Sunday, September 20

Selamat Hari Raya Eidul Fitri


Hari Raya Eidul Fitri, hari yang pasti diraikan dengan penuh kegembiraan oleh segenap lapisan masyarakat Beragama ISLAM di atas muka bumi ini. Tak kiralah cukup ataupun tak cukup sebulan berpuasa. Golongan 'Alim, golongan Pelajar, kanak-kanak bahkan golongan Mat Rempit pun turut meraikan kedatangan 1 Syawal. Buktinya, yang 'Alim sedang gembira BERTAKBIR. BERTAHMID,BERTASBIH. Mat Rempit sibuk menghangatkan motosikalnya. Adalah pelik jika pemain Mercun bermain mercun dalam keadaan Menangis sedih. Semua Bergembira!!

Eidul Fitri adalah hari Perayaan menyambut diri kita yang berkeadaan fitrah ( Bersih seperti bayi yang baru dilahirkan ) Selepas sebulan menghadapi peperangan demi peperangan dalam usaha menyahut cabaran ALLAH agar kita menjadi Orang BERTAQWA, segenap aspek ataupun fakulti kemanusiaan kita Bersih, IQ (Aqal) SQ (Jiwa) dan Fizikal (Jasad) Semuanya dalam keadaan bersih.

SQ (Jiwa) - Selama Sebulan kita berpuasa dengan puasa yang sebenarnya, pasti Nafsu yang sering merajai kita tersungkur tunduk.

IQ (Aqal) - Bila badan lemah berpuasa, nak fikirkan tentang sesuatu yang membangkitkan Hawa Nafsu pun dah tak larat. Bila badan dah lemah, hanya ALLAH sahajalah diingati. Kan sebahagian kita hanya ingat ALLAH bila susah, waktu Ramadhanlah ALLAH meraikan fitrah hambaNYA itu untuk mengingatiNYA. SAYANGNYA ALLAH kat KITA!!!

FIZIKAL (Jasad) - Ada Post sebelum ni yang menerangkan ada satu proses yang membersihkan darah kita daripada toksin2 yang tersembunyi dalam badan. Menurut kajian saya yang saya kaji dalam buku, jika sebulan berturut kita berpuasa,sel darah merah kita akan jadi sel darah merah yang baru. dan badan kita pun jadi seperti baru.

Banyak lagi natijah ataupun hasil daripada Puasa yang perlu dicoretkan.
SATU PERSOALAN :

Adakah patut?? selepas Kita berpenat-penat berjuang untuk mengembalikan diri kita dalam keadaan fitrah, KITA SAMBUT KEJAYAAN PENGORBANAN KITA DENGAN MENGOTORKAN DAN MENJIJIKKAN KEMBALI KEHIDUPAN KITA ??

Jawapannya sama sekali TIDAK.

Marilah sama-sama kita menyambutnya dengan kesucian jiwa dan diri kita.
Yang paling penting.. kita layak menyambutnya selama sebulan bahkan sebelas bulan.

SELAMAT MENYAMBUT KEJAYAAN!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...