Tuesday, June 29

Travelog - 2Reunion : Perjalanan Dari Johor

Shafiy. Bercuti Pengajian di Syria.

24hb Jun

Pukul 11.00am. Sempat ku bertanya kepada Hilmi menerusi ruangan komen di facebook.
"Anta punye tiket bila?"
Pertanyaan tidak dijawab. Mungkin Hilmi takde kat komputernya. Saya terus bergerak ke Bandar untuk membeli tiket bas ke Perlis. Tiket yang ku beli menunjukkan arah destinasi ku ke Bandar Kangar. Pukul 10.15pm bas akan tiba di Pekan S.Renggam. RM 75. Tiket semakin mahal. Dulu waktu tingkatan 1, harga tiket kurang RM 50. Ekonomi semakin gawat rasanya ni. Tiba masanya generasi baru untuk membawa perubahan.

Lupa pula nak bertanya pada Abu. Tiket dia pukul berapa. Abu dengan saya sama tempat naik bas. Kami bertolak dari pekan S.Renggam.

Sebenarnya,Ummi dan Ayah saya agak keberatan untuk memberi kebenaran kepada saya pergi ke program reunion ini. Al maklumlah, tambang ke perlis sahaja dah RM 75. Belum tambang balik lagi. Belanja kat Langkawi mesti tak sikit. Saya pun sebenarnya agak keberatan untuk menyertai reunion ini. Ekonomi keluarga pun agak goyah sikit sejak belakangan ni. Aduhai..

Ditambah lagi misi kami, Saya, Hilmi dan Saiful yang masih belum selesai. Misi membantu pakcik dan makcik kami menyelsaikan beberapa masalah. Memang berat untuk saya meninggalkan Johor.

Masih saya teringat, benda pertama yang saya sumbatkan ke dalam beg adalah kasut but bola. Sebab baru tadi dapat mesej dari Radhi yang kami akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan U-18 Matri. "Rindu juga rasanya bermain di Matri." Getus hatiku.

Pukul 10pm. Saya bertolak ke SRA Ghufran. Saya minta pertolongan dari sahabat untuk menghantar saya ke tempat menunggu bas. Sementara menunggu masa yang sesuai, saya berehat sebentar di bilik warden.
Amin Misran memperingati saya,
"Zat, lagi 10 minit nak pukul 10.15pm"
"Ala min. Ari tu sampai pukul 11.00pm ana tunggu."

5 minit selepas itu. Hati berasa sedikit tidak tenang. Macam ada sesuatu yang tak kena. Baik saya bertolak sekarang. Akhi Azrol yang menghantar ku ke tempat menunggu bas. Dalam perjalanan, Hilmi menelefonku.
"Zat, cepat lah bas anta dah sampai. Sekali ngan ana ni."
"Ye ke. ok2. Ana on the way ni"

Oh rupa2nya bas sekali dengan Abu dan Hilmi. Tidak dirancang. Alhamdulillah.
"Cepat pulak bas ni sampai" kataku kepada sahabat.
"Tu lah. Tadi ana sampai kat larkin pun bas dah ada. Selalu lewat sikit."
Kami mula bersembang tentang beberapa topik yang hangat. Topik utama, Reunion.

Tiba2 saya teringat seorang lagi sahabat saya , Saiful Islam. Dia pun bertolak dari Johor.
"Hilmi, mcm mana dengan Saiful Islam?" Saya bertanya.
"Dia dah bertolak dari Muar. Tadi kata dah sampai Seremban."
"Cepat betul. Mesti dia sampai awal ni" Abu merespon.
"Suh dia tunggu kita kat Stesyen Kangar."

Dalam lingkungan pukul 12.25am, kami bertiga mula melayan mood masing2. Hilmi mungkin dapat berjumpa bidadarinya lebih awal.

6.20am. Kami terjaga dari tidur. Bas sedang berhenti di perhentian. Kami turun untuk solat subuh.Selepas solat kami meneruskan perjalanan.

"Saiful dah pergi Matri sendiri. Lama sangat dia tunggu" Abu tiba2 memecahkan keheningan selepas subuh di dalam bas.
"Ye lah. Lama sangat" Saya dan Hilmi mengiyakan.

Alhamdulillah. Akhirnya tiba di Bandar Kangar. 9.45am. Bandar Kangar tak banyak dari segi perubahannya. Mungkin sebab 3 bulan sebelum ini saya baru menjejak kaki di bumi Perlis.

Selang beberapa minit kami turun dari bas, Tiba2 ada seseorang menghampiri kami bertiga. Huh, Muaz Maula. Lama betul kami tak pernah bersua muka. Dia pindah dari Matri waktu pertengahan tingkatan 4. Memang lama dah lama tak bertemu. Dari sudut pandangan saya, jauh betul perubahan sahabt kami ni. Dulu montel, sekarang dah semakin kurus dan semakin macho. Alhamdulillah, ALLAH masih mempertemukan kami. Selang beberapa minit, Muslim yang kami nantikan telah tiba. Maula yang sibuk dari tadi tanye tentang Muslim.

Kami mula bertanya khabar dan bersembang rancak sementara menunggu sahabat kami, Akhi Afifi datang menjemput kami. Baru beberapa orang yang kami jumpa. Seronoknya tidak terhingga. Macam mana erk bila sampai matri nanti. Lagi ramai sahabt yang menanti. Hati ku mula berdebar menanti saat itu.

Akan bersambung..



3:110
"Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik"

5 comments:

nosembilanbelas said...

akak rasa walaupun dah dua tahun tak gie perlis..confirm x berubah lagi

[['izzat ibrahim]] said...

ada..
ada perubahan pada Matri.

Muhd Radhi said...

Alhamdulillah..
x sbaq2 nk tggu smbungannya..

Muhd Radhi said...

Alhamdulillah..
x sabaq2 nk baca smbungannya..

[['izzat ibrahim]] said...

I ALLAH radhi..
Ana berusaha ni untuk lengkapkan catatan kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...