Wednesday, July 14

Birthday : Saya Geram Dengan Kakak Asma'!!

Tajuk itu..Hanya itu sahaja ungkapan yang mampu saya luahkan untuk mengatakan betapa geramnya saya kepada kakak saya yang Sulung, Kak Asma'

.
Selamat Hari Lahir saya ucapkan kepada Kak Asma' saya. Kerana hari ini.14 Julai merupakan tarikh kelahiran Kak Asma'.

Semakin meningkat umur Kak Asma', kegeraman dalam hati saya semakin menyala-nyala. Mana tidaknya..Semakin banyak perkara yang Kak Asma' telah lakukan dan semua perkara itu menyebabkan kegeraman saya bertambah.

Biarlah siapa pun nak berkata-kata..Sempena Hari Kelahiran Kak Asma', saya akan membongkar maklumat satu persatu (Yang terlarat) Sifat insan bergelar Asma' Shamjuddin. Mujur ada laman blog dan Internet tanpa sempadan. Kerana jika disekat, Maklumat tentang Akak saya, tidak dapat saya sebarkan ke seluruh Dunia.

1. Kak Asma' berjiwa Abang.

Dalam keluarga saya, saya merupakan abang yang sulung. Tetapi, kak Asma' saya banyak membuktikan kepada saya yang Dia adalah Akak yang layak juga digelar seorang abang sulung yang baik.
Abang sulung. Mereka mempunyai watak yang serba tidak kisah. Dari sudut zahirnya, mereka kadang2 kelihatan seperti orang yang tidak ambil kisah dengan adik2nya. Abang anas Suhaib sendiri menyetujui akan hal ini. Dia merupakan abang sulung dalam keluarganya. Mereka paling tidak suka mengambil fokus pada hal yang remeh-temeh.
Walaubagaimanapun, hati mereka penuh dengan sifat keperihatinan yang sungguh luar biasa. Mereka tidak boleh melihat adik2nya berada dalam keadaan susah.
Satu contoh yang saya ingin bongkar tentang Kak Asma' :
Perkara ini sering berlaku dalam akhir perbualan saya dengan Kak Asma' dalam telefon. Cukup dengan saya berkata "Asma'..." dengan nada yang lembut. kakak saya terus menyambut " Nak topup lah tu. Hish, asyik minta kita je" Memang pantas dan tepat responnya. Inilah salah satu ciri mereka punyai keperihatinan yang baik. Minta Topup untuk henset. Perkara yang remeh dan tidak disukai oleh abang sulung. Tapi, selang beberapa minit ataupun jam, "Trritt, triitt" Henset saya bergetar menandakan satu mesej telah diterima. Saya buka, dan agakan saya betul. "RM 10 telah dimasukkan ke dalam akaun anda" Fuh, siapa lagi yang topupkan jika bukan Kakak saya Asma' Shamjuddin.
Banyak lagi situasi  ini berlaku dalam beberpa keadaan. Ada sekali tu, saya minta kakak saya rapat dengan kawan saya. Sama sahaja responnya, "Hish, leceh lah izzat ni.." Tapi akhirnya tolong jugak. Haha.

Mereka nampak tidak hiraukan adik, tapi keperihatinannya begitu memuncak tinggi. Abang Sulung. Itulah manusia yang mempunyai sifat ini.

2. Seperti lelaki. Ke sana, ke mari.

Sifat kedua yang saya betul2 geram kepada Kak Asma'. Mana tidaknya, dia kan Kaum Hawa.. Tapi aktifnya mengalahkan segelintir kaum Adam yang "Arrijal kawwamu 'ala Nisa'" Hem.. Memang geram. Harap2 Izzat takkan kalah dengan Kak Asma'.
Kadangnya saya berasa hairan, Kenapalah anak perempuan Shamjuddin Romani ni tidak seperti wanita2 yang lain..Pelik. Kalau kakak saya sorang sahaja ok lagi.. mudah nak selesaikan Ini semua perempuan anak Shamjuddin lebih kurang sahaja.
Kak Asma'. Wanita yang tidak boleh duduk senyap kat rumah. Ada sahaja perkara luar yang perlu dilakukan. Program di sana, program di sini. Halaqah, usrah, meeting, urusan pejabat, Relawan HALUAN..Haiyaa. Banyak betul program yang dia aktif. Saya sendiri tak sampai tahap macam tu (macam dah kalah je saya ni).
Pernah perkara ini dibangkitakan dalam perbualan saya bersama Kakak Amnani dan Ummi.
"Kenapa ye, anak2 Ummi yang perempuan aktif sangat? Kalau yang lelaki takpalah..Memang sifat mereka."
Ummi menjawab " Entahlah..Mungkin sebab Ummi pun dulu ter Hyper Aktif kot waktu muda2 dulu. Maklumlah..Orang kampung. Terjun sungai sana, terjun sungai sini. Main lastik, tangkap ayam kampung lah. Patut anak2nye terlebih aktif"
Huh, sebab itu kah? Haha. Ibu Ayah borek, anak2 merintik. Itu sahaja istilah yang sesuai. Jadi, siapa2 yang inginkan anak2 mereka aktif dan baik nanti, mulalah aktif2kan lah diri anda dari sekarang. Perempuan dan Lelaki serupa.Cuma jangan lambat ye.

