Tuesday, March 2

Bilakah Kepastian Akan Tiba ?

 


Tarikh keluar result STAM semakin hampir. Tapi aku tak pasti, apakah tarikh yang sebenarnya. Latest yang aku dapat tahu adalah 16 Mac 2010. Dari Dia. Aduh, banyak betul khilaf.

Semakin dekat dengan tarikh Result STAM keluar, semakin berat ujian yang ku tanggung. Semakin mencabar rintangan yang ku hadapi. Semakin kuat keimanan ku diserang. Banyak kali aku terkandas. Tapi aku tetap cuba bangun. Bangun daripada terus dihenyak ! Aduh, kesakitan dirasai!. Inilah hakikat jalan menuju ke arah kejayaan. Banyak rintangan dan serpihan kaca. Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan IMAN dan Taqwa untuk menghadapi segala mehnah dan tribulasi ini !.

JIKA MENUJU KEJAYAAN DI DUNIA PUN SEBEGINI MENCABAR, APATAH LAGI KEJAYAAN DI AKHIRAT... PARADISE !


3:110

8 comments:

abid abdi said...

bittaufiq wannajah ya akh... insyallah, andai di pihak kebenaran, kemenangan adalah kepastian

[['izzat ibrahim]] said...

sama ada syahid atau menang !

ukur kira said...

Insya Allah nta boleh.Yakinlah d setiap keputusan ada hikmah Allah nak beri.

Amin Misran said...

ana rasa anta tak yah fikir pun takpa pasal STAM...

Anta cume doa sudeh...

apa pun result yg anta dapat...Anta kene bersedia untuk dapat segala mcm keputusan...

Dlm erti kata lain, anta kene bersedia untuk ROSIB juga MUMTAZ....

Apa2 yg anta dpt semuanya yg terbaik untuk anta...

[['izzat ibrahim]] said...

amin :

kalau anta tak fikir tentang permasalahan umat, macm mana anta nak fikir jln penyelesaiannya?

ana kena fikir pasal stam, baru ana mengharapkan kejayaan dariNYA.

Ana kena fikir tentang syurga, baru ana terlintas untuk mengharap dapat memasukinya.

[['izzat ibrahim]] said...

ukur :

Amin..
ana memang mharpkan doa kalian, sahabat..

Amin Misran said...

maksud ana izzat...
Fikir jgn sampai benda lain tak buat...

as if anta mcm takut je...

[['izzat ibrahim]] said...

amin:

mmg takut sikit..insya'ALLAH. ana tak sampai tingglkn benda yg lg aula.
ana takut dan tetap berharap.

*doakan ana ye min. agar ttp dlm jalan yang sebenar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...