Sunday, February 28

Sesat : Road To Paradise

 

Jalan ke Syurga, sangat memeritkan !
 
Pada 26hb Februari lepas (Jumaat), aku bercadang untuk pergi ke kenduri kakak aku di Klang. Kenduri belah abang ipar aku. Aku bercadang untuk ke sana dengan menaiki kereta api. Sebab teringin naik kereta api dari johor ke KL. Selalu naik tren dari KL ke Perlis atau Perlis ke KL je. Aku bersama seorang sahabatku, Syaifizal akan meneruskan ekspidisi ke KL dengan menaiki tren. Tak sabar2 aku untuk melalui kenangan terindah ni.

Tren

Tarikh dan masa yang tercatat di tiket adalah pada 26 hb Februari, pukul 2.30pm. Pada hari tersebut juga, aku menjadi sukarelawan untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Bahru. Penat sangat. Aku dan syaifizal memang dah bertekad untuk melepaskan letih dalam tren nanti. Segala persiapan berjalan dengan lancar. Seusai solat jumaat, 2.15pm aku singgah di kedai cendol. Padahal dah lewat dah waktu tu. Sampai2 aku kat dorm, Syaifizal dah bergerak tergesa-gesa keluar dari dorm dan suruh aku cepat. Jam di tangan menunjukkan pukul 2.20pm. Aku bergegas menyalin dan bersiap. Seusai bersiap aku turun ke tempat parkir motor. Aku menanti aliyas yang hantar syaifizal tadi. Setelah aliyas tiba aduh, helmet pula takde. Aku cari dan dapat. Aliyas terus memecut laju motor yang dipandu.

Syaifizal berulang-ulang menelefonku. Hatiku berbisik "Cepat2!" . Sampainya aku di stesyen kereta api terlewat 10 minit. Aliyas nak beredar, aku memberi arahan kepadanya agar tunggu sebentar. Aku mencari-cari syaifizal. Tiba-tiba henset ku bergetar." Assalammualaikum, anta kat mana?"Syaifizal bertanya. " Ana kat stesyen kereta api ni" "Zat, kereta api dah bertolak lah. Anta terlambat."aku bertanya " Tren lepas ni pukul berapa?" Syaifizal menjawab " pukul 11 malam"

Bas

Tanpa membuang masa, aku terus mendapatkan aliyas yang sedang menanti di tempat parkir motor. Aku berbincang dengannya. Dan aliyas suggest aku naik bas.alhamdulillah aku minta alyas tunggu tadi. kalau tidak... Aliyas meminta aku yang membawa motor. Dia tak boleh memecut kalau motor orang. Aku terus memecut laju ke stesyen bas larkin. Trafic light sering sahaja bertukar merah menghalang aku terus memecut. Aliyas yang duduk kat belakang memegang kuat bahuku. Dan dia minta aku perlahan sikit.

Jam menunjukkan pukul 2.55pm. Aku terus pergi ke kaunter untuk mendapatkan tiket. "Dik, nak pergi mana?" Tiba-tiba brother yang ada dalam bas menyapa ku. "KL" Aku menjawab ringkas. Oh, boleh terus beli tiket kat dalam bas. Duit di dalam dompetku tidak mencukupi. Aku terpaksa pergi ke ATM untuk mengeluarkan duit. Setelah itu, aku mendapatkan aliyas dan mengambil barang2 ku. Aku mengucapkan terima kasih kepada aliyas dan salam. Aku terus menuju kepada bas dan menaikinya.

Dalam perjalanan..Aku berbual dengan brother di sebelah dan menceritakan sikit tentang perkara di atas. Tidur. Itulah yang ku lakukan selepas berbual dengan brother tadi. Tiba-tiba ku rasakan bas seperti sedang berhenti. Aku terjaga. Aku turun dan melihat jam. Pukul 5.30pm. Baik aku solat asar. Seusai bersolat, aku memohon kepada ALLAH agar mempermudahkan perjalananku. Aku membeli sedikit roti dan buah untu mengalas perutku. Aku mengisi perjalananku denngan membaca buka Riyadus Sahabat. Akhirnya, mataku tewas dengan kepenatan.

