Tuesday, July 14

Pilihan Kekasih Untuk Hatiku


Adakah Dia pilihan hatiku ?

Aku menghempaskan badanku dalam empukan tilam. Henset yang dari tadi ku pegang ku lepaskan. Bingung dan lemah bercampur-baur lalu menghasilkan keserabutan yang amat sangat. Nasihat Faiz masih terngiang “Dahlah Solah..kau tinggalkan jelah Dia tu..ko tak sayang kat diri ko ke?”.Satu nasihat yang sangat susah nak praktikkan. Mestikah aku bersetuju dengan Faiz?? Susahnya..!!

“adakah patut aku tinggalkan?” kepala Ku mempersoalkan. “Ada orng lain ke nak gantikan Dia??.” Semakin bertambah simpulan persoalan di benak pemikiranku. “Mana nak cari yang secantik Dia,seayu Dia?” “Mana nak dapat lagi suara selunak Dia?” . huh.. “kadang-kadang bukan lawa sangat pun dia tu..” haha.

“ah,Nanti-nantilah aku fikir..” Aku terus mencapai buku Matematikku yang sekian lama bertapa di bawah himpitan buku. Ku tiup membersihkan bukuKu dari diseliputi habuk.“Buku pun dah naik merajuk dengan aku, haha.” Getus hatiku berjenaka. Lepas-lepas aku diiktiraf pelajar terbaik matematik Malaysia, harapan lah nak tengok aku buka buku Matematik, konon-konon dah mantap habis.

“Ummi..susah la matematik ni..” aku merungut. Subjek Matematik aku, dari tingkatan satu sampai pertengahan tingkatan 3 ni, merah je warnanya. Tak pernah berubah.
Malu jugak aku kalau Math aku fail time PMR nanti. Mak aku guru pakar,ayah aku pangkat master dalam math, kakak aku pulak, pelajar terbaik sekolah..hmm.aqal ku berbisik. Dan.. “Ummi, ajarkan..” hem, sukalah Mak aku bila aku minat balik Matematik ni. Tapi..”Susahnya..!!” ketetapan yang tidak bisa berubah. Aku cuba berusaha..!

Akhirnya..

“Aduh, failed lagi..!!” Periksa percubaan, aku dapat 8 A dan 1 E. “Macam mana nak buat ni..Penat je aku usaha.!”.

Lepas aku bagi slip keputusan kat mak, aku terus masuk bilik untuk beruzlah..Selang beberapa minit.. “Ummi tak kisah kalau Solah failed. asalkan, Solah dah usaha sungguh-sungguh..” Fuh, taufan sakti bertukar musim bunga.. pelik tapi benar.

Aku akan tetap berusaha.. !!

“Choi, tak susah ke Matematik ni?? Tengok ko buat senang je..”
“Senang macm makan kacang rebus je..” Geram betul aku ngan si Choi ni. Tengoklah nanti, kalau aku dah jadi pakar Math dunia nanti,baru ko tahu.

“Wan, kenapa senang sangat cara ko buat Math ni?”
“Well, you know me Solah. I’m Wan You Know.” Makin berasap dah gunung kemarahan aku ni.Aku tanye orang lain lah...

“Raep, dulu ko bodoh macm aku jugak tentang math-math ni. Macam mana ko boleh terer?”
“semua benda asalnya susah Solah.. asalkan ko sayang diri ko, ko sungguh-sungguh nak buat dan ko sabar banyak-banyak. Nak buat benda yang susah memang kene lengkap tiga benda tu. Ko tengok macm aku, sekarang dah mantap habis dah ni!”

Bommm!! Baru nak sejuk, terus meletup. Tak semena-mena Raep dah terbaring kena tumbuk. Tu lah bangga sangat “Tapi, bagus juga peringatan dia ni” getus hatiku.

“Masih belum sempurna..”


Aku sayang sangat diri aku,
Aku akan bersungguh-sungguh,
Fuh, memang kene banyak bersabar, susah susah..

