Tuesday, December 15

Terlepas - Pelangi Yang Indah



"Kadang-kadang ALLAH menghilangkan Matahari dan menggantikannya dengan hujan dan guruh , kita mencari-cari Matahari yang hilang. Rupa-rupanya ALLAH gantikan dengan Pelangi yang indah"

Muqaddimah

Alhamdulillah, segala puji dan sama-sama kita ucapkan kepada ALLAH atas segala nikmat yang DIA taburkan ke atas kita. Selawat dan salam kita tujukan kepada Rasulullah saw. Kerana, jika kita tidak pernah mendengar dan terbaca mengenai perjuangan Baginda, sukar untuk kita sama2 dapat mengecapi nikmat Iman dan nikmat Islam yang sebahagian besar daripada kita mengecapinya. Insya'ALLAH.

Cemburu

Berasa sangat cemburu dengan sahabat2 saya yang lain dapat mengikuti program2 yang telah dirancang oleh NGO HALUAN, pada 20-23 hb Disember nanti. (Post Sebelum).  Segala perancangan telah diatur dengan amat rapi kerana, NGO HALUAN baru mula bergiat untuk bermasyarakat. Jadi, perancangan yang rapi amat dititik beratkan kerana ianya melibatkan imej yang kami cuba bawa iaitu, Berakhlak, Mendidik dan Berbakti. Saya juga terlibat secara langsung dalam proses perancangan tersebut. Dan akhirnya, ALLAH telah mengizin dan menyusunkan  saya untuk mengambil kursus bahasa arab di sebuah kolej di Johor pada 21hb Disember 2009. Selama 6 bulan.

Pujukan Sahabat

Hatiku terpujuk selepas terbaca artikel yang ditulis oleh salah seorang sahabat karibku di sekolah, Syed Ahmad Fathi (Salam Perjuangan). Satu kata-katanya, "Kadang-kadang ALLAH menghilangkan Matahari dan menggantikannya dengan hujan dan guruh , kita mencari-cari Matahari yang hilang. Rupa-rupanya ALLAH gantikan dengan Pelangi yang indah". Kalau ingin diikutkan rasa hati, mahu sahaja saya datang lewat untuk mendaftar diri pada kursus tersebut. Teringat peringatan ALLAH dalam Surah Al-Anfaal :46  "Dan taatlah kepada ALLAH dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantah , yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah . Sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang sabar"

Pelangi Yang  Indah

Akan saya mecarinya..

"Ya ALLAH, kurniakanlah Aku pelangi yang paling indah dan mengalahkan pelangi2 yang sebelum ini pernah ENGKAU ciptakan..Amin..












2 comments:

Fathi Baik said...

keh3..kuatkan hati..jgn sedih2.
Senyum sokmo.

[['izzat ibrahim]] said...

To Fathi :

Terima kasih fathi..he2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...