Aktif. Itulah sifat kakak saya yang kedua.

3. Dia dah berkahwin.

Perkara yang ketiga ni juga menjadi faktor saya geram dengan kakak saya. Kahwin. Kenapa pula nak geram2 ni.? Sebenarnya, kahwin ini adalah satu istilah yang mudah disebut oleh sesiapa sahaja. Semua boleh berkata yang dia teringin dan mahu berkahwin. Tapi berapa orang yang sanggup menghadapi nya?

Saya berkata ini dengan merujuk salah satu firman ALLAH "ALLAH tidak akan membebani seseorang itu dengan ujian yang mereka tidak mampu" Kahwin adalah satu bentuk ujian yang sangat tinggi. Kak Asma' telah dan sedang menghadapinya. Bermaksud, dia sekarang berada pada level yang lebih tinggi.
Huh, ni yang saya geram ni. Abang Zaid lah ni puncanya..(aceh, lawak saja abang zaid ku sayang..)
 
Penutup

Cukup sekadar 3 ciri yang saya bongkarkan maklumat mengenai Kakak Asma'. Hati saya semakin meluap-luap seiring jumlah button keyboard yang saya tekan. Mana tak nya, Kak Asma' berada di tahap yang lebih. Mana boleh! Geram2~!.

Walaubagaimanapun saya masih ada masa untuk meningkatkan diri. 19 tahun. Umur terkini Kakak Asma' 24 tahun genap. Mungkin telah lebih jam dan minit sahaja.

Kak Asma'..Semoga setiap kerja dan perjalanan hidup Kak Asma' sentiasa dipayungi dengan Rahmat dan keRedhaan ALLAH swt. SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN YANG KE-23.

Hadiah??erk..mana ada duit. Kita pun selalu minta duit awak..Hehe.

Sekian, Assalammualaikum WarahmatULLAHi wabarakatuh.




3:110
"Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik"

10 comments:

Aeisha Insyirah said...

power ah k.asma'..izzat ana tumapng jd adik jga..hehehe

Syed Ahmad Fathi said...

nak dengar cite solahuddin pulak la.

Unknown said...

aeisha : boleh2..silakan naik.

syed : insya'ALLAH fathi.. 17 April tahun depan..

asmashamjuddin said...

umurku baru 23 la..

izzat ibrahim said...

haiyaa..kantoi2.
kene tukar lah ni..(malu2)

Anonymous said...

('_')hurm..nice2x..alhamdulillah... moga Allah redha... Penulisan yang sgt bermakna adalah penulisan yang benar2 ikhlas krn Allah dan lahir dari hati si penulis utk menggapai keredhaan Allah semata2...

Unknown said...

Sis :
Insya'ALLAH..
Doakan izzat dapt terus istiqamah dan mampu berusaha untuk menjadi Yang Terbaik

bintufadeen said...

k.asma' seorang wanita yg hebat...tahniah :)

Unknown said...

Hemm..Beliau mmg hebat.
Selepas menjani satu proses yang sangat merumitkan..
Perubahan dan Peningkatan.

Anonymous said...

Saya merupakan penulis blog underground yang sering mencuri lihat progres blogger-blogger yang ada lebih lagi dalam Malaysia . Walau apa pun , saya nak tegaskan di sini yang saya puji gaya penulisan awak tentang kakak awak . Ia nampak serong pada tajuknya tapi mempunyai pembawaan cerita yang menarik . Pendek kata , saya nampak keikhlasan awak bila bercerita tentang kakak awak . Semoga awak dan orang yang awak sayang di bawah rahmat dan redha Allah . ^_^ . kod_lawatan/3031438

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...