Monday, November 9

Ustaz Omar Semakin Ceria


"Sesungguhnya, Dari ALLAH kita datang dan Sesungguhnya kepada DIA lah tempat kita kembali"

Sekali lagi kita digemparkan dengan kesakitan seorang murabbi kita, Ustaz Omar Bin Haji Salleh. Pagi tadi saya diizinkan oleh ALLAH bersama Abg Ali Irfan dan beberapa Cikgu2 Perempuan MATRI melawat Ustaz Omar di sana.

menurut beliau, Pada awalnya beliau mengadu sakit perut dan beliau ada mengambil ubat gastrik di sebuah klinik. Beberapa hari selepas makan ubat tersebut, beliau berasa hairan kerana tahap kesakitan yang beliau rasai tidak berkurangan. Selepas rasa sakit semakin meningkat, beliau terus mengambil keputusan untuk mendapatkan pemeriksaan di KEDAH MEDICAL CENTRE (KMC), Alor Setar. Selepas menjalani pemeriksaan, doktor mendapat tahu yang beliau mempunyai masalah di bahagian jantung dan beliau terus digegaskan ke wad Intensivef Care Unit ( ICU).*1

Alhamdulillah, sekarang beliau dalam keadaan stabil dan saya nampak beliau dalam keadaan ceria. Mengikut pemeriksaan di wad ICU, beliau mengatakan terdapat satu saluran jantung yang tersumbat. Dan insya'ALLAH, doktor akan membuat rawatan lanjutan selepas ini. Sama2lah kita doakan agar Ustaz Omar dapat terus menyumbangkan bakti untuk perkembangan Dakwah dan Tarbiyah. Sebelum saya meninggalkan Ustaz saya sempat mengusik. "Ustaz, nasi ni kalau tak habis simpan untuk ana ye"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...