Titit,titit..jam berbunyi pukul 3:30 am. “Penatnya..malas betul lah nak bangun..” Tiba-tiba satu bisikan menerjah. “Takkan kau nak biar maruah kau jatuh kot??” “Tak kira, Math ko kene A jugak !!!” Aku terus ke meja study. “hahhh!” sambil menekup tangan di mulut,aku menghembuskan nafas “ei.. busuknya!!” Semangat sangat sampai lupa nak gosok gigi..haha.

hari berganti hari..

Keesokan selepas berita mengatakan keputusan PMR akan keluar..
Alhamdulillah,!! aku dapat 9A!!!!!! takbir!! ALLAHUAKBAR!! Laungan takbir bergema di segenap jasad dan jiwaku..

“haha..Akhirnya sempurna…”

Te tet, te tet, SMS. Awan lamunan Kisah setahun yang sarat berkepul berkecai dek terima pukulan sms. “kacau betul sms ni..”

“mcm mn s0lah..k0 dah wat kptsn?”Sms dari faiz. Kat mana lah dia belajar bahasa melayu ni??
“Aku macam dah dapat jawapan.. je.” aku membalas.
Tiba-tiba telefon ku berdering. ‘Si Dia’ tertulis di paparan skrin. Tap,butang merah ku tekan. “Inilah jawapan Ku!!”


Aku sayang sangat diri aku, (aku taknak masuk neraka!!)

Aku akan bersungguh-sungguh, (aku akan cuba tinggalkan Dia)

Fuh, memang kene banyak bersabar, susah susah.. (Syaitan ni memang nak kene..dasar penghasut!!)

Bukan setakat itu ye syaitan punya kerja..

Message dari Dia yang lama ku biarkan cuba ku buka..“Solah..awak tinggalkan saya mcm tu je..please give me a strong reason.!!”

“Kesian jugak ye..”hatiku membisik. “tak patutlah aku tinggalkan mcm tu je..” akal mengiyakan. “balaslah sekali, lepas tu tak balas dah…”

Jari menekan button dengan pantas. “harap-harap dia faham.” Tiba-tiba..

“betul ke sekali je ko akan balas??” satu persoalan. “lepas ni dia balas balik mesej ko… Pastu, kesian ko makin bertambah, ko balas balik..last-last mcm tu juga…hem,” Bisikan yang tak berapa pasti di mana punca menyebabkan tangan ku terhenti untuk membalas. Aqal Ku berkira..
“betul jugak erk..”aku mengiyakan. “aku lagi sayang diri aku..”

“Alhamdulillah..betul-betul sempurna..”

*tektik syaitan memang halus. Ada je syaitan bisikkan reason bagi yang salah tu nampak betul. Ingat, nak melakukan perubahan memang payah, kene banyak bersabar. Mana taknye, kene kerah tenaga. Ingat senang ke nak sungguh-sungguh. Tapi kalau dah kata sayang atau cinta,.. mesti lah sanggup!!
*Analogi = Matematik : Susah

6 comments:

[ n_akn ] said...

nice artikel buat renungan bersama..

abdullah luqman osman said...

banyak yang tersirat ni, watak pun macam aku kenal jerk. hheheh,

renungan yang bgs untuk semua. moga allah bukakan pintu hati kita dan beri kesedaran dalam diri. aminn.. semoga mnjadi abg yang teguh dan kuat.. hehhe

Humayra' said...

seorang mukmin x jatuh dlm lubang yg sama dua kali. moga kita mampu istiqamah atas jln yg diredhaiNya..

btw, just wondering.. ape kaitan cerita ni dgn subjek matematik?

Unknown said...

Terima kasih..
Matematik ni ana kaitkan dengan kesusahan.

Unknown said...

To N_Akn :

JazakiLLAH khair kak..

Semoga kita sama2 diberi hidayah ALLAH..

Unknown said...

To Abid :

JazakALLAH khai Albo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...