Saturday, June 19

Perkongsian : KAHFI SELATAN 2010



ALLAH memaqbulkan doa Ku..

Program KAHFI (Kem Asah Fakulti Insan). Merupakan kem remaja HALUAN terakhir yang saya dapat laksanakan sebelum bulan 10 ini. Bila kita dah tahu yang sesuatu itu kali terakhir kita dapat lakukan, pasti itulah yang kita buat terbaik dan mengharapkan itu juga adalah yang terbaik.

Sebelum bermula, saya rasa begitu berdebar. Entah kenapa perasaan itu tiba2 menyerang..
"Izzat, ini program terakhir anta untuk kem remaja bersama-sama kami. Anta mesti berkongsi kepada adik2 yang baru tentang pengalaman anta. Kalu tak rugilah kami nanti." Seorang sahabat berkata kepada kami ketika kami sedang berbual-bual. Memang itulah yang saya harap dapat laksanakan. Berkongsi. Wajib dilaksanakan jika hendak memastikan satu organisasi bertambah baik.

TOT 

Sebelum kem yang diadakan di sungai bekok, Segamat berjalan, kami barisan urusetia dan fasilitator mengadakan training of trainer selama satu hari iaitu pada 12hb Jun. Di situ kami mengadakan mind setting untuk diri kami untuk memastikan niat kami hanya kerana ALLAH swt. Tidak lari dan berusaha agar tidak terpesong dari itu.

Program Berjalan

Selama 3 hari kem berjalan, berbagai perasaan timbul. Puas hati, gembira, seronok, lawak, bangga, terkejut, dan sedikit kesal. Saya berasa sedikit kesal dengan segelintir peserta yang tidak mengikut program secara serius. Tapi, peratusan besar peserta memberikan tindak balas yang sungguh menakjubkan. Abang2 tingkatan 5 menunjukkan contoh yang sangat baik kepada adik2. Walaupun mereka agak santai, tapi mereka telah layak mewarisi kerja2 kami. Begitu juga peserta2 lain. Senang cerita, anda akan berpuas hati dengan tindak balas mereka dengan setiap aktiviti yang dijalankan.

Saya ditugaskan menjaga adik2 dalam kumpulan 1. Alhamdulillah, abang2 dan adik2 dalam kumpulan itu sungguh periang. Yang saya kenal sebagai pendiam juga turut menghiburkan suasana. Peserta kecil,iaitu ali bin nazri sebagai adik yang menghidupkan keceriaan dalam kumpulan kami. Memang best!

Fasilitator

Sentuh bab fasilitator kem  ini, saya mesti tak boleh lepas untuk mendabik dada. Mengikut pembacaan saya mengenai ciri2 sebenar seorang fasilitator, fasi program kem kali ini lah yang sempurna ciri2 fasi mereka. Banyak program ataupun kem yang saya telah sertai, dan ini adalah yang terbaik.

Kem Kom dan Penolongnya

Kalian berdua sangat mantap. Hilmi, saya dah agak anta boleh laksankan tugas ini dengan sempurna. Dalam diri seorang kem kom perlu ada sifat Saidina Abu Bakar yang penyabar, Saidina Umar yang garang, Saidina Usman yang lembut dan Saidina Ali yang tenang. Ana tiada sifat Saidina Umar dan anta yang memilikinya. Sungguh cemburu diri saya ini.

Hilmi, jika unit makanan telah anta cari seorang pewaris..Jangan lupa cari pewaris yang ramai untuk bertugas sebagai kem kom. Saya tahu, abang Anas punyai matlamat yang besar untuk kelab kita. dari sudut ini, anta mesti laksanakan.

Urusetia

Tidak banyak yang saya mampu untuk perkatakan tentang diri2 kalian kerana saya tidak berada sama2 dengan posisi kalian. Cukuplah sekadar saya bangga dengan gerak kerja kalian. Sukar untuk kami menjalankan kem secara licin jika kalian di belakang tabir melaksanakan tugas dengan lalai. Tapi kalianlah yang memberi sumbangan yang paling besar untuk melancarkan program ini. Tahniah!

Hilal Asyraf

Jika bersembang mengenai kem Remaja Haluan Johor, saya tidak terputus dari ingat akan insan bernama Hilal Asyraf. Bukan kerana bakatnya dalam penulisan, tapi kerana permulaannya dengan permulaan yang berapi-api. Dialah yang memulakan kem remaja ini dilaksanakan oleh pemuda yang sebelum ini dilaksankan oleh pakcik2. Alhamdulillah, dengan berkat usaha dia dan sahabat sekeliling dia, kami mampu meringankan kerja pakcik2. Seterusnya melancarkan perjalan organisasi kami.

Hilal, permulaan yang berapi-api pasti akan diakhiri dengan hasil yang bersinar-sinar.

Cukuplah itu sebagai perkongsian daripada saya mengenai kem Remaja HALUAN yang kali terakhir dapat saya jalankan. Dan insya'ALLAH, pada bulan 10 ini saya akan menyambung pelajaran saya di tanah Afrika iaitu Mesir. Universiti Al-Azhar. Mohon doa daripada kalian.


3:110

2 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah....
kahfi kali pertama ulungnye ini
amat memuaskan....
alhamdulillah...
allah permudahkan segala perjalanannya...
setiap org di kem tersebut tahu perann masing2 dan tenaga kerja yg ramai dan menjalankan tugas
just nak kongsi...

Unknown said...

mmg perkongsian menarik..
Betul apa yang anda perkatakan.
Semua tahu dan laksanakan tanggungjawab masing2 dengan begitu sempurna.
Dari fasi hingga ke urusetianya.
Ianya memberi kesan kepada respon peserta.
Mereka juga menjalankan tanggungjawab sbg peserta dgn baik.
Tahniah atas kalian yang bertungkus lumus menjayakan KAHFI yang 1st ini.
Semoga momentum ini dapat istiqamah dan berlaku lebih peningkatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...