Thursday, December 11

Medan Teori VS Medan Praktikal(Amali)



Terdapat seorang Syeikh yang berpengalaman melatih para pendakwah – enam bulan secara teori dan tiga bulan secara amali. Seorang pelajar yang telah tamat peringkat teori berasa yakin dapat melaksanakan sesi amali secara bersendirian. Syeikh tadi menasihatkannya, tetapi ia tidak mendengar. Pelajar itupun berangkat ke sebuah kampong yang terpencil untuk malaksanakan dakwah secara praktik. Pada hari Jumaat yang pertama, seorang imam palsu memberikan khutbah yang penuh pembohongan terhadap ALLAH dan Rasul-NYA. Pelajar tersebut berdiri dan berteriak “Imam ini seorang pembohong. ALLAH dan Rasul-NYA tidak pernah menyatakan apa yang telah disampaikannya tadi.” Imam itu menjawab,” Pemuda ini seorang kafir dan perlu dihukum.” Sidang Jumaat memukul pelajar tersebut sehingga parah. Pelajar itupun kembali menemui Syeikhnya dalam keadaan cedera yang parah. Syeikhnya pun berkata.” Biar aku tunjukkan kamu contoh dakwah yang baik.” Pada hari Jumaat yang berikutnya,mereka pergi ke masjid yang sama. Imam tersebut menyampaikan isi khutbah yang sama seperti sebelumnya. Setelah mendengar khutbah, Syeikh itu berdiri dan berkata,” Imam, kamu seorang daripada ahli syurga. Sesiapa yang mendapatkan walau sehelai rambut atau janggutnya akan masuk ke dalam syurga.”Pada ketika itu juga,ahli jemaah mengerumuni Imam itu dan mencabut sehelai demi sehelai janggut dan rambutnya sehingga licin dan dia ditinggalkan dalam keadaan yang berlumuran darah. Kemudian Syeikh dan pelajar itu mendekati Imam dan berbisik kepada Imam,” Adakah kamu akan berhenti berbohong tentang ALLAH dan Rasul-NYA dan mengubah diri kamu? Atau kamu inginkan pembalasan yang lain?” Imam itu menyedari akan kesilapannya dan bertaubat. Pelajar tadi menyedari akan kesalahannya dan berjanji dengan syeikhnya akan mengikuti sessi amali selama tiga bulan.
Di sini kita tengok betapa berbezanya antara Medan Teori dan Medan Praktikal.



*Syeikh menggunakan ketaksuban orang ramai untuk memberi pengajaran kepada imam palsu tu.

1 comment:

Riema Ziezie said...

praktek adalah TAULADAN yang ampuh dalam berdakwah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...