Sunday, December 13

Infinity - Lama mana? Selama-lamanya!



Permainan Aqal

Dalam menyendiri pasti aqal kita terfikir yang bukan2. Secara pengalaman nya, saya setuju dengan pendapat ini, dan saya masih mencari secara saintifiknya. Sama ada dia berlaku kepada saya seorang atau beberapa nisbah yang tertentu. Jika kalian dapat info, terus inform kat saya ya.

Contoh

1. Kenapa orang wujudkan satu hari 24 jam ye? Kenapa tak 30 jam ke, lama sikit. Kalau saya ada pada waktu zaman mongolia, saya akan mencuri kesemua jam yang ada di dunia. ! Waktu tu suka hati lah nak berapa jam.
2. Jika Nabi Adam dan Hawa tidak makan buah khuldi, mesti saya berada di syurga. Dan neraka pun takde penghuni.
3. Kenapa pokok orang panggil pokok Kenapa tak namakan laptop?
4. Dan banyak lagi..

Ku Saringkan

Ada persoalan-persoalan yang boleh diterima untuk diriku berhujah sendiri, dan ada persoalan2 yang ku singkirkan seratus peratus kerana yakin, itu adalah bisikan syaitan. Kadang2 seperti nak bergaduh dengan diri sendiri bila dalaman ku berdebat.

Satu Yang Kuterima

Satu persoalan yang boleh ku terima. Dan kadang2 bila ku fikirkan, seperti nak menangis. Dada mesti seperti ditekan.

"Lama mana ye syurga ni?" Diriku menjawab "Selama-lamanya !"
Seterusnya..
"Lama mana ye neraka ni ?" Diriku menjawab "Selama-lamanya !"
"Kalau nak tunggu 50 tahun lagi pun berasa lama, mcm tu ke?" Diriku menjawab "Selama-lamanya !"
"Takde diskaun?!" "Selama-lamanya !"
"Takkan ALLAH tak bagi ?!" "Tak, Selama-lamanya !"
"Walaupun 1 tahun bagaikan seribu tahun ?!" "ye, Selama-lamanya !"
"Lama mane ?!" "Selama-lamanya !"
"Lama mane ?!" "Selama-lamanya !"
"Lama mane ?!" "Selama-lamanya !"
"Lama mane ?!" "Selama-lamanya !"
"LAMA MANA ?!" "SELAMA-LAMANYA!!!!!!!"

Akhirnya menangis sendiri... Bukan sebab gagal berlawan, sebab takut.

Dimanakah Saya?

Cukupkah perbuatan soleh kita untuk ke Syurga?

4 comments:

Nur Muhammad Muhsin said...

Hurmmm... boleh tahan gak post nih... tapi ana nk komen skit... nak tergelak dah ni... Mane ade zaman mongolia... itu nama tempat la... hahaha... tergelak juga akhirnya... hehe... jgn mrah...

Unknown said...

sori2.. silap tulis. zaman mongolia meningkat.

abdullah luqman osman said...

hahahah....



baca bnyk kali gak yang last sekali... tapi tak leh tangkap agi.. huhu

Unknown said...

To Abid :

Terima kasih atas comment anda.

Mengenai post ini memang agakan saya tepat.Tidak kebanyakan yang akan memahami. Kerana saya tulis berdasarkan rasa ataupun perasaan diri saya sendiri.
Mengikut kaedah sikologi, memang sesetengah orang tidak dapat menerima sepenuhnya penyampaian dari segi bentuk perasaan.
Dan post ini hanyalah perkongsian pengalaman saya.

*Jika anta baca sekali lagi, insya'ALLAH anta memahami,..he2.
ok, JazakALLAH khair atas comment anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...