Friday, July 2

Travelog - 11Reunion : Futsal Dan Terjun

Sekarang kami berada di Pusat Futsal XXX (Macam takde nama je futsal ni). Satu perkara yang pelik kat pusat futsal ni, bola dia tak sediakan. Kena bawa bola sendiri. Aduhai, terpaksa lah kami beli sebiji bola. Bajet lari sikit lah. Bukan tu ja. Nanti lepas habis main, siapa yang nak pegang?.

Abaikan semua masalah tu dulu. Yang penting, main futsal. Jadi, kami pun beli sebiji bola futsal. Bajet2 bawah RM 40. Tapi ALLAH izin dapat RM 45 juga. Dapat greenlight dari ketua kami, Radhi. Kami terus beli.

Bola yang bertuah.

Petang tu kami semua dapat berkumpul pada pukul 3.15pm. Selepas membuat persediaan mental dan fizikal, Radhi mengarahkan kami agar berkumpul untuk buka majlis dan pembahagian kumpulan. Pada awalnya, semua daripada kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Pastu tengok macam banyak lebih, kami pecah pula kepada 5 kumpulan.

Perlawanan petang tu memang sangat sengit. Setiap kumpulan bersungguh-sungguh mengejar kejuaraan. Walaupun pihak penganjur tak sediakan pun hadiah.

Beberapa gelagat yang mencuit hati berlaku. Mana tak nya, semua gi bawa muatan berlebihan. Ada juga yang masih steady. Contoh seperti Basyier dengan semangat keBasyierannya. Izzat Mat Suki dengan gaya ala2 Drogba. Che Wan pun masih steady. Memang rancak lah.

Tapi, kalau ada Apoy(faheem), Syawal, Hariz(haha) mesti lagi rancak. Aduhai, rugi2 hampa tak mai. Takpa2, nanti saya balik mesir, antum buat sekali lagi. Kalau 2 tahun lagi, alamatnya semakin bertambahlah muatannya. Harap2 tidak lah ye.

Jamalin.
Oh, baru teringat. Dia ni adalah sahabat kepada sahabat2 kami yang belajar di KTD. Kira secara tak langsung, dia pun sahabat kami lah. Dia ni 2 pupu kepada Firdaus. Memang anak jati Pulau Langkawi juga. Dia ada kata,

"Pusat Futsal yang aku tahu kat Langkawi ni semua ada 3."
Tambahnya lagi "Pastu semua jenis tak sediakan bola. Kene bawa mai dari rumah"

Entahlah, memang style sini kot. No komen.

Lepas penat bermain, kami berkesempatan untuk tangkap gambar bersama-sama. Mula2 si Jamalin ni malu2 kucing. Lepas puas dipujuk oleh kami semua, dia datang juga. Aceceh..Macam artis ye kamu.


Saat ini memori 2 tahun lepas kami kembali semula. Waktu tu kami bermain futsal bersama-sama ketika program Graduasi Lepasan SPM dan ada rakaman gambar bersama. Jumlah pemain2 ketika itu lebih sikit berbanding hari ini. Walau apapun, Ukhuwwah kami tetap terjalin denagn erat.
*Sesiapa yang ada gambar time tu habaq mai kat ana ye.

Setelah selesai aktiviti kami di pusat futsal ini, kami terus ke air terjun. Membersihkan diri...
(Tengah mandi mana boleh type. Rosak laptop. Ok, akan bersambung..)





3:110
"Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik"

5 comments:

Amin Roseli said...

ana ada gmbaq tu,nak bg brapa rgt?

[['izzat ibrahim]] said...

to amin :
RM 100. boleh. Mahal gambar tu.. Mane leh jual beli.

Takpa2.
Afifi dah bagi..
wu~

Muhd Radhi said...

Alhamdulillah!!
Moga ALLAH kuatkan anta!!

Albo said...

izzat ana menanti yang ke 12 pulak nii

[['izzat ibrahim]] said...

radhi : amin..Dhi, ana mmg kuat pun..hehe

Albo : Sabr2 albo. Baru blk dari ganu ni. Sabar ye sayang..(geli)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...