Thursday, June 24

Pengalaman - Hidup Kerugian Tanpa Sunat Dhuha

Foto: Hiasan Keresahan

Selepas solat Fardhu Subuh, saya terpaksa melelapkan mata. Mata terasa amat berat sekali. Mungkin disebabkan drive kereta dari Segamat ke Simpang Renggam semalam. Tidur juga agak lewat semalam sebab baju2 yang kotor mesti dibasuh pada malam ini juga. Kerana Pada hari ini saya akan bertolak ke Perlis. Ada reunion bersama sahabat2 Gen13th of MATRI.

1O.15am. Saya terbangun dari tidur. Kakak saya yang mengejutkan saya kerna ramai yang menelefon saya. Saya bingkas bangun dari tidur dan terus mengadap laptop sambil melihat mesej2 yang tidak terbalas dan panggilan2 yang terlepas.

"Izzat, bila nak beli tiket? "Kakak ku bertanya.
"Lepas mandi ni lah."
"Ummi suruh bayar duit bil telefon ummi sekali"
"ok2."
"Tadi muhaimin ckp, dia nak tolong izzat buatkan video untuk kem sekolah Ummi tu"
"Oh, bagus jugak. Kita pun macm tak sempat nak buat"

Sebelum mandi, saya menjamah sedikit sarapan yang dah tersedia atas meja. Jemput2 pisang dan burung puyuh goreng. Itulah menu sarapanku pada pagi ini.

"Amnani, awak nak guna kereta pukul berapa?"
Senyap. Pertanyaan ku tidak terjawab. Beberapa kali ku ulang. Saya menjengah ke bilik. Oh, sedang solat dhuha. Saya pun dah lama tak solat dhuha.

Selepas mandi, tergerak juga nak solat dhuha. " Takut tak sempat ni..."
Saya terus mengambil dompet, telefon bimbit dan kunci kereta untuk ke bandar Simpang. Tiba2 hati saya resah semacam. Macam ada sesuatu yang tidak kena. Mencari faktor, tapi tak jumpa. Saya terus memandu kereta meluncur laju.

Setelah selesai beberapa urusan yang penting, saya terpaksa pergi ke bank sekali lagi. Kereta ku parking di tempat kosong. Tiba2 kereta polis membunyikan hon disebelahku. Aduh.. Saya turun dari kereta kerana salah seorang polis menghampiri keretaku.
" Mana boleh parking kat sini." Polis muda dengan wajah masam.
"Oh, yeka? saya tak tahu bang. Selalu orang parking kat sini. Saya ingat boleh." Saya sedikit temberang.
"Selalu orang yang parking kat sini kene saman"
"oh. Lagipun saya tak keluar kereta lagi."
"Tadi kan saya dah suruh pergi. Oklah. lain kali jangan parking kat sini lagi. Parking tempat lain"
"Baik bang. Terima kasih bang"

Huh, alhamdulillah. Selamat. Saya terus mencari tempat parking yang jauh sedikit. Selepas mengeluarkan not Rm50. Destinasi terakhirku di bandar adalah ke kedai kasut. Kereta ku parking di tempat yang sepatutnya. Kupon parking. Takde pulak. Takpalah, sekejap je.

Selesai membeli saya terus mendapatkan kereta. Kelihatan ada satu lembaga biru2 gelap sedang melihat-lihat kereta ku. Saya berasa sedikit cemas. Aduh, pegawai yang selalu check parking. Satu surat cinta bewarna merah jambu ditinggalkan bahagian depan kereta. Kena saman pulak.

Ketika perjalanan pulang saya terfikir. Kalau saya lambat sedikit pasti dah terlepas daripada di saman.
Tulah,.. kes terburu-buru lah ni. Kalau solat dhuha dulu pun takpa. Perkataan menyesal sahaja yang dapat ku bisikkan dalam hati.

*Pengajaran:

1. Biasakanlah diri Mu untuk tidak tidur selepas solat subuh. Kerna rezeki kita akan berkurangan. Pernah saya menasihati kawan saya akan hal tersebut. Kawan saya menjawab "Aku bukan kerja pun untuk dapat rezeki". Mesti kita kena ingat, setiap apa yang kita ada sekarang adalah rezeki dari ALLAH swt. Segalanya miliknya. Hindarkan dari melakukan sesuatu yang akan menyebabkan rezeki kita ditarik dan dikurangkan.

2. Solat Dhuha. Amalkanlah dan cubalah menjadikan solah sunat ini sebagai satu disiplin harian. Salah satu tanda mereka yang bertaubat adalah mengamalkan solah Sunat Dhuha.

3. Janganlah terburu-buru untukmelakukan sesuatu perkara. Kerna, sifat terburu-buru itu adalah salah satu daripada sifat2 Syaitan. Jika kita melakukan, pasti akan dapat hasil yang merugikan.

4. Mulakanlah hari Mu dengan ingatan kepada ALLAH. Setiap ,pekerjaan dan tindakan adalah khas mencari redha ALLAH swt.



3:110
"Ku doakan diriMu menjadi yang terbaik"

3 comments:

nosembilanbelas said...

emmm. dah lama gak tak duha ekk. kena start buat balik nih..tq memberi peringatan

Anonymous said...

setiap masa perlu kita manfaatkan dengan sebaiknya.. tempoh masa hidup kita, kita tak tahu, ntah pendek atau panjang... banykakkan amalan sunat dan bykkan berbakti dan bermanfaat kepada org lain... moga setiap amal kita bernilai BESAR di sisi Allah..Amiin

Unknown said...

to no 19:
Sama2.

To Sis:
I ALLAH. Semoga hidup kita sama2 diberkati oleh ALLAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...