Wednesday, November 4

Zina Hati???


"Dan janganlah engkau menghampiri Zina"

Suatu hari ana ada bersembang dengan seorang sahabat. Dia mengajukan satu persoalan."Zat, Bila kita mencintai seseorang, kita mesti sentiasa terbayang-bayang, merindui dan jika bertepuk dua belah tangan, mungkin dirindui. Apakah itu satu zina hati?"
Ana cuba menjawab " Cinta itu fitrah dan terbayang-bayang, merindui, teringatkan dia juga merupakan tanda-tanda percintaan. Jika kita kita betul2 cinta kat ALLAH begitu juga akan jadinya, malah lebih lagi. Mengenai Zina Hati tu.. Ana pun tak berapa pasti bagaimana maksudnya yang lebih mendalam."

Ada sesiapa yang nak bantu??

1 comment:

Unknown said...

Respon from Hilal Asyraf

Tajuk: Zina Hati?
oleh: Hilal Asyraf


Zina hati?

Ada yang bertanya bagaimana zina hati itu?


Kemudian ada salah seorang pembaca di blog ini sendiri yang menjawabnya dengan nickname HambaNya. Melihat perbualan mereka berdua, saya cukup terharu kerana akhirnya bibit perkongsian ilmu mula bercambah di blog ini.


Oleh kerana Shoutbox di sebelah ini amat kecil untuk diskusi, dan menjelaskan perihal zina hati ini, maka saya mengambil inisiatif untuk membicarakan perihal zina hati ini di dalam post kali ini. Sebenarnya, bagus juga orang bangkitkan hal ini. Sebab saya pun tengah jatuh hati pada orang, jadi dengan peringatan ini,harapnya saya dapat mengingatkan diri saya sendiri.


Saya harapkan keberkatan ilmu dari kata-kata guru saya,


“ Seorang perempuan yang malas membasuh kukunya, bila dia mencuci baju, maka kotoran pada kukunya akan tercuci sekali”


Dan sebelum saya masuk lebih dalam berkenaan hal ini, saya hendak mengingatkan diri saya sendiri akan satu ayat ALLAH SWT yang melekat di dalam hati saya.


( Untuk tahu lebih lanjut, Sila lawat : www.langitilahi.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...