Tuesday, February 23

Majlis Walimah : Zaid & Asma'

Kepenatan

Muqaddimah

Alhamdulillah, selebas berjaya mengharungi segala cabaran dan dugaan, saya diizinkan oleh Yang Maha Perancang untuk terus melakarkan perkongsian mengenai Majlis Walimahtur Urus kakak saya, Asma' dan abang ipar saya, Zaid.

Persiapan

Persiapan yang rancak dilakukan bermula hari jumaat pagi dan berakhir pada hari sabtu sebelum majlis bermula. Degupan jantung saya seperti ada kuasa yang amat kuat telah menggoncangnya. Debaran seperti majlis walimah itu saya yang punya (haha). Jam di handphone ku tercatat pukul 10.30am. "Kenapa takda orang datang lagi? Majlis bermula pukul 10.00am" Dalam fikiran terbayang-bayang, ada ke orang akan datang. Walaubaimanapun, majlis tetap diteruskan pada pukul 10.45am.

Makan Damai

Agenda Makan Damai telah dipengerusikan oleh Penulis Blog. Selepas pembacaan doa buka majlis, majlis diteruskan dengan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Haji Darisun Bin Samsuddin. Beliau merupakan Imam Masjid di Segamat. Dan beliau juga merupakan pendidik dan pengasuh mempelai perempuan, Asma' sewaktu kecil dahulu. Beliau memberikan peringatan yang sangat bermanfaat kepada pasangan mempelai. Antaranya, jadikanlah ikatan perkahwinan ini untuk meneruskan dan mempertingkatkan usaha Dakwah dan Tarbiyah. Beliau mengakhirkan ucapan beliau dengan doa untuk pasangan mempelai dan hadirin tetamu.

Asma' Dan Zaid

Pihak Pengerusi Majlis ada menceritakan serba sedikit mengenai pasangan mempelai. Sewaktu kecil-kecil dahulu, Asma' dan Zaid merupakan teman sepermainan ketika mereka menetap di segamat Johor. Juga teman sepermainan saya (Zaid). Ada gambar yang tersemat sebagai memori yang masih tersimpan dalam album. Dan mereka bertemu semula di kolej Teknologi Darul Naim (KTD), Kelantan. Itulah dikatakan jodoh. Segala percaturan yang terbaik, adalah milik ALLAH.

Tetamu

Tetamu mula hadir pada pukul 11.05 am. Dan semakin kemuncak ramai dalam sekitar pukul 12.00pm. Pihak kedarat sibuk menjalankan tugas mereka. Dan Alhamdulillah, kerja2 mereka dipermudahkan oleh ALLAH swt.
Antara tetamu VIP yang hadir ke majlis tersebut :
1. Datuk Mufti Johor, Ustaz Tahrir
2.Ketua Eksekutif KTD, Prof Madya Abdullah Sudin.
3.Pengetua Sekolah Mak Mengajar,
4.Teman-teman pasangan mempelai.

Gambar?

Maaf kepada Saudari Syima Rahmat dan sahabat pembaca yang lain, kerana saya tak dapat mengupload gambar. Sebab gambar2 yang ditangkap masih tidak sampai kepada saya. Insya'ALLAH saya akan usahakan.

Belakang Tabir

Kisah di belakang tabir penuh dengan didikan. Salah satunya pilihan jodoh..

*Aduh, baru nak masuk bab ni dah tak sempat.! Jam telah menunjukkan pukul 10.05 am. ! Maaf, kelas saya sudah bermula. Nanti saya sambung perkongsian saya jika diberi kesempatan oleh ALLAH. Assalammualaikum.

2 comments:

Fathi Baik said...

Keh3.Awalnya kelas.

[['izzat ibrahim]] said...

me to fathi:

mana banyak ar..lewat 8 minit tu.
kelasa start pkl 10.00am (Malaysia)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...