Thursday, February 18

Perlu Couple?



Couple?

Banyak tafsiran tentangnya.:
1.Dulu ketika saya belajar di Perlis, couple diistilahkan sebagai pasangan yang sedang asyik bercinta. Tidak kiralah sama ada baru bermula sehinggalah bertemu di mana-mana.
2.Sekarang saya mengambil kursus bahasa arab di Johor Bahru. Di sini pula, istilah couple digunakan khas untuk keadaan 2 orang yang bukan mahram bertemu untuk berkasih-kasihan.

Keadaan

1.Seorang sahabat ku yang belajar bersama di sekolah lamaku dan kini menyambung pelajaran di Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Anas Bin Hj Mokhtar pernah diajukan satu soalan daripada kawan sekolejnya
"Anas, realiti masyarakat sekarang ni sangat teruk. Lelakinya yang merogol, minum arak, menculik, merompak. Dengan perempuannya, yang minta dinodai, minum arak, mengamalkan seks bebas dan pelbagai lagi kemaksiatan yang dianggap enak bagi pandangannya. Jadi, bolehkah kita mengambil seorang perempuan untuk kita jaga betul2 dia, kita sering menasihati dia, dan kita berniat untuk kahwin dengan nya..Boleh?"
Sahabat menjawab "Tidak boleh, jangan sesekali menghampiri zina"
Perdebatan berlaku. Dua2 mengikut kursus pengajian Islam. Hadis dan ayat al-qur'an sahabatku pertahankan dan kawannya membidas dengan berdasarkan realiti semasa. Dia mengatakan Islam kan Agama yang fleksibel dan bersesuaian mengikut suasana dan semasa. Perdebatan berpihak kepada kawannya.

2."Kau takda awek ke?"
Aku tersentak dan menjawab, "Malaslah aku. Aku takut nanti isteri aku pun dalam kalangan orang yang pernah ada pakwe. Aku nak cuba bersihkan daripada benda2 ni, sebab aku nak ambil isteri yang bersih daripada perkara2 macam ni. Dan lagi satu aku paling takut, kalau aku sekadar ambil awek, aku takut anak2 aku nanti buat lebih teruk daripada tu"
Kawan ku membalas, "Kadang2 kita perlu juga seorang perempuan untuk saje2. Tengah boring2, kacau2."
Aku membalas," Yelah kau, nanti isteri kau macam kau lah dulu. Lagipun korang semua pun dah cukup hilangkan boring aku"

Pandangan Peribadi

Situasi Pertama :
Sahabatku menceritakan hal ini kepada ku. Jika hendak difikirkan dengan logik aqal, seperti betul apa yang dikatakan oleh kawannya. Tetapi,..
1.apa gunanya kalau kita belajar tentang Islam, dan kita tahu betapa rosaknya masyarakat, kita hanya nak selamatkan SATU ORANG?. Tugas kita nak selamat satu masyarakat, bukan sorang !
2.Dan bagaimana pula generasi yang akan mendatang melihat seorang berilmu agama pun bercouple? Mereka pasti akan buat perkara yang lebih dasyat daripada berSMS.
Situasi Kedua:
Fikirkan..

Alasan

Apabila sesuatu yang kita lakukan, pasti kita akan ada hujah2 dan alasan2 untuk kita mengatakan "Kita berada di pihak yang benar" Tidak kiralah sama ada kita betul yakin yang kita berada di pihak yang jauh dari kebenaran dan apatah lagi kita berada di pihak yang betul. Ini merupakan suatu sifat yang memang lahir daripada fitrah keinsanan (1). Jika kita berdebat dan tidak menggunakan persoalan2 yang lebih besar, kadang kita sendiri terjerumus dalam kesalahan.

Pertembungan

"Syara' dan 'Aqal berselisih" Perkara-perkara sebegini memang selalunya wujud dalam apa jua keadaan kehidupan kita. Dan kita hendaklah fahami bahawa pandangan syara' dan pandangan aqal ada kalanya kelihatan seperti tidak seiring tetapi syara' dan aqal tidak bercanggah dalam perkara qat'i (telah jelas hukumnya) Apabila pendapat aqal semata-mata (dzanni) mestilah besertakan ulasan yang tidak bercanggah qat'i. Dan jika ada percanggahan, pandangan aqal gugur dengan serta merta. (2)

Satu kejayaan

Sesuatu pertarungan antara perkara yang seronok dan ianya tidak dibenarkan oleh ALLAH merupakan satu pertarungan yang amat dasyat. Dasyatnya pertarungan itu sehingga boleh membawa kita ke dalam apa jua keadaan.
"1.Demi matahari dan cahayanya di pagi hari. 2.demi bulan apabila ia mengirinya 3.demi Siang hari pabila menampakkan dirinya. 4. Demi malam pabila ia menutupi 5. Demi langit beserta seluruh binaannya 6,Demi bumi yang ada di hamparannya 6. Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya 7.ALLAH mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan 8. Beruntung bagi yang mensucikannya 9. Merugi bagi yang mengotorinya " Surah Asy Syams. (3)

Sebab apa saya mengatakan ianya pertarungan yang amat dasyat, kerana kemenangan kita dalam pertarungan yang amat dasyat akan dihadiahi dengan hadiah yang tidak ternilai. Dan itu adalah SYURGA..



*Rujukan :
1.Buku 'Bagaimana untuk mendapat kawan dan mempengaruhi seseorang
2. Asas Kefahaman Pemikiran, IHAB.
3.Al-Qur'an Al-Karim


2:110

4 comments:

[ n_akn ] said...

a very nice post..

semoga Allah menyelamatkan hati2 kita dalam pertarungan yg dahsyat ini..

Unknown said...

to n_akn :

Dasyat, memang dasyat..!

Sarah ZainalPuteh said...

lelaki selalu kata,
dia ambil perempuan tu sebab nak jaga dia
tapi
kadang kadang terfikir jugak
kenapa kalau nak jaga, kena pilih pilih dulu?
amboi amboi.lelaki ni kalau nak jaga, nak yang cantik cantik je.yang putih putih je.
yang perempuan baju belemuih tepi jalan tu dia tak nak tolong jaga.
hmm..

Unknown said...

Me to Sarah:

Memang dari segi fitrah, manusia inginkan sesuatu yang cantik dan indah. Anda juga pasti begitu dan saya juga begitu. Dan perkara yang cantik mestilah jika nak dicapainya adalah dengan cara yang paling cantik. Jika lelaki yang seperti saudari cakapkan, berhati2lah dengan mereka. Dan pilih lah pasangan dengan cara yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...