Lrt, Komuter, STAR.

Sesampainya aku di Puduraya, "Dik, mahu pi mana?" Brother teksi menyapaku. Suasana yang sering dihadapi kepada orang yang baru nak turun dari bas. " Maaf. kawan saya ambil" Jawapan aku aku dah hafal dari dulu. Aku menelefon Amin Roseli bertanyakan bagaimana nak ke shah alam, Rumah bujang kawan2ku. Dia menceritakan serba ringkas dan aku memahaminya. Aku mengambil komuter dari Pudu ke Bandaraya. 

Setelah tiba di Bandaraya, huh, kenapa sikit je orang. Menyeramkan. Aku menelefon amin " Min, kat mana nak dapatkan stesyen KTM ?. " Amin menjawab "Cuba ko tanye orang kat2 situ " Aduh, berani pulak aku nak bertanya orang2 kat sini. Dah lah muka ganas2. Aku berdiri di hadapan pasaraya SOGO. Tiba2 ada sorang makcik yang agak comel lalu. Aku pergi kepadanya dan bertanya di mana stesyen KTM. Dia menjawab " Dik, stesyen KTM kat Masjid India sana. Jauh nak berjalan ke sana. Adik ambil komuter balik dan pergi ke Masjid India." Aduh. Kepala ku ligat berfikir. Munajat kepada ALLAH sahaja ucapan yang cuba kubasahkan bibirku. "Kenapa 2 orang perempuan tu menuju ke tempat sunyi." Aku mengekorinya. Naluri hati yang menolak untuk mengekori perempuan tu.

Huh, akhirnya aku tiba di stesyen KTM. Alhamdulillah aku tak ikut cakap makcik yang comel tadi. Tidak putus2 ku mengucapkan syukur kepada ALLAH. Aku membeli tiket terus ke Shah Alam.

Komuter

Setelah hampir 7 minit menunggu, akhirnya komuter sampai. Dalam KTM aku teringat pesanan amin. "Zat. berpesan, dia ada 2 jenis komuter, satu ke arah Pelabuhan Klang dan satu lagi ke arah Seremban. Ambil yang ke arah pelabuhan klang". Aku melihat map. Aik, kenapa takda tulis shah alam. Sampai di stesyen perhentian yang kedua, aku turun. Aku menanti komuter yang lagi satu. Akhirnya  tiba dan aku menaikinya. Aku melihat map yang tercatat di pintu. "Ha, ada tulis Shah Alam". Aku duduk.

Tiba di KL Central, komuter berhenti agak lama. Aku mendengar pengumuman. "Siapa yang nak ke seremban, boleh tukar komuter yang lagi satu." Aku duduk sahaja dalam komuter tu sebab aku berasa sangat yakin yang komuter aku duduk tu adalah komuter yang menuju ke pelabuhan Klang. Orang memenuhi komuter. Ruangan berdiri sarat dengan pelbagai jenis orang. Perhentian pertama di Bandar Tasik Selatan. Aku mengintai map. Susah nak nampak kerana dilindungi oleh kepala2 penumpang yang sedang berdiri. Tiba di perhentian UKM, penumpang mulai surut. Aku dapat lihat map. Aku berasa hairan. "Ha, rupa2nya aku tersilap komuter!. Komuter yang aku naiki menuju ke Seremban".

