Saturday, September 19

Sai Baba : Al Masih Ad Dajjal??


Ketika perjalanan pulang dari Perlis ke Johor iaitu dari sekolah ke rumah, aku duduk bersebelahan dengan adik tingkatan 2 yang sama bersekolah denganku, syakir bin mad.

aku : ada buku apa2 tak? boringlah.. (aku memang dah ternampak ada buku dalam beg dia)
syakir : ada. ( dia mengeluarkan buku, tajuknya : sai baba adalah dajjal (lebih kurang)

aku membelek-belek buku tentang Sai Baba tadi.

Aku : betul ke ni syakir??!! (dengan nada yanug separa kterkejut..baru tahu tentang hal tu) aku terus membelek hanya ruang2 yang bergambar.

Kata-kata Sai Baba: "Apabila kezaliman bermaharajalela, Tuhan akan turun ke dunia berbentuk manusia. Dia mudah didampingi dan disenangi"

Asal Sai Baba di Khurasan,Iran.
menurut buku tersebut, Sai Baba ni mampu mengeluarkan sejenis serbuk daripada tangan nya :

menurut buku ini juga, Sai Baba mampu mengeluarkan sejenis batu dari dalam perutnya yang dikenali sebagai Lingam :

banyak lagi perkara yang mampu dilakukan oleh Sai Baba.
aku tak sempat untuk menelaah buku tersebut sebab aku terlalu mengantuk. pada waktu malam aku sembang lagi tentang Sai Baba. Menurut Syakir, kaki Sai Baba asalnya tempang, tapi dia telah mengubat dengan menggunakan tangannya sendiri. Menurutnya lagi, Sai Baba mampu bergerak dari daerah ke daerah lain hanya sekelip mata. Ada orang pernah menangkap gambar Sai Baba, selepas cuci yang keluar adalah Jesus.

hati aku bertambah yakin, apabila terbaca hadis "ciri2 dajjal : berbadan merah, berambut kerinting..." ada juga hadis yang mengatakan Dajjal akan muncul di Khurasan, Iran. (Sai baba juga di Khurasan )
Adakah dunia dah nak Kiamat??!!

Sesampai sahaja aku di rumah, aku cuba menyelidik tentang Sai Baba. Aku cuba cari dalam youtube (sebab Syakir ada beritahu yang kawan dia ada tengok di Youtube ). selepas lama aku membelek, Akhirnya.. (sila klik untuk mengetahui hasil penyelidikan)

semua itu hanyalah penipuan. sama sahaja seperti ajaran2 sesat yang lain. Tapi...
fitnah yang dia bawa sangat besar.. adakah dia Dajjal?? kalau tidak, adakah dia kaji tentang hadis (ISLAM)..apa motif sebenar Sai Baba??.........persoalan demi persoalan..

Tapi Yang Paling Pasti..:

KIAMAT SUDAH DEKAT



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...