Credit : http://www.liveyourseoul.com
Akan anda temui dan hadapi hari yang sangat lemah. Seluruh usaha anda
menjadi gagal. Pada ketika ini anda akan lebih terasa bahagia jika dapat
melayan muzik yang sedih. Instrumental yang menyedapkan hati anda.
Sebenarnya anda seakan-akan menikam jantung untuk mati dengan segera.
Fikiran anda pada saat itu sangat negatif dan penuh dengan
andaian-andaian yang pelik, walaupun pada ketika itu anda merasakan anda
adalah benar. Sebenarnya anda silap.
Penawar bagi lemah hanyalah kekuatan. Selagi anda memerangkap minda
anda, selagi itulah tubuh anda terikat dengan kelemahan yang anda
sendiri cipta. Padahal, asalnya anda adalah kekuatan. Dan kekuatan anda
sudah cukup untuk anda teruskan kehidupan sehingga mati. Jangan mati
awal dari masa yang Tuhan telah tentukan pada anda. Persekitaran adalah
kekuatan. Maka binalah persekitaran yang sihat dan kuat. Gaya hidup yang
cekal bersemangat walaupun arus kelemahan sedang melanda jiwa anda.
Hati anda ada masanya akan lemah. Namun akal anda telah menyimpan pelbagai data maklumat yang mampu menangani segala masalah. Jangan biar hati anda memakan data-data tersebut.
Kembali pada asal. Kita hanyalah makhluk Allah yang lemah. Namun kita adalah makhluk Allah yang dipilih bagi mendokong beberapa beban tanggungjawab sebelum mati pada masanya. Lemah? Kekuatan ada pada anda. Realisasikan kekuatan tersebut.
Sumber : http://isshokemmei.wordpress.com

No comments:
Post a Comment