Thursday, April 15

Amnani : Happy Birthday ke-21



12:00pm
Assalammualaikum kakak ku Amnani. Semoga kak am sentiasa berada dalam rahmat ALLAH dan sentiasa meningkat tingkatan Iman dan Taqwa. Bagaimana dengan peperiksaan ?? Semoga ALLAH memberi penyusunan yang terbaik dalam segenap hal. Entri ini ditujukan khas untuk kak Am. Sebagai sebahagian daripada hadiah sempena Hari Kelahiran Mu yang ke-21.

Wahai kakakku da’iyah ilALLAH,
Ummi dan Ayah telah banyak mendidik kita adik-beradik untuk menjadi daie ilALLAH dalam segenap bidang yang kita ceburi. Baru kini Izzat sedar, menjadi seorang daie bukanlah satu perkara yang mudah. Jalannya sungguh berliku. Malah, duri-duri yang tajam dan serpihan kaca yang mencucuk sentiasa menghiasi segenap permukaan jalan. Namun dalam kesusahan, pasti ada perkara yang mampu meringankannya. Alhamdulillah, ALLAH mengizinkan izzat menemui coretan seorang sahabat yang tidak pernah izzat bersemuka. Iaitu, Sheikh Mustafa masyhur dalam buku beliau, Bekalan Sepanjang Jalan.
“Dan orang lelaki beriman dan orang perempuan beriman, setengahnya menjadi penolong setengahnya yang lain “
Surah At-Taubah : Ayat 71.

Mengharungi jalan Dakwah, kita amat memerlukan satu bentuk sokongan. Sokongan itu mampu meringankan perit ujian sepanjang perjalanan ini. Antara sokongan yang amat ditekankan oleh sahabat Sheikh Mustafa Masyhur adalah sokongan ikatan Ukhuwwah atas jalinan kasih sayang kerana ALLAH. Diri yang sentiasa diserang perasaan malas, rasa sedih,duka cita, dan diselubungi dengan sifat keinsanan yang serba lemah, hanya mampu diatasi dengan pertolongan sahabat. Sahabatlah yang mengingatkan kita andaikata terlupa dan membantu apabila sedar dan ingat. Memberitahu keburukan dan membantu menghilangkannya. Kerana ditakuti, virus perosak yang menyerang ini berterusan dan dibiarkan, menyebabkan kita berehat dan tidak beramal.

Itulah dikatan sahabat. Dialah yang mampu menyempurnakan keimanan kita. Dan menjadikan diri kita mencapai tahap keinsanan yang tebaik. Kerana sabda Rasulullah saw :

“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu,sehinggalah ia mengasihi saudaranya sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri “

Dialah juga akan menyertakan kita dalam salah satu daripada 7 golongan yang dinaungi oleh ALLAH. Saat ketika tiada naungan selain dari naunganNYA iaitu :

“Dua orang yang saling mencintai kerana ALLAH, berkumpul kerana ALLAH dan berpisah juga kerana ALLAH”
Sabda Rasulullah saw.

Wahai kakak kekasih ku fiLLAH,

Dalam bicara mengenai persahabatan, kita tidak dapat lari dari mengatakan Sahabat Dakwah yang paling hampir, iaitu pasangan hidup. Dari sudut makhluk ALLAH, dia sahajalah yang mampu meningkatkan kesungguhan kita dalam dakwah dan tarbiyah. Kerana fitrah kewanitaan, pasti ada kelemahan yang hanya mampu dibaiki oleh lelaki. Begitu juga lelaki, juga memiliki kelemahan yang hanya mampu disempurnakan oleh kaum Hawa.

Bagi Mu wahai kakak sebagai Hawa, pasti aka nada jejaka yang akan memetik diri Mu sebagai Mawar yang sedang mekar. Izzat sentiasa mendoakan kakak akan mencapai darjat keimanan yang tertinggi. Kerana pasti akan jejaka yang memetik nanti adalah dia yang soleh dan beriman.

“Dan orang lelaki yang beriman dan orang perempuan yang beriman, setengahnya menjadi penolong setengah yang lain”
At-Taubah : Ayat 71.

Hanya dia yang beriman sahaja yang mampu membantu kita agar dapat melonjak lebih tinggi untuk menggapai syurga ALLAH. Janganlah menolak, jika lelaki yang kakak tahu dan setuju tentang amanah dan agamanya. Kerana hadis Rasulullah :

“Apabila datang kepada kamu lelaki yang sudah kamu setujui tentang agama dan amanahnya, maka kahwinkanlah (anak kamu) dengannya. Kalau tidak, akan terjadi fitnah dan kerosakan besar di muka bumi”

Hatimu seperti taman, yang mampu dimasuki oleh sesiapa. Hanya didikan dan asuhan tarbiyah Islamiyah yang selama ini diterapkan sahaja yang memandu Mu untuk memilih pengunjung juga penginap tetap untuk taman hati Mu.

Wahai kakak Ku dunia Akhirat,
Inilah warkah dari adikmu. Mohon kemaafan jika warkah ini tidak mencapai hajat sebenar Mu. Azan ‘asar pun dah berkumandang,ingat nak tulis panjang lagi hehe.. Semoga tahap Keimanan dan ketaqwaan mu tertingkat seiring dengan peningkatan umur Mu.

*Sorry lambat post. susah nak dapat internet kat sini.
‘izzat Ibrahim
Maktabah MARSAH
4:25pm


3:110

2 comments:

sis said...

terima kasih. moga izzat juga sentiasa mendapat bimbingan, rahmat dan kasih sayang Allah di sepanjang jalan D&T ini. sama-sama kita saling melengkapi dan mendoakan. sayang kamu kerana Allah. -kak amnani-

[['izzat ibrahim]] said...

sayang kak jugak kerna ALLAH !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...