Monday, April 5

HAPPY BIRTHDAY TO MA SIS, AQILAH.





Selamat Hari Lahir Yang Ke-18 Saya tujukan kepada Adindaku, 'Aqilah Binti Shamjuddin. Semoga dengan peningkatan Umurmu ini, sentiasa seiringan dengan peningkatan keIMANan dan keTAQWAan Mu kepada ALLAH swt. Keimanan dari sudut kata yang sebenarnya. Keimanan yang melahirkan perasaan cinta kepada ALLAH. Dan keimanan yang menjadikan kehidupan ini seperti sebuah sketsa Cinta. Sungguh indah.

Sempena Hari Lahir mu pada hari ini, 5 April 2010, Abang tergerak hati untuk menulis sebuah artikel khas untukmu. Pada asalnya abang nak mengutuskan surat. Akibat beberapa kekangan, abang terhalang untuk menulis dan mengutuskan surat. Semoga medan blog Antara Dua abang ni menjadi perantara ucapan abang kepada 'Aqilah.

Wahai Adindaku 'Aqilah yang dikasihi,

Dalam ketujuh-tujuh adik beradik kita, yang paling rapat dengan Ummi tidak lain tidak bukan adalah 'Aqilah. Ye, Ummi sendiri yang akui. Dan abang dapat membacakan, adik yang akan sentiasa menjaga Ummi dan Ayah bila mereka tua nanti adalah Aqilah dan Suami 'Aqilah nanti. Pernah Abang mengajukan persoalan ini kepada Ummi, dan Ummi mengiyakan.

Memang itulah lumrah adik beradik, pasti ada seorang yang akan paling rapat hubungannya dengan Ummi. Dan kadang2 orang yang paling rapat dengan Ummi adalah orang yang sering dimarahi Ummi. Betul tak.. kerana di situlah sentuhan sering berlaku.

Menjadi seorang daie yang sentiasa menonjol di khalayak ramai kadangnya lebih mudah menjadi seorang anak yang sangat soleh. Abang pun sentiasa cuba untuk menjadi anak yang terbaik. Dan kadangnya rasa masih jauh ditinggalkan oleh 'Aqilah.

Wahai Adindaku 'Aqilah disayangi.

Ummi dan ayah yang mendidik kita teramat besar ujian mereka. Mereka yang mencorakkan kita sewaktu kecil dan hasilnya apabila kita sudah seusia remaja. "Seorang bayi di lahirkan seperti selembar kain putih, Ibu Bapa lah yang mecorakkan mereka sama ada menjadi yahudi atau majusi." Ummi dan ayah telah mendidik kita dengan didikan yang sebaik mungkin ketika kita kecil dahulu. Dan sememangnya, Ummi, ayah bahkan ibu bapa yang lain juga turut berhajatkan anaknya menjadi anak yang soleh. Mereka pasti akan disoal di akhirat mengenai apa yang telah dididik kepada anak-anak mereka.

 Apakah bentuk soalan yang akan diajukan jika anak-anak mereka soleh. Dan bagaimana pula persoalan yang diajukan oleh ALLAH jika anak-anak mereka berlaku sebaliknya. Dan apakah persediaan jawapan oleh Ummi dan ayah. Tidak malukah wajah ibu dan ayah dihadapan ALLAH kelak?. Persoalan-persoalan itu memang akan dijawab oleh Ummi dan ayah. Mereka yang akan dihadapkan kepada ALLAH.

'Aqilah pasti dan amat menyayangi mereka

Jika Ummi dan ayah kita lagi banyak ujian mereka. Mereka bukan sahaja sebagai ibu bapa, tetapi mereka juga sebagai da'i dan murabbi kepada masyarakat. Amat berat ujian mereka.. .Tapi bagi kita sebagai anak yang soleh juga mesti mengambil langkah untuk membina jawapan2 yang baik untuk Ummi dan ayah di hadapan ALLAH kelak. Kita mesti membantu.

Aqilah,

Jadilah kita sebagai anak yang membantu Ummi dan ayah dalam salah satu ujian mereka. Iaitu ujian mendidik kita sebagai anak. Berusahalah 'Aqilah menjadi anak yang paling soleh. Dan anak yang mampu membuat Ummi dan ayah tersenyum di dunia dan di akhirat.

Marilah sama-sama kita mengumpulkan seluruh keluarga kita ke dalam Syurga ALLAH yang paling tinggi...Syurga Firdausi. Semoga dengan artikel ini, menjadi salah satu medan perubahan dan anjakan untuk dirimu Wahai Adindaku Aqilah. Dan dengan artikel ini adalh sebahagian daripada hadiah sempena menyambut Hari Lahir Mu.



 ABANG 'IZZAT IBRAHIM
5 APRIL 2010
12.45PM
MAKTABAH MARSAH



3:110

2 comments:

sis said...

selamat hari lahir juga buat adikku, 'Aqilah Shamjuddin...Moga bertambah matang n diberkati Allah selalu.. Berbakti dan hormati umi dan ayah.. Love U very much!! -sis amnani-

PRiNCESS 15 zikr said...

HAppy 'best'day Qlah!! jadi anak yg soleh,ssoleh fatimah mlayani ayahandanya,..teman sejati,ssejati abu bakr menghormati sahabatnya.. aamin..
-sahibah2mu,15gens(girls),matri 05-09

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...