Wednesday, June 30

Travelog - 3Reunion : Tiba di Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah

Akhi Afifi Yang Menjemput Kami Berlima.

Dalam pukul 10.15am, Afifi pun tiba untuk menjemput kami berlima. Alhamdulillah, Afifi naik Kereta Toyota jenis Rush. Ramai sikit boleh muat. Tahu lah kami semua ni dah semakin berisi, terutamanya Hilmi dan Abu.

Selepas bersalaman dan memenuhi ruang kereta, Rush terus meluncur menuju ke destinasi kami selepas ini, Bumi Wakafan. Beberapa topik yang kami sembangkan dalam kereta. Yang pasti, topik tu tak lari dari memperkatakan mengenai Reunion dan sahabat2 yang tidak dapat hadir. Sedih pula rasanya kerana ada beberapa sahabat kami tidak dapat hadir. Ada yang sedang berpraktikal. Kekangan keluarga. Kekangan masa. Hemm, Semuaitu penyusanan ALLAH.

Akhirnya kami tiba dalam kawasan yang penuh mutiara tersimpan, Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah.

"Banyak betul perubahan kat MATRI. Lama seh aku tak datang MATRI. Rindu betul aku kat MATRI" Saya begitu terkejut apabila bait2 ini meluncur keluar daripada mulut Muaz Maula.
"Tu lah hang Maula, kluaq Matri awal sangat." Kami mengusik Maula.
"Betul doh..Aku memang dah lama tak datang MATRI ni. Memang rindu seh.." Maula mentaqidkan ayat dia yang pertama tadi.
"Takpa, lepas ni terubat lah rindu hang. Lagi2 jumpa sahabat2 yang lagi lama hang tak bersua muka." Sahabat lain menambah.

Hatiku bertambah berdebar-debar mendengar ayat itu. Saya tidaklah terlalu rindu dengan Bumi Wakafan ini jika nak dibandingkan dengan sahabat2 saya yang lain. Sebab saya tak sampai setahun pun meninggalkan MATRI ini. Saya menamatkan pengajian di sini lebih 2 tahun dari mereka semua. Yang paling saya rindukan adalah sahabat2 saya. Kerinduan saya kepada mereka adalah kerinduan yang paling hebat jika nak dibandingkan dengan kerinduani mereka kepada sahabt lain. Kenapa? Entah, ini adalah fakta yang benar saya sendiri.

"Rindu betul ana dengan nasi Makcik Bibah. Nasi goreng Makcik Leha" Hilmi bersuara.
Beberapa dari kami tergelak kecil. Yelah, Hilmi ni kan memang kuat makan.
"Peh, ana dah 7 tahun makan makanan yang sama. Macam boring je." Saya mencelah.
"Takpa Mi, nanti hang bungkus nasi Makcik Bibah bawak ke Langkawi" Abu mengusik Hilmi.
"Betul jugak erk. Suh Makcik Bibah bungkuskan."
"Banyak lah hang..Belum sampai nanti dah basi."

Kami bergerak ke kantin. Alhamdulillah. Time rehat. Mudahlah kami berjumpa dengan adik2 MATRI. Bagi sahabat2 lain, mereka hanya mengenali adik2 Tingkatan 4 dan 5. Sebab, ketika kami tingkatan 5, mereka berada di tingkatan 1 dan 2. Bagi saya, tingkatan 1 sahaja yang saya tidak kenali. Kami dijemput masuk makan ke dalam kantin guru.

Masya'ALLAH. ramai betul sahabat2 yang dah datang. Kami bersalaman dan berpelukan. Bestnya. Kami berborak panjang dalam kantin guru.

"Jemput2 minum" Shafiy yang pulang bercuti dari syria membelanja kami minum.
"Fiy, minum je?" Kami mengusik.
"haha. Makan beli sendiri lah."

Hilang rasa lapar saya. Entah ke mana dia pergi. Harap2 dia tak datang semula. Kami terus bersembang panjang. Alhamdulillah, beberapa sudut kerinduan telah terubat.

"Dhi, semua dah datang ke?" Seorang sahabat bertanya.
"Belum. Tapi ramai jugak lah yang dah datang."
"Mana yang lain?"
"Entah, ada yang kat musolla. Ada kat asrama."
"Ada lagi ke yang nak datang? bila?"
"Ada.. Basyier dan Lutfi datang petang ni."

Alhamdulillah. Lihat kecerian terpancar dari semua muka sahabat2 yang telah tiba. Walaupun kebanyakannya masih tak mandi. Hehe. Yang paling ceria saya lihat adalah Radhi. Sebelum2 ni dia dok risau sebab baru 20 orang yang respon. Tapi sekarang yang dah hadir lebih dari itu. Sebelum ini, kira-kira 2 minggu sebelum 24hb Radhi ada bertanya pada saya,

"Zat, macam mana ni? kita nak teruskan juga ke ke langkawi?"
"Kenapa Dhi? Tak ramai yang boleh attend ke?"
"Ha'ah Zat. Sekarang baru 20 orang je yang respon akan hadir"
"Huh? susah tu. Tapi Dhi ana dengar Muaz Maula dan Muslim dah tempah tiket kapal terbang terus ke Langkawi."
"Tu lah..Macam mana ye Zat?"
"Dhi, kita kena teruskan jugak program kita ke Langkawi. Kesian sahabat2 yang dah beri komitmen nak datang"

Lupa pula saya untuk mengingatkan sahabat2 agar buat solat hajat. Yelah, bukan senang nak buat program2 seperti ini. Kesian Radhi kena tanggung banyak risiko. Siapa lagi yang boleh kita harapkan selain daripada ALLAH.,

Dan pada saat ini, Radhi kembali tersenyum gembira kerana sahabat2 ramai yang melaporkan diri untuk datang. Pada saat ini pasti satu ayat ALLAH ini ada perkaitannya:

"Dan ketika kita merancang ALLAH juga turut merancang. Sesungguhnya ALLAH lah sebaik-baik perancang"

ALLAH menyusun program kami dengan sebaiknya..Syukran Ya ALLAH Al-Karim.


Akan bersambung..


3:110
"Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...