Wednesday, June 30

Travelog - 4Reunion : Khutbah Jumaat.

Berkumpul selepas Solah Jumaat

Seusai tamat sesi rehat pelajar, tiba2 kelaparan saya datang kembali. Tengok Abu Asri pun sedang menjamah lagi, saya terus membeli nasi goreng berlaukkan telur di gerai Makcik Leha. Kami pun masih bertanya-tanya ke mana nak pergi selepas ini. Sama ada nak jumpa guru2 atau teruskan berbual sesama kami. Bincang2, akhirnya kami putuskan untuk berehat di musolla sahaja.

"Bu, bila ko nak amik yot (Syaza)"Saya bertanya kepada Abu.
"Lepas ni kot. Tengoklah mcm mana nanti"
Abu menambah "Geram betul aku ngan yot tu. Dia taknak pergi. Pastu bagi alasan takde kenderaan" Abu dengan konfiden melepaskan geram pada yot kearah ku.

Sebelum tiba waktu Jumaat, kami semua mengambil kesempatan untuk berehat dan bersiap-siap untuk solat Jumaat. Ada sebahagian daripada kami duduk di lobi bersembang bersama Sir Nasir Salleh. Banyak betul perkara yang mereka kongsikan. Rugi saya tidak bersama mereka.

12.40pm. Pelajar MATRI mula memenuhkan musolla. Ada sebahagian mereka membaca Qur'an dan sebahagian lain ada yang berbual. Saya pula, mengambil kesempatan untuk membaca Qur'an bersama beberapa orang sahabat yang lain. Ada juga beberapa sahabat yang beramah dengan adik2 MATRI. Dan ada juga mengambil kesempatan untuk berqailulah secara duduk.

Tepat jam menunjukkan pukul 1.15pm, khatib memberikan salam dan azan terus berkumandang. Beberapa memori tersentak masuk melayani alunan azan dari Saudara Qawiem Baqi. Merupakan pelajar STAM tahun ke-2.

Khatib Jumaat kali ini ialah Abang Nazaruddin. Bekas pelajar STAM MATRI tahun 2004 jika tak silap saya. Baliau merupakan anak jati Indonesia yang sedang berkhidmat di MATRI. Pada saat ini, perasaan saya bercampur antara bangga kerana MATRI telah melatih pewaris pembaca Khutbah dan perasaan kempunan kerana tidak dapat mendengar khutbah yang disampaikan oleh Ustaz Alfadhil Omar Bin Hj Salleh. Beliau merupakan penolong Mudir MATRI. Walaubagaimanapun, Abang Nazar mempunyai semangat dalam penyampaiannya. Tegas intonasinya dan lembut dari segi rentaknya.

Tajuk khutbah pada kali ini adalah "Tugas Muslim Yang Sebenar." :
* Khatib juga ada menerangkan ciri2 sebenar seorang individu yang mengaku diri dia Muslim.
* Perbandingan Muslim dulu dan kini juga ada dibicarakan oleh khatib. Khatib mengambil contoh kisah di Ghaza. Berapa ramai orang Islam dan Negara Islam yang membantu perjuangan rakyat Palestin di Ghaza.
*Peranan kita untuk membantu agama ALLAH.
*Bagaimana untuk kita membantu Agama ALLAH.

Ketika sesi khutbah sedang berlangsung, adakalanya saya menoleh ke saf2 belakang. Haha. setiap tahun pasti perkara sama yang berulang. Tidur. Itulah pelajar MATRI jika nak kenali. Ustaz Hadi selalu memuji pelajar MATRI. Pujiannya berbunyi :

"Pelajar MATRI ni bagus. Depa kalau time ceramah tak buat bising dan ganggu orang lain. Depa tidoq."
Ustaz tergelak kecil. Sambungnya lagi,
"Cara tidoq pun baguih. Tak gerak papan punggung. Wuduq pun tak batal. Dahi rapat ke lantai "

Haha. Masih ingat lagi pakuan Ustaz Hadi kepada pelajar MATRI. Memang tepat kena kat bahagian dahi.

Beberapa kali ku menoleh kearah sahabat2 yang duduk bahagian belakang. Bangga saya lihat. Mata mereka semua tegak kearah khatib. Mungkin mereka merindui saat2 mereka berada di MATRI. Mungkin juga dalam hati mereka ada psedikit perasaan menyesal sebab time mereka kat MATRI, mereka pun dok tidoq time khutbah.

"Izzat, petir tu kat luar" Tiba2 suara Ummi saya berbunyi dari dapur menyuruh saya tutup laptop.
"Nanti jadi macam laptop ayah, rosak" Kakak ku menambah.

Aduhai, baru je nak lengkapkan. Ok lah, i ALLAH saya akan sambung lagi..



3:110
"Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...