Selepas mengharungi perjalanan yang panjang dan ada juga diselitkan unsur2 jenaka, akhirnya kami tiba di destinasi kami, Asrama Anak Yatim dan Miskin. Inilah buat pertama kalinya saya dan majoriti sahabat2 saya menjejakkan kaki kami di sini. Alhamdulillah, memang saya sendiri pernah berhajat untuk ke sini. ALLAH izin sampai juga. Oh, lupa nak habaq. Kami tiba di asrama tersebut pada pukul 1.00pm. Kurang satu jam perjalanan dari jeti.
Selepas mengambil rehat sebentar, Tuan Rumah, Akhi Firdaus menjemput kami untuk makan tengah hari. Lauk tengah hari tu, kari ayam. Memang masyu'. Terbaik dari ladang. Dapat juga makan bersama-sama kat talam.(dulang). Ada sebahagian dari kami makan berdua kat pinggan. Itu memang romantik lah. haha.
Seusai makan, kami yang menaiki van avanza pergi ke pekan Kuah. Sebab nak penuhi hajat Abu. Dia nak beli kasut futsal. Sian dia. Duk mengadu beli kasut mesti ada problem. Waktu kat kelantan dia dah dapat beli, tapi terbesar pula. Time kat Kangar pun dah cari, tapi tak jumpa saiz yang betul2 sesuai untuk dia. Almaklumlah, orang perlis ni halus2. Mana nak dapat kasut saiz 9 mcm dia.(kalau tak silap ah..hehe)
Sebelum meneruskan perjalan kami menuju ke kedai kasut Al-Ikhsan, kami singgah solat di Masjid Jami' Aisyah. Mantap masjid tu, semua kipas ada remote control. Jenuh kami nak cari suisnya. Sib baik Afifi tinggi, boleh lah capai punat on kipas yang tinggi. Kalau yaseq, alamatnya berpanas lah kami. (diri sendiri tak kata, haha)
Alhamdulillah, akhirnya Abu menjumpai kasut yang selama ini dicari-carinya. Nike. RM 216. Warna kuning hitam. Memang sepadan lah dengan baju jersi Malaysia yang dia pakai.
Smart lah Bu.
Nampaknya, Abu memang dah tak sabar2 nak main futsal ni. Gaya pemakaian dah macam golongan profesional. Ok Bu, cakap banyak tak guna. Jom main lah..
3:110
"Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik"
4 comments:
Alhamdulillah!!
Thanks Radhi..
"Almaklumlah, orang perlis ni halus2. Mana nak dapat kasut saiz 9 mcm dia.(kalau tak silap ah..hehe)"
izzat bukn xdk saiz 9..tp dah abis..haha..
to Anonymous :
haha..
ni mesti afifi.
Sori bro. silap2.
Post a Comment