Thursday, July 1

Travelog - 8Reunion : Hari Sabtu Yang Penuh Bersemangat !



25hb Jun 2010

Pagi yang hening. 6.00am. Pelik, seekor nyamuk pun tak ganggu saya tidur. Dulu kalau tidur kata musolla, pasti serangga tu datang menyibuk. Mungkin sebab mereka takut kot dengar perlawanan bunyi antara cengkerik dengan dengkuran sahabat2 saya. Walaubagaimanapun, stinggi syukur saya panjatkan kepada ALLAH swt. kerana mengizinkan kami semua untuk meneruskan hidup. Alhamdulillah.

Pagi tu saya lihat semua sahabat saya bangun begitu awal. Adalah beberapa orang yang liat sikit. Tulah, orang tidur dia pi pekena char koew teaw Batu 2. Hemm.. Maula pun bangun awal, pagi tu. Bukan senang lepas subuh nak tengok dia terus segar. Sebab sebelum ni dia ada kata,

"Aku kat KUIS  sana malam dah macam kelawar"
"Hang duk wt ape maula?"
"Entahlah..Tak boleh tidor doh. Kacau orang lah, lepak lah..pukul 5 baru aku tidoq selalunya"

Peh, kalau dah kata pukul 5 baru nak tidoq, alamatnya mesti membuta sampai pukul berapa ntah ni. Maula.

Seusai solat subuh, kami follow adik2 MATRI baca Qur'an dan baca zikir Al-Mathurat. Memang sedikit masyu' lah baca Al-Mathurat pagi tuh. Terkenang memori2 dulu waktu kami form4 dan form5. Start Form4 kami sering baca qur'an dan Al-mathurat dalam satu kelompok.

Saya masih teringat, dengan Qur'an lah kami start rapat. Ketika pertengahan tingkatan 4, sahabat2 saya seperti Najmi, Hilmi, Rijal sering baca Qur'an selepas solah subuh. Lepas2 tuh, sahabat2 lain macam lutfi, radhi turut serta dalam kelompok tu. Mungkin dengan keberkatan A-Qur'an, ukhuwwah kami still utuh sampai saat ini. Alhamdulillah. Semoga ALLAH kekalkan kemesraan kami hingga ke syurga. Aminn.

Pagi tu semua orang dah mula kelaparan. Najmi cuba menelefon Hamizan. Sebab nak konfemkan sama ada ayah Hamizan sediakan sarapan jugak ka?. Tak angkat.

"Heh Mizan nih. Awat dia tak angkat ni. Mungkin sebab number ana kot" Najmi mengomel sambil gelak2 kecil.
"Basyier, meh henset anta. Try guna henset anta."

Panggilan terjawab,

"Ohh, anta number ana anta tak angkat nohh. Macam ni anta noh."
"Mana ada. Ana tak sempat angkat tadi" Hamizan menjawab.
"Macam ni, ana nak tanya. Mak anta sediakan sarapan jugak kah untuk kami?"Najmi minta kepastian.
"Boleh jugak, nanti ana suruh mak ana buat nasi himpit goreng. Nasi himpit semalam pun banyak lebih"
"Ok2"

Walaupun sarapan pagi tu disponsor, kami tetap membeli roti canai. Lambat sangat. Semua dah hampir kebuluran. (haha. rakyat Malaysia tak pernah mati disebabkan kebuluran. Sebab terlebih makan ada lah.)
 Pagi tu kami makan roti canai dulu. Sementara tunggu sarapan dari Hamizan. Kalau tak silap, roti canai tu Najmi atau Amin yang sponsor. Thanks bro.

Pagi itu, saya juga mengambil kesempatan untuk pinjam kasut futsal dari pelajar MATRI. Lupa nak bawa kasut futsal.Sebab,  Antara aktiviti kami di langkawi nanti adalah Futsal. Turunkan berat badan sikit.


Lepas ni sambung mengenai perjalanan kami ke Langkawi pula. Best2..Best sangat.




3:110
"Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik"

4 comments:

Muhd Radhi said...

Alhamdulillah!!

[['izzat ibrahim]] said...

ALLAHuakbar !

Amin Roseli said...

ana tak beri sumbangan ape pon..

[['izzat ibrahim]] said...

haiya min..Sori2.
Ana mana igt semua..haha
Kalau ada terkurg habq mai lah..
Jgn merajuk ye min..caaayang dia. Bucuk2~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...