Tiba di Stesyen Bangi aku terus keluar dari komuter. Aku terfikir yang akan ada sahabat yang boleh ambil. Sampai di palang laluan keluar dari stesyen aku cucuk kadku, kad ku tersekat. Pak Guard minta aku bayar RM4. Aku cuba nak menelefon kakak ku. Aduh, bateri habis. Perutku berasa sangat lapar. Aku mencari-cari kedai makanan. Semuanya dah tutup. Aku cuba nak beli tiket berpatah balik ke KL central. Duit syiling ku tidak mencukupi untuk beli tiket melalui mesin. Kaunter telah pun tutup. Aku berfikir sejenak. Siapa yang boleh aku call. Aku tidak mengahafal number sahabt2ku. Yang aku hafal hanyalah kakak ku dan ibu bapaku. Aku mengambil keputusan untuk menelefon kakakku, Amnani. Aku meminta dia dapatkan mana2 sahabat yang boleh mengambil ku. Tak sempat kakak ku menjawab habis, duit kehabisan. Aku sempat mendengar "Nanti kita tanyekan Abg Zamri"

Aku menanti.

Stesyen KTM Bangi

Aku terus menanti. Jam menunjukkan Pukul 9.30pm. Sambil menunggu aku dapatkan teksi. Aku menceritakan sedikit masalah ku dan bertanyakan harga tambang ke stesyen KTM Shah Alam. Dia kata, " dengan adik, pakcik kira 70 ringgit lah. Selalunya pakcik ambil 100 ringgit." Perutku yang sedang kelaparan bertambah kecut. " Takpalah pakcik, saya takda duit." Aku terus menanti.

Sambil menanti aku menyambung bacaan buku Riyadu Sahabat. Suasana di situ amat menyeramkan. Gelap dan Lembaga2 berkulit hitam banyak di situ. Dari jauh ku dengar alunan muzik India Mati. Aku menghiraukan. Sejam aku membaca, perutku terus menekan. Aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di kawasan tersebut mencari kedai makan yang masih buka. Pencarian Ku hampa. Aku terus duduk dan menahan lapar. Kenapa lama sangat ni. Aku mencari-cari duit syiling yang mungkin ada dalam beg ku. Akhirnya aku menjumpai 20 sen. Aku mendapatkan public Phone. Aku menelefon kakakku dan menyuruhnya cepat. Suaraku lemah kelaparan. Kakakku dah dapat contact abg Zamri  dan kakakku menenangkan ku.

Tepat jam 12.15am,  dua buah kereta berhenti di hadapanku. Aku melihat kelibat yang ku kenali, Ustaz Muhtad. Aku bingkas bangun. Sahabat2 yang menjemputku seramai 6 orang. Abg Fadhlun, Ust Rajaie, Ust Muhtad, Abg Sufian, Abg Zamri dan Abg Faturrahman. Mereka bertanya tentang ku. dan aku menceritakan. Mereka tergelak. haha.

Sate Kajang Hj Samuri.

Aku menaiki kereta yang dipandu oleh Ust Rajaie. Aku berbual dan bersembang dengan Abg Fadhlun mengenai Universiti dalm Malaysia yang sesuai untuk aku sambung pengajian. Kereta kami menuju ke kedai makan. Alhamdulillah, Sate Kajang Hj Samuri. Mereka macam tahu2 je aku sedang kelaparan. Sambil makan mereka bertanya lagi.  aku menceritakan dengan lebih detail..haha.

Rumah Abg Zamri

Abg Zamri merupakan fellow di kolejnya. Malam tu aku, Ust Muhtad, Abg Fadhlun dan Abg faturrahman menetap di rumah abg Zamri. Jam menunjukkan pukul 1.15am.  Aku membersihkan diri dan Solat isya' dan Maghrib yang telah ku niatkan untuk jama' Takhir. Seusai solat, aku berdoa dan memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH.

Sebelum terlena sempat ku berbual dengan abg Zamri " Alhamdulillah, dapat juga anta datang ke rumah ana. Kalau perkara ni tak terjadi, ntah bila anta dapat singgah ke rumah ana." Aku mengiyakan. Aku terus tidur dan bangun agak lewat pagi itu kerana kepenatan yang amat sangat. Sekitar pukul 10am. Abg Zamri menghantar aku dan U.Muhtad ke shah alam. Ust Muhtad ada meeting di Haluan Penyayang dan aku terus ke kenduri kahwin kakakku. Berdekatan dengan skolah Ibnu Khaldun.

