Wednesday, November 11

Peluang Yang Tertangguh


"Dan Kita merancang ALLAH juga turut merancang. Sesungguhnya ALLAH lah sebaik-baik perancang"

Insya'ALLAH pada hujung minggu ini (15 nov 2009), Saya diterima menjadi relawan HALUAN ke Misi Kemanusiaan Padang (MKPadang) yang Ke-6. Mengikut perancangan, saya akan pergi bersama-sama Dr. Wan Muhaizan dan beberapa anggota relawan yang lain. Tarikh penerbangan pada Hari Sabtu dan diminta untuk berkumpul pada Hari Jumaat untuk sesi taklimat. Daripada Dr. Wan, Saya akan ditugaskan untuk membuat sedikit aktiviti kepada kanak-kanak di sana.

Segala persedian cuba kusiapkan. Segi Fizikal, Roh dan Aqal untuk fokus dalam misi menyelamatkan jiwa2 di sana.

Segala percaturan ALLAH adalah yang terbaik,

Seusai selesai Solat Subuh pagi tadi, saya menerima mesej. Mesej tersebut mangatakan yang saya terpaksa digugurkan untuk menyertai misi yang ke-6 ini kerana masalah bajet. Turut bersama saya 3 orang Relawan yang lain. Mulutku dan Aqal ku mudah menerima tetapi hatiku degil. Di sini saya belajar untuk MEREDHAI KETENTUANNYA.

5 comments:

Fathi Baik said...

InsyaALLAH ada hikmah.

abid abdi said...

ada hikmahnya tuh..

Humayra' said...
This comment has been removed by the author.
[['izzat ibrahim]] said...
This comment has been removed by the author.
[['izzat ibrahim]] said...

To Abid N Fathi :

JazakALLAH khair sebab mengingatkan ana..

memang banyak pun hikmahnye..

rase mcm nak ceritakan je kat korang.

kalau cerita kat ruang ni tak cukup.

Apa kate keluar Murna Jom!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...