Tuesday, March 30

Rintihan Mereka






Rintihan Mereka

Buat pertama kalinya aku tersedu-sedu apabila mengenangkan masyarakat. Rintihan mereka mula ku dengari.
Hari ini aku berhajat untuk menulis penyampaian  Halaqah ku di MARSAH pada malam ini. Tajuk yang aku ingin konsikan dan sampaikan adalah mengenai keimanan. Sebelum tu aku terdetik untuk singgah di blog seorang adik Ku di MATRI, Anas Hakim. Kerana dia baru sahaja singgah di blog ini. Muzik latar yang dimainkan di blognya adalah salah satu daripada muzik Kitaro. Muzik yang punyai alunan membuai dan mengasyikkan. "Best jugak kalau sambil tulis dengar muzik ni.." Hatiku membisik. Sedang saya mencoret di bahagian pendahuluan, hati saya tiba-tiba seperti disentuh. Berikut adalah pendahuluan yang saya coretkan.

Sekudrat Hamba (Pendahuluan)

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan rasa syukur kepada ALLAH swt. Kerana dengan penyusunan terbaik NYA, dapat lagi kita Sahabat sefikrah, berkumpul pada saat ini dan tempat yang sangat barakah ini. Pertemuan kita adalah berbeza dengan pertemuan-pertemuan yang selalu kita bertemu. Pertemuan kita adalah bermatlamatkan pertemuan yang ingin kita mencari keredhaan ataupun mardhotillah. Pertemuan yang menyelamatkan kita di Padang Masyar kelak. Kerana salah satu golongan yang dinaungi oleh naungan ALLAH saat ketika tiada naungan selain naungan NYA adalah, beberapa orang pemuda bertemu adalah atas kerana kasih sayang yang berputik dari keimanan kepada ALLAH swt.

Selawat dan salam sama-sama kita tujukan kepada Rasulullah saw. Yang mana merupakan Rasul yang menyampaikan dan mendidik. (Rasul Dakwah dan Rasul Tarbiyah.) Kerana perjuangan baginda, dapat lagi kita sama-sama mengecapi dua nikmat ALLAH yang terbesar, iaitu nikmat Iman dan Nikmat Islam. Yang mana, nikmat ini adalah nikmat yang sebenarnya dicari oleh segenap lapisan masyarakat. Tapi malangnya, kerana perancangn rapi Pihak kuffar dah jahilliyah, mereka yang mencari tersalah tempat pencariannya. Mutiara nikmat yang sepatutnya dicari di dasar lautan, mereka tercari di tengah lautan padang pasir. Yang mereka jumpa hanyalah kehausan yang memeritkan. Mereka merintih kehausan. Mereka inginkan pertolongan. 


Jarang Aku Bersedih

Sebelum-sebelum ini, hatiku tidak pernah terlintas untuk bersedih apabila aku mengikuti seminar-seminar yang menceritakan mengenai keadaan masyarakat sekarang. Aku hanya beralasankan, aku lebih pening daripada bersedih. Kononnya aku pening kerana memikirkan mengenai cara untuk menyelesaikan. Menyelesaikan permasalahan. Baru kini ku sedar, sebelum-sebelum ini, aku tidak pernah mengambil serius tentang hal-hal masyarakat. Kerja-kerja Islam yang ku lakukan sebelum ini, sebahagian besarnya adalah berniatkan untuk menmpakkan aku sedang lakukan. Bukannya aku lakukan untuk mengejar matlamat kerja yang sebenarnya. Pening-pening kepala yang timbul kebanyakan besarnya adalah aku nak menunjukkan yang aku mengeluarkan idea. 

Baru Tadi Aku Mendengar

Setelah 3 bulan aku belajar di kolej ini baru kini ku sedar. Yang mereka sebenarnya sedang menjerit. Menjerit meminta pertolongan. Menyelamatkan daripada dicengkam oleh sistem Jahiliyyah. Sistem sekular yang memisahkan Agama daripada kehidupan dunia. Sistem yang sangat menjijikan dan sungguh mengerikan. Terperangkapnya masyarakat di lubang yabf sangat dalam. Mereka dapat mencipta pelbagai alasan untuk melakukan dosa. Mereka dikaburi dengan keindahan yang sebenarnya satu penyiksaan. Ini semua tidak lain dan tidak bukan adalah hasil daripada sistem Jahillyah. Mereka yang menyebabkan manusia mencari mahkota keimanan di tengah gurun yang panas membakar. Mereka yang menyebabkan manusia mencari semaian ketaqwaan dalam lubang yang sangat dalam dan menyebabkan manusia terus tersesat. Alangkah kejinya sistem itu.

Aku Bersyukur

Aku bersyukur kepadaMU Ya ALLAH kerana perdengarkan kepada Ku rintihan ini. Rupanya, suara yang selama ini ku cari adalah suara mereka. Patutlah ibadah yang selama ini ku lakukan hanya satu rutinan. Patutlah qiammullail yang ku dirikan selama ini tidak ada kepuasan. AKu sebanarnya tidak tahu apa gunanya. Aku lakukan kerana berasa kena lakukan. Sekarang baru ku rasakan yang Ibadah adalah penting dilakukan. Thanks ALLAH !


3:110

2 comments:

Anonymous said...

muhasabah yg baik unk diri ini...

[['izzat ibrahim]] said...

terima kasih anonymous.
semoga bermanfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...