Kesebelasan Utama Kami
Saya dan sahabat2 lain turun ke padang lebih awal daripada mereka. Training2 sikit kononnya. Try2 sepak dengan kaki yang dah lama tak terguna ni. Oh, masih berfungsi. Insya'ALLAH masih boleh bermain petang ni.
Cuaca pada petang itu sangat baik. Kami dalam kondisi yang sesuai untuk mencapai kemenangan. (ceh. harapan)
Perlawanan pada petang itu agak sengit. Kelihatan Cikgu Razak mengawal mereka dengan penuh serius. Kalau sekali pandang ada iras2 seperti Pengurus Pasukan Bola Sepak England, Fabio Capello. (Haha). Pasukan kami memakai jersi serba putih. Disponsor khas oleh sahabat Perak (Pinjam saja). Pasukan Bawah 18 MATRI pula iras2 pemain Natherland. Serba jingga. Selepas perlawanan hampir 25 minit berlangsung, wisel penamat separuh masa pertama ditiup. Aksi berkesudahan seri 0-0.
Barisan Kedua Kami.
Untuk perlawanan separuh masa yang kedua, kami membariskan pemain kesebelasan kedua. Perlawanan berlangsung agak sengit. Beberapa tragedi lawak yang berlaku. Hilmi terjatuh ketika menyepak bola. Mungkin akibat barang muatan nya terlalu berat kot. (Hehe, sori mi). Satu demi satu gol kami dibolosi. Adoi. dah 4-0. Masya'ALLAH, hebat betul pasukan MATRI. Mentang2lah mereka duduk bawah asuhan Fabio Capello versi MATRI. (Cikgu Razak). Akhirnya, kami dihadiahi 1 gol. Hasil jaringan akhi Hanif Ismail. Itupun Aker main bohong. Bola dah keluar tapi dia bawa juga. Takpelah noh..Penat kami mai jauh2. Satu pun jadi lah.
Selepas perlawanan tamat, kami semua bergamabar.
Oh, lupa pulak. Bila tengok gambar ni, baru saya perasan yang kami ada juga pengurus. Ustaz Mahadzir. Thanks Ustaz sebab belanja kami buah pisang. Abu jenis tak reti cover2,
"Siapa yang ajaq hampa makan pisang lepas main ni?"Abu dengan selamba.
"Weh Bu, Ni Ustaz belanja lah." Kami bisik kat Abu.
Dari jauh Ustaz cakap kat Abu,
"Nak buat macam mana. Kerepak dari Johor takdak"
Kami semua ketawa kearah Abu.
Abu..Abu.
Satu tekad yang saya buat lepas perlawanan ini adalah berazam untuk mula semula berjogging. Memang tak puas main tanpa stamina. Tapi sampai ke hari ni pun tak jogging2. Adui2.
Ok lah..Akan Bersambung..
3:110
"Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik"
2 comments:
Abu mmg camtu. Aku ade dengar afifi cite.
mmg mulut main lepas.hahahahhaa.
mesti dia malu tapi buat muka konfiden.
Haha..itu sudah pasti.
dah berapa tahun tak jumpa,
anta masih ingt jenis abu yerk..
drinya still konfiden..
Post a Comment