymus?

Unknown said...

To p/s :

Ok, saya dah tukar.

Nur Muhammad Muhsin said...

weh Izzat... enta x tukar pun gamba tu...

Soalan anonymous tu biar ana bagikan pendapat...

Ianya tidaklah seperti yang saudara/i fikirkan... Mimpi itu ada 2 kemungkinan sama ada teguran daripada Allah ataupun mainan syaitan.

Seandainya ia teguran daripada Allah, maka bolehlah kita simpulkan bahawa Allah menghendaki seseorang itu dan ingin membantu dalam memperkuatkan iman hambanya itu. Malah dikongsikan pula oleh akhi Izzat kpd kita supaya kita boleh mengambil teladan daripada kisahnya.

Jika sebaliknya ia mainan syaitan, mungkin itu tanda Iman kita ketika sedang lemah dan syaitan bertindak memulakan serangan dari pelbagai cara, antaranya seperti mana kisah akhi Izzat ini.

Sekadar yang boleh ana beri pendapat, jikalau salah hrp diperbetulkan.

Unknown said...

terima kasih atas pendapat anta muhsin.

Anynomous,
Post ini hanyalah satu perkongsian daripada salah satu pengalaman saya. Dan sedikit sebanyak boleh diambil pengajaran, insya'ALLAH.

Ana berangapan, setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita, merupakan peringatan daripada ALLAH.

Mengenai mimpi tersebut,
Jika ianya mainan syaitan pun, pasti ALLAH yang mengizinkan. Secara tak lansung, ALLAH sedang mengingatkan kita.

WaLLAHua'lam..

Unknown said...

To muhsin :

Ye ke gambar tu masih tak tukar? Ana dah tukar lah gambar tu..
Yang sebelum ni lagi pelik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...