Monday, June 21

Sir Yahya Murabbiku


Sir Yahya, Murabbiku

Sungguh cepat masa berlalu,
Hari demi hari dan tahun demi tahun,
Seorang demi seorang ALLAH menarik nyawa murabbi Ku.

Sir Yahya,
Dialah murabbiku yang terkini dipanggil ALLAH swt.
Masih terngiang di telingaku,
Kata-katanya yang banyak mempengaruhi kehidupanku,
"The Pantcuality is seriously in doing something"
Itulah kata-kata pertama beliau dalam sesi pembelajaran bersamanya.
Ketika saya tingkatan 4, kelasnya selepas waktu rehat.
Kebanyakan daripada kami masuk lewat untuk kelas yang pertama bersamanya.
Dengan nada yang lembut dan tegas,
Dia menasihati kami dengan kata2 ini.
Walaupun tatkala itu, kata2nya menjadi bahan hiburan kami,
pada saat kini kami telah meningkat usia,
kata2 ini sangat dan amat berguna buat saya dan rakan2.

Sir Yahya,
Kali terakhir saya bertemu dengan beliau,
adalah ketika saya ziarah Bumi Wakafan Matri untuk mengambil sijil keputusan STAM.
Ketika bersalaman dengan beliau,
ku lihat raut wajahnya,
penuh dengan wajah menahan sakit yang beliau tanggungi.
Untuk beberapa minit, saya berbual mesra dengannya.
Saya pun tidak berapa pasti yang dia masih mengenali saya ataupun tidak.
Tapi layanan mesra daripadanya ketika itu,
membuatku pada saat ini berasa sebak.
Oh, baru ku teringat.
Pernah sekali ku menolongnya dalam persiapan kad jemputan untuk walimatul urus anaknya,
Abang reza Jazul.
Beliau meminta saya dan beberapa orang rakan untuk menulis nama dan alamat rakan2nya yang ingin dijemput.
"Biar saya tunjukkan contohnya"
Lalu dia mengambil satu sampul surat dan menulis,
"Sir, macam mana kami nak tulis dengan tulisan yang cantik macam sir?"
"Sir je lah tulis, malulah kami dengan tulisan kami"
Sir tergelak perlahan
"Takpa, anta tulis saja ikut kemampuan anta..ini contoh saja"

Sir Yahya,
Dari dulu saya sangat gementar untuk mendampinginya.
Yelah, dengan berpewatakan serius dan tegas.
Siapa berani dekat.
Rupa2nya ketika saya mengambil kelas STAM (Tingkatan 6),
barulah ku kenali siapakah Sir yang sebenarnya.
Seorang yang penyayang, penyabar, cool dan penuh pengalaman.
Rasa sangat bersalah ketika itu apabila teringat waktu saya tingkatan 4 dan 5,
sering bergurau mengenai nada suaranya ketika berbahasa inggeris.
Pada suatu hari, saya ada bersembang dengan seorang abang,
Dia ada menceritakan serba sedikit tentang Sir.
Abang tu berkata,
"Anta cuba buat satu kem, dan anta jemput Sir bagi ucapan"
"Untuk apa?"
"Anta akan lihat Sir yang sebenarnya. Walaupun anta nampak dia seorang yang tegas dengan pembelajaran, waktu kem tersebut, dia amat menekankan mengenai Usrah dan halaqah"

Sir Yahya,
Walaupun saat kita bersama sangat singkat,
Saya sebenarnya banyak perkara yang saya dapat dari Sir.
Terutamanya untuk menjadi Muslim dalam ertikata yang sebenarnya.
Kini Sir dikebumikan di tempat yang semua umat Islam impikan.
Iaitu di Mekkah.
Sir, saya tetap mendoakan yang terbaik untuk Sir.



3:110


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...