Saturday, December 12

KMK10 johor "Aku Hadir Sebagai Pemimpin"




ULU TIRAM , 1 Disember – Program Kem Minda Kreatif (KMK) ke -10 anjuran KeARAH dan Haluan Johor telah berlangsung dengan jayanya dekat Tiram Indah Village, Johor. Kem tiga hari dua malam ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari 110 orang peserta yang hadir. Kebanyakan peserta yang hadir adalah di atas keinginan sendiri dan ini memberi impak yang positif pada perjalanan kem ini. Para peserta memberi kerjasama yang amat baik sekali samada di kalangan peserta sendiri dan juga para fasilitator dan urusetia. Dengan bertemakan ‘Kami hadir sebagai Pemimpin’,


Kem ini dikuatkan lagi dengan modul-modul yang memberi kemahiran kepimpinan kepada para peserta. Sebanyak enam modul kemahiran kepimpinan diketengahkan dalam kem ini. Antara aktivitinya ialah Tsaqafah, Khuruj, Berani-Bicara Dai’e, membuat keputusan yang tepat, bijak berhujah dan risalah kami. Dan akhirnya modul Resolusi Kepimpinan menjadi penutup kepada enam modul kepimpinan tersebut. ‘Training of Trainers’ (TOT) telah diadakan selama 2 hari sebelum program KMK tersebut dijalankan. Para fasilitator dan urusetia diberi taklimat rapi tentang perjalanan program.

Pada hari pertama kem, modul Ice breaking dan grouping telah berjaya dijalankan. Ini diikuti dengan modul pertama kepimpinan iaitu Tsaqafah-Tayangan Video Palestin yang mana para peserta didedahkan dengan isu-isu semasa yang terjadi pada umat Islam semasa. Kehadiran penceramah yang berpengalaman dan berkaliber menambah ceriakan suasana kem yang dingin. Tumpuan kepada kepimpinan amat di titik beratkan bagi menangani masalah umat Islam semasa.

Pada hari kedua kem, modul kepimpinan seterusnya terus dijalankan dan diperkenalkan kepada para peserta. Amat banyak pengisian yang ada di dalam modul-modul tersebut. Kali ini para peserta di keluar dari kawasan kem untuk bertemu dengan masyarakat di perkampungan Sungai Tiram di sana. Impak dari modul itu, para peserta telah berjaya melalui modul itu apabila mereka dapat melakukan aktiviti mengemas rumah, memasak, menebas lalang dan pelbagai aktiviti lagi bersama dengan masyarakat kampung di sana


Selain itu, pembentangan kertas kerja atas tajuk Khuruj mereka juga menampakkan kesan yang positif dari para peserta. Umpama seorang daie yang teliti mengenal jalan dakwahnya. Pada malamnya, modul kelima iaitu Bijak Berhujah telah membuka bakat-bakat terpendam para peserta yang memerlukan mereka member hujah dan mempertahankan hujah merekadan seterusnya melayakkan mereka berdebat juara sama juara. Pemimpin yang berani, mampu mengketengahkan kedaulatan Islam.

Akhirnya, hari ketiga kem, modul –modul tersebut ditutup dengan modul Kreatif dan Produktif – Risalah Kami. Modul ini memberi ruang kepada para peserta untuk meluah rasa, memberi cadangan dan komen serta kritikan sepanjang para peserta berada di kem tersebut. Respon dari modul terakhir ini adalah tidak dijangka, apabila ada peserta yang membuat risalah dengan sangat kreatif dan produktif yang membuatkan sebahagian fasilitator kagum dan bangga. 


Seusai semua modul dijalankan, kalimah akhirah dari ahli jemaah Haluan Johor telah menutup tirai program Kem Minda Kreatif (KMK) ke-10 ini. Ramai ibu bapa mengharapkan program KMK akan terus dijalankan bagi melahirkan ramai lagi para daie untuk Islam.






Sumber: Adam Bin Mohd Kadir (Bulan Subuh)
Daripada: Setiausaha KMK10 (Naqiuddin Adam)

Disahkan oleh: Pengarah KMK10 (Umar Afifi Zainordin) 



3 comments:

amnani said...

letak lah gambar2 setiap aktiviti..baru menarik.. sekaligus menarik minat ramai lagi utk menyertai kmk johor ni..

Anonymous said...

smoga kerja2 kita dtrima disisi Allah sbgai amal soleh..doa trus istiqomah di jalan ni...

Unknown said...

To anynomous. :

Terima kasih atas doa Tuan. Semoga Tuan pun dirahmati ALLAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...