Saturday, June 19

Perkongsian: Usrah Keluarga Di Port Dickson



Alhamdulillah.. Pada 17hb dan 18hb Jun lepas, kami sekeluarga diiizinkan ALLAH untuk berehlah sesama keluarga di Port Dickson. Sebenarnya, telah sekian lama kami sekeluarga tidak dapat kesempatan untuk bercuti bersama-sama disebabkan masing2 sibuk dengan tugas masing2 ketika cuti. Dan rehlah kali ini, bilangan kami telah bertambah daripada 9 kepada 10 orang iaitu abang ipar kami, Abang Zaid tersayang.

Dikesempatan itu, pada malam 18hb..Kami mengadakan sedikit usrah untuk memperingati semula tentang keimanan. Usrah kali ini, alhamdulillah ALLAH beri dalam keadaan yang sangat menyeronokkan. Selepas Solat jama' maghrib dan isya' dan diikuti dengan pembacaan al-mathurat, usrah yang dipengerusikan oleh adik bongsu kami, Taqiuddin kami mulakan.

Pengerusi meminta kami, bercakap seorang demi seorang.Sekurang-kurangnya 5 minit. Di sini, saya sisipkan isi2 penting yang mereka kongsikan.

1.Izzat Ibrahim :
Saya adalah orang yang pertama kena berkongsi. Perkongsian saya lebih kepada kepentingan Usrah dalam suasana sekarang ini.
 Saya mempersoalkan kpd keluarga, bagaimanakah suasana masyarakat ketika Islam itu datang? Ketika itu suasana masyarakat sangat kacau bilau dan sangat teruk..! Dan bagaimana Rasulullah SAW memulakan dakwah Baginda? Dan Rasulullah memulakan dakwah dengan pembentukan Usrah. Dan bagaimana hasil cara dakwah Rasulullah ini? Hasinya sungguh menakjubkan. Sahabat2 seperti singa disiang hari dan sebagai rahib di malam hari. Merekalah yang merubah suasana yang teruk itu tadi kepada Suasana Islam yang sebenarnya.

Seterusnya, bagaimana pula suasana masyarakat pada saat ini? kita tengok sahajalah suasana di Port Dickson ini, sungguh teruk! dan sangat pelik jika yang memakai tudung mandi dalam kolam. Belum lagi cerita2 di dada2 akhbar. Dan apakah hajat kita bila mengetahui suasana sekarang sangat teruk? pastilah kita ingin suasana ini cepat berlalu. Bagaimana kita nak lakukan? Mestilah kita bermula dengan diri kita sendiri. Bagaimana diri kita nak merubah suasana yang ada sekarang ini? mestilah kita mengambil contoh terbaik yang pernah dilalui oleh Manusia yang terbaik iaitu dengan Usrah.

Kerana ada Hadis " barangsiapa yang mengikuti suatu kaum, Dia akan tergolong dalam kaum tersebut"

2. Abang Zaid :
Patutnya abang Zaid yang pertama. Pandai betul abang zaid mengelat.
Abang Zaid berkongsi mengenai tajuk yang amat penting dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan pada setiap hari. Iaitu berkenaan dengan niat. Abang zaid ada terdengar satu pantun di radio IKIM. Pantun ituada menyebut, jika kita muflis di dunia kita boleh jadi kembali berharta. Tapi, jika kita muflis di akhirat, kita rugi selama-lamanya.

Apakah yang dikatakan dengan muflis di akhirat? Iaitu, setiap amalan yang kita lakukan di dunia, kita bukan lakukan hanya kerana ALLAH SWT. Yang kita harapkan pahala, tetapi kita hanya mengumpul angka2 kosong. Jika di padang masyar kelak, ia akan berubah menjadi debu2 yang berterbangan.

Begitulah betapa pentingnya Hadis Rasulullah daripada Umar meriwayatkan " Sesungguhnya, setiap amalan perlu dimulakan dengan niat.."

3.Fatih :
Adik saya yang second last. Peningkatan yang berlaku dalam dirinya, sungguh menakjubkan. Semoga dia layak duduk sebaris dengan barisan Ulama'.
Adik saya berkongsi mengenai Umat manusia sebenarnya semua dalam keadaan rugi. Dia mengambil contoh dengan orang yang mandi di kolam . Sebelum adik saya naik mandi untuk solah jumaat dan asar. Ada ramai yang mandi bersama2nya. Bila lepas solat dia tengok masih ada lagi kawan2 tadi. Bila adik saya bertanya pada mereka dah solat? mereka kata nnti dulu.