On The Way Ke Klang.

Abg Zamri ada minta pendapat seorang sahabt, Pc Taib untuk jalan yang paling cepat sampai ke Klang. Pc Taib menerangkan dan jalan itu boleh jimat 15 minit. Abg Zamri kene cepat sebab pada pukul 11am dia kene merasmikan satu majlis di kolejnya. Selepas bersarapan, kami terus bertolak ke Klang. Awal perjalanan agak tenang... " Aduh, ana macam tersesat ni !" Abg Zamri memberitahu kami. Dia menelefon pc taib berulang-ulang kali. Banyak kali kami tersesat jalan. Pc Taib menenangkan " Jalan ke Syurga memang tersangat susah !" Kami terpujuk dengan peringatan tersebut.

Klang

Kami tiba di Klang pada pukul 12.15pm.  Ust Muhtad terlewat hadir ke meeting. Aku bertanya abg Zamri," Anta macam mana abg Zamri. Siapa gantikan anta majlis perasmian tu?" "Ntahlah. Mereka tak telefon pun. Mungkin dah ada pengganti." Aku menambah, " Dapatlah anta makan di majlis kenduri kakak ana." "Tu lah, ALLAH mengatur segala-galanya.

Qiammullail Perdana Haluan

Pada 27hb Feb malam, Haluan ada menganjurkan Qiammuallail Perdana di Masjid Putrajaya. Aku ada terbacanya di dalam internet. Ketika awal2 membaca, hatiku terbisik teringin sangat nak pergi. Banyak kekangan ku hadapi untuk ke program tersebut. Lain kali je lah.

Dalam majlis kakakku, aku berjumpa dengan sahabt2ku. Sahabat2ku yang asalanya aku ingin menumpang di rumahnya. Mereka bertanya dalam nada risau. Aku menceritakan. seperti biasa, siapa yang mendengarnya pasti tergelak..haha. Mereka mengajak aku pergi ke program Qiammullail perdana malam ni. Huh, mimpi menjadi kenyataan..

Cirit Birit

28hb Februari, Pukul 2.30 amaku terjaga daripada tidur. Perut ku memulas. aku berlari ke tandas Masjid Putrajaya. Aduh, aku diserang cirit birit. Hampir belasan kali aku keluar masuk tandas pada malam itu. Dari pukul 2.30 hingga pukul 4.00am. Badanku berasa amat lemah. Aku tak dapat ikut program Qiammullail secara berjemaah. Aku sempat melakukan solat taubat sahaja. Selepas itu aku terus baring keletihan kerana badan ku terlalu lemah.

Pagi tu sahabatku, adam kadir dan afifi menghantar ku pulang awal disebabkan kesakitan yang ku alami. Sebelum bertolak, abg Nor Muhammad sempat memberiku makan ubat Pil 'Chik Kit' Tek Aun. Perut ku berasa sedikit lega selepas mengambil ubat tersebut. Rumah kosong. Aku menelefon najmi minta kebenaran menggunakan Pc nya. Untuk mengisi masa lapang, aku menulis post ini..


3:110

7 comments:

Kak Amnani said...

ambillah hikmah dlm setiap apa yg terjd sepnjng perjlnn ke KL dan semasa di KL..
sis fatih: anggap semua yg terjd sebagai tarbiyyah ditectly from Allah..the most important are keyakinan pd Allah and time managemant n plan managemant ok

[ n_akn ] said...

syafakallah..

Unknown said...

Me to Kak Am n A_akn :

Thanks.

Dr Amad said...

Salam...

Coretan menarik, lagi cantik nta spacing article ini kepada beberapa perenggan kecil.

Takut miss point...=)

Unknown said...

me to amad :

ha'ah..betul jugak ye. thanks 4 da sharing.

saiful islam said...

semoga Allah menggap itu sebagai pahala sang musafir..

Unknown said...

saiful :

Amin..JzakALLAH khair atas doanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...