Tuesday, December 16

The Power Of Mind


Sesetengah orang berfikir bahawa oleh kerana kita mempunyai satu ajaran hidup yang sempurna dalam Al- Quran,kita boleh terus melaksakannya dalam kehidupan kita tanpa berfikir mengenainya. ALLAH menganugerahkan kita akal untuk memahami dan mengamalkan keimanan kita. Inilah yang membezakan kita dengan haiwan. Kita bukanlah makhluk yang terpantas, terbesar, paling gagah, atau yang tertinggi di antara semua makhluk. Tetapi kita adalah makhluk yang paling bijak di antara semua makhluk.

Pada suatu masa terdapat seekor singa di hutan. Singa itu memberitahu anaknya; “Engkau tidak perlu takut kepada binatang lain, tetapi awasi diri engkau daripada satu makhluk yang berkaki dua, iaitu manusia. Dia ada akal.” Pada suatu hari anak singa itu berjumpa dengan seorang manusia dan menawannya. Anak singa itu hamper membunuhnya. Anak singa itu teringat akan nasihat bapanya dan bertanya kepada manusia itu,” Bapaku telah memberikan amaran kepada aku tentang engkau. Bolehkah engkau tunjukkan akal engkau?” Manusia itupun menjawab; “Ya, tetapi aku tinggalkannya di rumah. Kalau engkau lepaskan aku, aku akan balik ke rumah dan mendapatkannya.” Anak singa itupun bersetuju. Manusia itupun berkata; ”Tetapi mungkin engkau akan pergi dari sini dan aku tidak akan menjumpai engkau. Biar aku tmbat engkau di pokok supaya engkau tidak meninggalkan tempat ini.”Anak singa itu bersetuju. Apabila manusia itu menambat anak singa tersebut, dia terus mendapatkan kayu dan memukul anak singa yang malang itu sehingga mati. Dalam saat-saat yang terakhir,anak singa itu teringat nasihat bapanya; “Berjaga-jagalah dengan manusia,dia ada akal.”

Malang sekali kita tidak menggunakan akal kita dengan sepenuhnya. Dalam sesetengah keadaan,kita membiarkannya dalam keadaan baru. Kita tidak pernah menggunakannya!! Secara serius, kajian saintifik menunjukkan bahawa manusia biasa jarang-jarang menggunakan seluruh potensi kekuatan akalnya lebih daripada 5 – 10 %

2 comments:

nurizbhr said...

aqal...slh satu nikmat yg Allah beri. sama2 kita gunakan dgn sebaiknya..

Syed Ahmad Fathi said...

akal yang sihat lahir dari badan yang sihat.. marilah kita bersukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...