Di sinilah adik saya relatekan cerita ini dengan surah al-asr. "Sesungguhnya setiap manusia di dalam kerugiaan. Kecuali orang yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran"

4.Aqilah :
Perubahan yang berlaku pada adik saya sorang ni juga turut berlaku. Alhamdulillah, berkat dia belajar di Kolej Terbaik Dunia. (KTD)

Adik saya sorang ni berkongsi mengenai kisahnya di kolej. Di sana, ALLAH telah menempatkan dia bersama-sama kawan yang tidak berapa mengamalkan Islam secara sebenarnya. Jadi dia rasa terpanggil untuk menjadi contoh dan seterusnya menghidupkan biliknya dengan solah berjemaah. Bacaan Al-Quran dan pelbagai lagi.
Semoga Aqilah jadi Pelajar terbaik Dunia dan Akhirat.

5.Kak Amnani :
Buat masa ni, kakak saya ni..Dialah yang terbaik dalam kalangan adik beradik kami. Tunggulah saat, kami   adik beradik yang lain akan merebut gelaran itu daripada kakak.

Kakak saya mengajak kami adik-beradik untuk melihat kembali aktiviti2 yang kami adik beradik telah jalankan pada cuti kali ini. Dengan berjalan2 di Putrajaya, dan pelbagai program yang telah kami hadiri. Kak am ajak kami sama2 bermuhasabah, adakah program2 yang kami telah lalui dimulakan dengan niat kerana ALLAH. Dan adakah pekerjaan kita lakukan terolong dalam amal2 soleh?

6.Kak Asma' :
Sejak dia berkahwin, banyak aspek yang tertingkat dalam diri kakak saya sorang ni. Harap2 saya juga begitu nanti.

Kakak saya berkongsi mengenai wajiblah kita mensyukuri setiap nikmat yang ALLAH berikan kepada kita. Kak Asma' ceritakan, sepanjang seminggu sebelum ini, dia takdapat buat banyak pekerjaan. Kerana dia diserang demam panas. Jadi, ketika masih dikurniakan nikmat ini, sama2lah kita menjaganya.

7.Ummi :
Ummi pula berkongsi mengenai perlunya kita menjaga setiap sudut diri kita. iaitu : 1. Roh(Jiwa) 2. Jasmani(fizikal) 3. Aqal. dan ada  juga yang menambah perasaan (emosi).
Setiap saat dan setiap ketika, kita mestilah menjaga nya. Di situlah Ummi merumuskan dengan apa yang kami adik-beradik kongsikan.

8.Ayah :
Fitrah adalah peraturan diri sebenar manusia. Fitrah juga merupakan kehendak sebenar asal usul kejadian manusia. Bila dikatakan peraturan, pasti akan ada akibat yang teruk apabila kitamelanggarinya. Dan pasti hidup berasa tenang apabila kita ikut peraturan2 yang telah digariskan. Peraturan2 tersebut telah termaktub di dalam Alquran Dan hadis Rasulullah SAW. ALLAH yang menjadikan kita, dan ALLAH sahaja mengetahui apa yang perlu.

Ayah juga ada menyentuh mengenai Jihad. Terutamanya jihad untuk menjaga diri sendiri mengikuti setiap peraturan2 ALLAH. Selepas itu,ALLAH menunjukkan kepada kami wajah2 syuhada' yang sedang tersenyum.

Setelah selesai, pengerusi majlis merumuskan serba sedikit tentang apa yang kami sama2 kongsikan. Alhamdulillah, selesai juga kami laksanakan kewajiban untuk mengembalikan sinar Islam di atas muka bumi ini.
Setelah selesai Usrah, kami menjamah steamboot. Sedap benget.! tapi time tu dah kenyang.
Semoga kalian dapat manfaat dari perkongsian ini.



3:110

4 comments:

saraH²amizah said...

taqiuddin dan fatih..alhamdulillah ghufran juga telah mampu untuk mencorakkan diri kanak kanak agar lebih matang daripada usia.

[['izzat ibrahim]] said...

Aminn..Tulah. Ana pun jeles tgk diorang lebih baik jika nak bandingkan ana sebaya dgn mereka. Ape2 hal, kita sama2 mendoakan generasi yang akan datang lebih baik dari kita...Aminnn..

~Zawir Amin~ said...

moga ana juga mampu untuk memimpin kuarga ana spt mana yg fmly nta lakukan...

doakan ana...

[['izzat ibrahim]] said...

amin..
Semoga anta berjaya.
Mencabar dan sangat sukar laluannya..
Tapi, bila itu matlamatnya...
Teruskan mencapai.
Ana still mendoakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...