Thursday, July 1

Travelog - 6Reunion : Friendly U-18 MATRI

Kesebelasan Utama Kami

Seusai makan petang, kami semua membuat persedian untuk menghadapi perlawanan persahabatan pada petang ini. Pasukan yang akan kami hadapi adalah pasukan adik2 Under 18 Maahad Attarbiyah AL-Islamiyah. Mereka bukan calang2 pasukan. Mereka antara pasukan yang digeruni oleh pasukan 2 sekolah lain di Perlis. Tunggulah kami yang akan mengalahkan mereka petang ini. Hehe. Sabaq ye.

Saya dan sahabat2 lain turun ke padang lebih awal daripada mereka. Training2 sikit kononnya. Try2 sepak dengan kaki yang dah lama tak terguna ni. Oh, masih berfungsi. Insya'ALLAH masih boleh bermain petang ni.

Cuaca pada petang itu sangat baik. Kami dalam kondisi yang sesuai untuk mencapai kemenangan. (ceh. harapan)

Perlawanan pada petang itu agak sengit. Kelihatan Cikgu Razak mengawal mereka dengan penuh serius. Kalau sekali pandang ada iras2 seperti Pengurus Pasukan Bola Sepak England, Fabio Capello. (Haha). Pasukan kami memakai jersi serba putih. Disponsor khas oleh sahabat Perak (Pinjam saja). Pasukan Bawah 18 MATRI pula iras2 pemain Natherland. Serba jingga. Selepas perlawanan hampir 25 minit berlangsung, wisel penamat separuh masa pertama ditiup. Aksi berkesudahan seri 0-0.

Barisan Kedua Kami.

Untuk perlawanan separuh masa yang kedua, kami membariskan pemain kesebelasan kedua. Perlawanan berlangsung agak sengit. Beberapa tragedi lawak yang berlaku. Hilmi terjatuh ketika menyepak bola. Mungkin akibat barang muatan nya terlalu berat kot. (Hehe, sori mi). Satu demi satu gol kami dibolosi. Adoi. dah 4-0. Masya'ALLAH, hebat betul pasukan MATRI. Mentang2lah mereka duduk bawah asuhan Fabio Capello versi MATRI. (Cikgu Razak). Akhirnya, kami dihadiahi 1 gol. Hasil jaringan akhi Hanif Ismail. Itupun Aker main bohong. Bola dah keluar tapi dia bawa juga. Takpelah noh..Penat kami mai jauh2. Satu pun jadi lah.

Selepas perlawanan tamat, kami semua bergamabar.


Oh, lupa pulak. Bila tengok gambar ni, baru saya perasan yang kami ada juga pengurus. Ustaz Mahadzir. Thanks Ustaz sebab belanja kami buah pisang. Abu jenis tak reti cover2,

"Siapa yang ajaq hampa makan pisang lepas main ni?"Abu dengan selamba.
"Weh Bu, Ni Ustaz belanja lah." Kami bisik kat Abu.
Dari jauh Ustaz cakap kat Abu,
"Nak buat macam mana. Kerepak dari Johor takdak"
Kami semua ketawa kearah Abu. 
Abu..Abu.

Satu tekad yang saya buat lepas perlawanan ini adalah berazam untuk mula semula berjogging. Memang tak puas main tanpa stamina. Tapi sampai ke hari ni pun tak jogging2. Adui2.

Ok lah..Akan Bersambung..




3:110
"Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik"


2 comments:

Syed Ahmad Fathi said...

Abu mmg camtu. Aku ade dengar afifi cite.
mmg mulut main lepas.hahahahhaa.
mesti dia malu tapi buat muka konfiden.

Unknown said...

Haha..itu sudah pasti.
dah berapa tahun tak jumpa,
anta masih ingt jenis abu yerk..
drinya still konfiden..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...