Monday, February 22

Beruntungnya Dia !


"1.Demi matahari dan cahayanya di pagi hari. 
2.demi bulan apabila ia mengirinya 
3.demi Siang hari pabila menampakkan dirinya. 
4. Demi malam pabila ia menutupi 
5. Demi langit beserta seluruh binaannya 
6,Demi bumi yang ada di hamparannya 
7. Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya 
8.ALLAH mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan 
9. Beruntung bagi yang mensucikannya 
10. Merugi bagi yang mengotorinya " 
Surah Asy Syams. (3)

Muqaddimah

Segala pujian ku panjatkan kepada ALLAH swt. Sebab kerana DIA, saya dapat meneruskan penulisan saya dan juga sebab kerana DIA, Anda sedang membaca sedikit perkongsian dari sahabat anda. Entri ini, merupakan cetusan ilham daripada entri saya sebelum ini yang bertajuk "Perlu Couple?"

Renungi

Wahai sahabat pembaca, marilah sama-sama kita sedari bahawa, hanya satu cahaya sahaja yang mampu memancar di segenap ruangan hati kita. Hanya dengan cahaya itu sahaja kita akan dimuliakan. Hanya dengan cahaya itu sahaja awan kehambaran yang memayung kita akan berarak pergi. Dan juga hanya kerana cahaya itu, terpantullah ia menjadi keperibadian insan dari erti kata yang sebenarnya. Keperibadian yang sahabat sendiri tenang dengannya dan orang lain sangat selesa dengannya. Ketahuilah wahai sahabat pembaca, cahaya yang sebenarnya kita cari di dalam kegelapan dan cahaya yang kita impikan untuk menyinari kehidupan kita adalah cahaya keIMANan dan cahaya keTAQWAan. Cahaya inilah yang mendorong kita melakukan amalan yang soleh dan terdaya untuk mengajak kawan-kawan untuk bersama-sama melakukan sebarang bentuk kebaikan. Inilah yang ALLAH telah perkatakan di dalam Al-Qura'an :

"1.Demi Masa.
2.Sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian.
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh.
4,Dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati untuk tetap di dalam kesabaran"
Al-'asr

Anda Mampu Menguasainya

Dengan kesukaran dan kepayahan, seorang ketua cuba untuk menguasai organisasinya. Seorang nelayan cuba mengawal sampannya daripada terbalik dipukul ombak. Seorang kawan menjaga kawannya supaya tidak renggang hubungan antara mereka. Seorang anak akan cuba mendapatkan kasih sayang daripada ibunya. 

Begitulah beberapa situasi yang menggambarkan keinginan seorang manusia  dan sifat seorang manusia yang akan bersungguh-sungguh, berhati-hati dalam menajaga sesuatu yang amat dicintai dan disayanginya. Begitu juga dengan kita... 

Di dalam kehidupan ini, setiap dari kita akan bertarung dengan diri kita sendiri. Adakalanya kita menang dan adakalanya kita tersungkur tewas dan adakalnya kita tetap berada di dalam pertarungan. Sememangnya pertarungan ini adalan berterusan sehingga ajal maut menjemput kita. Inilah satu hakikat yang sebenarnya berlaku di dalam diri kita dan merujuk kepada surah yang awal-awal tadi saya tuliskan.

Itu Golongan Anda

Dalam pertarungan yang dasyat ini, akan terbahagi kepada 3 golongan. Di mana ianya terbentuk berdasarkan ketahanan diri dan persediaan yang dilakukannya :

1. Golongan yang mengikut hawa nafsu mereka.
 Mereka hidup dengan keseronokan di atas muka bumi ini. Dan ingin hidup berkekalan di bumi ini. Mereka ini adalah puak kuffar orang-orang yang mencintai dan mengikuti jejak langkah mereka. Mereka melupai nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH. Lalu ALLAH membeiarkan mereka terkontang kanting mencari permata di tengah lautan padang pasir.

"Maka pernahkah kamu melihat orang-orang yang menjadikan nafsunya sebagai Tuhannya dan ALLAH membiarkan sesat berdasarkan ilmunya dan ALLAH telah mengunci mati pendengaran dan hatinya serta meletakkan penutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberikannya petunjuk setelah ALLAH membiarkannya. Mengapa kamu tidak mengambil penagajaran" Surah Al-Dzatiyah:23

2. Golongan yang tetap bertarung melawan godaan hawa nafsunya.

Dalam pertarungan menentang hawa nafsunya, golongan ini adakalnya menang dan adakalanya kecundang. Tatkala dia kecundang, dia cuba sedaya upaya untuk bangkit daripada terus dihenyak oleh hawa nafsu yang rakus membaham mangsanya. Mereka memohon ampun dan bertaubat kepada Yang Maha Penerima Taubat atas segala dosa yang dilakukannya.

"Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji dan menganiyai diri sendiri, mereka ingat akan ALLAH. Lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain ALLAH?. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji mereka itu. Sedang mereka mengetahui." Surah Ali-Imran:135

Inilah golongan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW : "Setiap anak Adam (manusia) itu melakukan dosa (kesalahan). Sebaik-baik orang melakukan dosa itu adalah orang yang bertaubat." (Hadith riwayat Ahmad dan Tarmizi)

3. Dan yang ke-Tiga adalah golongan Para Rasul yang terpelihara daripada dosa.

Anda Yang Beruntung !

Justeru itu wahai sahabatku, kawallah dirimu dengan keimanan yang sebenarnya dan indahkanlah akhlak dan keperibadianmu dengan taqwa. "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH adalah orang yang paling bertaqwa.." Al-Hujurat:13. Tanpa kawalan iman, maka runtuhlah segala kekuatan dan malapetakalah seluruh isi dunia. Maka sama-sama lah kita berhati-hati dalam meniti kehidupan. Saringkan segala kenginan dengan rasa takut terhadap ALLAH swt. Tolaklah segala perbuatan atas keinginan kita untuk dimuliakan oleh ALLAH swt. Dan ingatlah, setiap dari kita adalah harapan untuk menegakkan kembali syiar ISLAM yang telah lama dipermainkan oleh musuh ISLAM. Anda adalah beruntung jika Anda mengambil dan melaksanakan tanggungjawab ini !



Rujukan :
1.Al-Quran.
2.As-Sunnah.
3.Apa Ertinya Saya Menganut Islam, Fathi Yakan.
4.Anak-anakku, Bangunlah !, Ummu Anas.


2:110

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...