Thursday, March 18

The Goat Is A Wolf



Seekor anak serigala jantan terpisah dari ibunya. Anak serigala yang bewarna hitam kecoklatan itu menggagahkan dirinya yang masih tidak kuat berjalan untuk mencari ibunya. Umurnya baru menjangkau satu minggu. Setelah penat mencari, serigala itu menjumpai sebuah bangunan yang tenang dan nyaman. Serigala itu terus memasuki bangunan tersebut dan mendapati, rupa-rupanya bangunan itu adalah kandang kambing. "Ke mana semua kambing ni?" Getus hati anak serigala. Disebabkan kepenatan yang amat sangat, anak serigala itu tertidur di dalam kandang tersebut.

"Embekkkk" Anak serigala itu terjaga dari tidurnya. Dari jauh kelihatan sekumpulan kambing yang sedang menghampiri kandang yang disinggahinya. Anak serigala itu berasa sangat cemas. Dia tidak mampu untuk bergerak kerana badannya terlalu lemah. Hampir seharian dia tidak menjamah apa-apa makanan. Anak serigala itu hanya menyerah kepada segala kemungkinan yang akan berlaku kepada dirinya.

"Hey, siapa kau !" Ketua kumpulan kambing bertanyakan kepada anak serigala itu dengan nada sedikit terkejut dan marah. " Maaf, aku hanya menumpang. Badanku sangat lemah kerana seharian aku tidak menjamah apa-apa makanan" Anak serigala itu merayu. Anak serigala itu menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya. Kambing-kambing tersebut berasa sangat sayu dan kasihan terhadap anak serigala itu. Ketua kambing bersuara " Takpalah, engkau duduk sahaja dengan kami." Anak serigala itu berasa sangat gembira.

Setiap hari yang Anak kambing itu lalui bersama kambing-kambing penuh dengan keriangan dan kegembiraan. Pada awalnya, anak serigala itu berasa sedikit kekok. Tetapi, dia cepat belajar bergaul dan cara hidup kambing kerana beliau masih kecil.

Anak serigala itu belajar meragut rumput.
Dia diajar cara bergaul dan hidup seperti kambing.
Main cara kambing.
Yang dulunya dia meng 'auuuuuu' tapi sekarang meng 'embekkkk'

Semakin hari hidup anak serigala semakin berubah. Totally seperti kambing. Cuma rupa paras sahaja yang membezakan antara anak serigala dan kambing-kambing. Sekarang umurnya telah menjangkau umur remaja.

Pada suatu hari, anak serigala dan kambing-kambing itu menjalankan rutin harian mereka meragut rumput. Sedang asyik meragut, tiba-tiba seekor serigala telah menyerang kumpulan kambing tersebut. Anak serigala tersebut dan kambing-kambing yang lain melarikan diri. Ketua kambing berasa hairan kerana anak kambing itu turut melarikan diri. "Mengapa engkau melarikan diri sedangkan engkau juga adalah serigala ?! Pergi lah melawan serigala itu" Anak serigala itu berpatah balik dan cuba memberanikan diri. Anak serigala itu berhadapan dengan serigala yang menyerang. Anak serigala cuba menakutkan serigala. Anak serigala cuba mengeluarkan suara " Embekkkkk" Serigala tergelak. Anak serigala pelik mengapa dia tidak boleh mengleuarkan suara asalnya.

Ketua kambing itu berfikir " Kenapa dia berpatah balik? Aku kena buat sesuatu ni" Ketua kambing menghampiri anak kambing itu. " Wahai anak kambing, mengapa engkau tetap berpatah balik?. Engkau kena sedar yang engkau sebenarnya adalah serigala. Cuba keluarkan jiwa serigala Mu. Memang susah untuk berbuat demikian. Tapi berusahalah.

Akhirnya, anak serigala itu berjaya menghalau serigala yang menyerang kumpulan kambing. Jiwa serigalanya telah kembali. Anak serigala itu memohon keizinan untuk tinggalkan kumpulan kambing itu. Dia ingin hidup dalam dunia serigala yang sebenarnya.

Begitulah kita sebagai muslim dan mukmin. Dari kecil hingga sekarang, kita diacu oleh sistem sekular yang merosakkan. Walaubagaimanapun, fitrah kita menentangnya. Fitrah kita inginkan kesyumulan ISLAM. Yang merangkupi seluruh persoalan hidup. Keluarkan sifat muslim dan mukmin yang sebenarnya. Hiduplah cara ISLAM. Itulah lebih bahagia dan penuh bermakna,


3:110

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...