Tuesday, December 15

Thank You ALLAH




Thank You ALLAH

Sebelum Saya memasuki alam kursus bahasa arab, ALLAH masih mengizinkan saya untuk menyertai beberapa program yang dirancang. Alhamdulillah.. Dan selawat salam sama-sama kita tujukan kepada Baginda. Kerana perjuangan Baginda, dapat lagi kita mengecapi 2 nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam.

Program

1. Program : Meeting Penyelarasan Program HALUAN JOHOR.
   Tempat : SRA Ghufran, Johor.
    Tarikh : 14 hb Disember 2009 (Isnin)
   Penganjur : Ahli HALUAN JOHOR.
   Tugas Saya : Duduk dan berbincang.
   Catatan : Disebabkan banyak program yang telah dirancang bertindihan tarikh dan waktu yang sama, jadi ahli HALUAN telah sama-sama duduk untuk menyelaraskan setiap program yang telah dianjurkan. Agar segala yang dirancang, mudah-mudahan ALLAH memberi keizinan berjalan dengan lancar.

2. Program : Seminar Memperprofasionalkan Guru-Guru IPS.
   Tempat : Tiram Indah Village, Ulu Tiram
    Tarikh : 16-17 hb Disember 2009 (Rabu-Khamis)
   Penganjur : Global Perfection Sdn. Bhd
   Tugas Saya : Urusetia.
   Catatan : Jalinan ukhuwwah akan lebih erat jika kerapnya kita berjumpa. Perkongsian pengalaman di setiap IPS menambahkan lagi skill mengajar dan mendidik anak2 murid tercinta. Semoga perjumpaan ini membawa seribu kenangan dan penganjak semangat.

3. Program : Family Day ( Kelarga besar Belah Ayah )
    Tempat : Motor Resort, Sedeli
    Tarikh : 19-20 hb Disember 2009 (Sabtu- Ahad)
    Penganjur : Family Romani
    Tugas Saya : Peserta
    Catatan : Semoga Ukhuwwah yang terbina akan bertambah erat dengan  Family Day ini.

4. Program : KHIDMAH 09 (Homestay)
    Tempat : Kg Sr Paya, Kulai.
    Tarikh : 20-23hb Disember 2009
    Penganjur : HALUAN JOHOR
    Tugas Saya : Urusetia
    Catatan : Saya dapat sertai pada hari pertama program sahaja, 20 hb Disember. Walaupun saya tidak dapat menyertai keseluruhan program, moga2 jiwa saya tetap bersama dalam gerak kerja sahabat2 yang akan berjuang di sana. "Ukhuwwah persis air sungai. Akan jelas tahap kekotorannya apabila ianya mengalir. Jangan seperti air di tasik, nampak jernih tapi sebenarnya menyimpan kotoran di dasaran."

5. Program : Kursus Bahasa Arab
    Tempat : MARSAH, Johor Bahru
    Tarikh : 21 Disember 2009 - ? (6 Bulan)
    Penganjur : Kolej Tersebut
    Tugas Saya : DiDidik dan cuba mendidik
    Catatan : Semoga saya tetap berada di landasan sebenar untuk mencapai cita2 kecil dan BESAR saya.

Semoga

Kalian Mendoakan Saya. Segala doa daripada kalian, Saya dahulukan dengan JazakALLAH khairan kathira.

4 comments:

abdullah luqman osman said...

best ar. bnyk program leh ikut...
heeeeeee

Unknown said...

To Abid :

Ha'ah, alhamdulillah masih berkesempatan. Kalau anta nak join, jomlah !
Ana jemput khas..he2

Fawwaz Saleh said...

albo:

kita lg best,xyah ikut program..heheh...

Unknown said...

To Fawwaz :

Korang memang tak ikut program, tapi korang yang buat program.

kan2?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...