Monday, March 2

Tiba-tiba Minat Ekstrem Membaca.

Tiba-tiba Minat Ekstrem Membaca Selepas Tahun 3 Kuliah.

Membaca.

Mencari sesuatu dalam keadaan tidak tahu sedang mencari

Aku baru berminat dalam dunia membaca buku. Minat yang over. Sebelum ini baca, tapi tidaklah terlalu mengganas.

Minat itu bermula selepas peperiksaan akhir Tahun 3. Tahun yang penuh keperitan dan tidak kurang juga keceriaan.

Sampai sahaja di Malaysia selepas 4 tahun tidak pulang, aku terus minta izin Ummi, "Ummi, nanti nak pergi kedai buku. Solah bawakkan."

"Drive lah sendiri."

"4 tahun tak driving Ummi."

Aku tidak tahu kenapa tiba-tiba minat membaca aku lain macam. Aku seakan-akan mencari sesuatu. Tapi aku tidak tahu.

Beberapa buku habis dibaca di Malaysia. Rata-ratanya buku yang aku baca berkenaan Negara Turkey. Dari buku sejarah Solahuddin Al-Ayubi, kemudian Musthafa Kamal Atartuk kemudian buku catatan peribadi seorang wanita berkahwin dengan pemuda Turkey dan buku lain-lain.

Keadaan bertambah pelik bila balik haritu aku dihadiahi banyak buku oleh penulis buku. Ummu Anas (makcik Noraini Eslah) dan senior saya, Hilal Asyraf.

Banyak buku yang teringin nak beli ketika di Malaysia. Tapi disebabkan muatan kargo flight terhad dan duit biasiswa di Mesir, jadi terpaksalah tangguhkan niat beli buku online sahaja time di Mesir.

Pulang semula ke Mesir 

Sampai Mesir, aku terus cari siapa-siapa kawan yang belum pulang ke Mesir untuk kirimkan buku. Dan entah kenapa, teringin pulak baca buku HAMKA. Beli buku novel beliau, "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck." dan Tasawwuf Moden. Teringin dapatkan buku Falsafah Hidup, tapi kawan yang tolong belikan tidak jumpa.

Dan entah kenapa juga, terminat pula beli buku-buku pejuang 'kemerdekaan minda'. Buku "Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang." Dan buku Padagogi Bahasa Tertindas." Penulis, Zulfikri Zamir. Buku novel Faisal Tehrani, "Bagaimana Anyss Naik Ke Langit" berkisar tentang pembalakan haram di Sarawak.



Kirim buku kali kedua pula. Seorang kenalan, Aunty Sairah. Buku yang diterbit oleh DuBook Press. Antithesis by Benz Ali. Orang Hodoh, Cantik. Buku "Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia" dan beberapa lagi.

Tapi Allah tidak izin sampai lagi. Sebab terlambat roger makcik tersebut. Makcik sudah sampai Mesir, buku-buku itu baru tiba di rumah beliau. 

Buku Falsafah Hidup.



Setelah membaca beberapa buku. Aku tetap tidak puas. Benda yang dicari dalam aku pun tidak tahu yang aku sedang mencari masih tidak jumpa. 

"Abang Muhsin, anta ada buku Falsafah Hidup, Hamka?"

"Ada, dalam kotak."

"Wah, serius?!

"Serius ada. Tapi cetakan lama lah. Kertas warna kuning." 

"Boleh lah. Macam teringin baca."

Aku pun tidak tahu kenapa teringin baca. Teringin yang bukan biasa-biasa. 

Mungkin ada sikit sebab, yang aku mula teringin membaca berkenaan falsafah. Sebab teringat perbualan dengan Abang Anas Suhaib berkenaan bangsa Melayu yang hilang falsafah hidup komunitinya.

Dan teringin juga sebab ada sedikit minat untuk sambung bidang psikologi. Entah, ada kena mengena atau tidak. Aku pun tidak tahu.

Baca dan baca. Merangkak sedikit. Tidak selaju baca novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Sebab kesibukan mula semester baru dan persatuan menjadi halangan untuk fokus membaca buku yang sedikit berat.

Baca sehari beberapa helai. Satu helaian 46 aku terjumpa, 
"Orang yang berakal tidaklah berduka hati, kerana kedukaan itu tidaklah ada faedahnya. Banyak duka mengaburkan akal. Tidak dia bersedih, kerana kesedihan tidaklah memperbaiki perkara yang telah terlanjur. Dan banyak sedih mengurangi akal."

Setelah baca ini, persoalan yang tersorok dalam fikiran mulai muncul dan mendapat jawapan. Puas.

Rupa-rupanya, minat yang tiba-tiba muncul ini adalah proses memujuk untuk aku akan peristiwa perit yang dilalui pada Tahun 3 kuliah. 



Selepas puas berjumpa?

Bila berjumpa, hati mula sakit semula. Pelik. Aku pun tidak tahu kenapa.

Tapi puas sebab dapat jumpa.

Selepas puas kerana jumpa, aku teruskan baca buku Falsafah Hidup itu. Ingin aku cari jawapan, "Mengapa harus buku itu?"



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...