Saturday, August 21

Motivasi : Jangan Mengharapkan Perubahan !



.........................................................................................
"Janganlah mengharapkan perubahan Kerana perubahan tidak sesekali menjanjikan perubahan !. Bersyukurlah dengan apa yang ada." Penyampai 1

............................................................................................

Masih terasa panas di telinga saat kata-kata ini memanah keluar dari mulut penceramah. Perubahan. Iya, memang perubahan tidak sesekali menjanjikan perubahan. Tapi apakah saudara sejak lahir hingga kini masih merangkak untuk berjalan?

............................................................................................
"Kalian berpegang pada prinsip atau pendirian? Berpeganglah pada prinsip dan jangan sesekali berpegang pada pendirian!" Penyampai 2.
 
............................................................................................

Apakah prinsip yang dipegang oleh penyampai 1 tatkala mulutnya ringan mengeungkapkan kata-katanya. Apakah itu pendirian atau prinsip? 

...........................................................................................
"Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka celakah Dia" Hadis

............................................................................................

Bukankah ini satu prinsip? Dan bukankah kita perlu sentiasa berusaha menjadikan saat ini lebih baik dari yang sebelum ini?

............................................................................................

Bagi saya, Inilah salah satu bentuk peperangan. Peperangan prinsip. Jika nak digambarkan dalam bentuk susana, Ianya tidak ubah seperti peperangan yang berlaku di Bumi Palestin. 

Ketika ini saya sendiri keseorangan. Dan ada beberapa sahabat yang menyokong. Memang lemah. Sedikit bilangan kami. Ketika inilah diam kami, kami rasakan seperti kehinaan dalam peperangan.

Tapi..Kami cuba juga melawan. Melawan balik dengan persoalan prinsip. Dan satu motivasi yang saya sendiri tanamkan adalah,

"Jika kalian terlihat akan kemungkaran, cubalah kalian cegah dengan Tangan. Dan jika tidak mampu, cegahlah dengan lidah (ucapan). Dan jika tidak mampu juga, cegahlah dengan hati. Dan itu adalah selemah-lemah iman." Hadis

Ketika itu saya cuba tidak hanya mengambil tindakan selemah-lemah iman. Dan saya yakin, ALLAH tetap bersama.




3:110
'Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik'

5 comments:

Syed Ahmad Fathi said...

Tak faham sangat la izat. Kalau dalam bahasa simple dia cane?

'izzat ibrahim said...

tak fahamkah?
penuh tersirat..

Syed Ahmad Fathi said...

tak faham gak.
camne siratan dia tu?

'izzat ibrahim said...

nak tahu juga kah?
kalau nak tahu..jum futsal !

Syed Ahmad Fathi said...

datanglah ke sini jika begitu.
boleh kita berfutsal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...