Monday, September 20

Travelog - 15Reunion : Budak Unik Dan Firdaus Hashim

 Gambar budak Unik tu tak dapat dikesan.
Budak dua orang ni pun boleh diketegorikan budak unik.( + pelik)

Budak Unik

Masih membincangkan perihal budak unik tu. Pagi ahad adalah hari pertama sesi persekolahan dalam minggu bagi Sekolah2 di negeri Kedah.
Pada pagi ni, Firdaus mengambil kesempatan untuk beramal dengan menghantar anak2 yatim ke sekolah.
Budak yang unik tu pagi tu agak lincah persiapkan diri. Bukan sebab memang dia mempunyai pendirian untuk menjaga waktu, tapi memang dah terlewat.
Fuh, pantas jugak budak ni siap. Firdaus yang lagi tadi sabar menanti budak tu kelihatan sedikit tersenyum kerana budak tu telah lengkap berpakaian sekolah. Aku pun tiba2 mengambil fokus kat budak tu. Ntah sebab apa aku tak tahu. Mungkin sebab aku boleh catatkan sesuatu kat blog kot tentang budak ni.
Firdaus yang tadi mula tersenyum kembali mengerutkan dahi. Aku menoleh ke arah budak tu. Eh lah, beg pula yang dicari. Aiyaa, kalau aku mungkin budak ini dah lama ditinggalkan. Atau dah lama budak ini tidak masuk ke kelas. Tapi yang paling penting, aku masih tidak bekerja di sini.

 Firdaus berada dibelakang manusia yang sedang melakukan sujud.
Posisi dia dalam gambar ni pun melihatkan kesabaran dia yang amat tinggi terhadap orang yang di depan dia.

Firdaus Hashim

Firdaus memang seorang yang mempunyai kesabaran yang amat tinggi. Kisah kesabarannya yang paling menarik adalah ketika dia bersama beberapa sahabat ke Indonesia.
Kalau aku meminta abang ali ceritakan kembali, pasti air mata abang ali akan bercucuran. Bukan sebab kesedihan, tapi sebab kelakar yang teramat. Sebab itulah Firdaus ni kami simbolkan dia dengan gelaran Ulama'.
Adakalanya kalau bekerja dengan dia, kita pula yang sabar melihat kesabaran dia. Mungkin tahap orang ini adalah tahap kesabaran yang lebih sedikit dari dia.




3:110
'Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terabaik'

3 comments:

Muhammad Radhi said...

ana setuju dgn ksbaran firdaus dari form 1....sbab byk kaco dia..hehe..

Anonymous said...

keunikan bdk 2 org atas tuh mmg mengagumkan.. hahaha

Unknown said...

dan sangat memelikkan..ha2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...