Thursday, July 1

Travelog - 7Reunion : Malam Pertama



Seusai perlawanan persahabatan, kami semua bersiap-siap untuk menunaikan solah Fardhu Maghrib. Saya,Afif,Che Wan dan Azri mandi di rumah Shafiy. Cian shafiy. Sanggup dia bawa kami yang sedang berpeluh ni. Takpa2, hajat sahabat.

Selang beberapa minit, Bashier menelefon Shafiy. Dia memaklumkan yang dia dah tiba di stesyen bas Kangar. Memang Shafiy yang menyuruh basheir memaklumkan padanya jika dah sampai. Shafiy mengambil Basheir di Kangar.

Malam ini, aktiviti kami adalah berkunjung ke rumah Akhi Hamizan. Mak dan Ayah hamizan jemput kami semua makan malam di rumahnya. Saya bertolak terus ke rumah Hamizan dari rumah shafiy. Saya dan Afif naik motor. Sebab, nanti kami singgah di Kangar untuk menjemput Akhi Lutfi yang baru tiba dari Melaka.

Tepat jam menunjukkan pukul 9pm, sahabat2 telah berkumpul di rumah Hamizan.

Jamuan kami di mulakan dengan sikit kata alu-aluan dari pakcik Ghazali. Beliau juga mewakili anaknya, Umar Muhajir yang tidak dapat berReunion bersama kami. :
*Beliau mengucapkan tahniah kepada kami kerana dapat buat program seperti ini.
*Beliau menagatakan batch kami agak istimewa sebab selalu berhubung.
*Baju batch kami pun dia selalu pakai kat rumah.
*Iman dan Ukhuwwah tak boleh dipisahkan.
*Ambil sahabt2 nabi sebagai contoh.
*Utopia: sesuatu yang sukar dicapai.
*Kesan Ukhuwwah : tolong menolong dan ingat-memperingati.
*Gunakan kemudahan yang ada sebaiknya.
*Generasi muda adalah sangat penting.

Majlis ini diteruskan dengan tazkirah daripada tuan Rumah, Pakcik Hamid :
*Beliau mengutarakan kesan pemuda kepada bangsa.
*Beliau juga menyelitkan motivasi untuk kami sebagai pemuda.
*Keadaan Palestin dijajah oleh dunia.
*Isu Palestin mesti diambil penting.
*Afrika sekarang berbangga kerana satu dunia tumpu kearah mereka.
*Tugas pemuda mengembalikan syiar ISLAM.
*ALLAH memuliakan pemuda. Surah Ali Imran:10 dan Suarah Al-Baqarah:143.

Seterusnya, shafiy membaca doa Rabithah.

Baru nak mula sesi makan, beberapa orang dari kami terpaksa mengundur diri kerana nak menjemput sahabat kami, Muaz Mat isa yang tunggu di Stesyen Bas Alor Star. Aduhai,penat depa tunggu time makan. Takpa2, rezeki anda di tempat lain.

Mereka semua makan dengan penuh khusyu'. Makcik Maziah menyediakan menu special malam ni. Sto Johor. Sambal kicapnya nampak menyeramkan. Peh pedas. Dah lama tak makan pedas.

Jam menunjukkan pukul 10.30pm.Kami semua mohon mengundur diri. Selepas bersalaman, kami semua beredar.

Beberapa konvoi kereta bergerak ke rumah Shafiy. Sempat juga melihat perlawanan Bola FIFA. Antara Portugal dan Brazil. Aksi berkesudahan seri 0-0.

Pada malam pertama ini, kami semua tidur di musolla MATRI. Sebelum tidur sempat berbual bersama-sama yaser. Buat lawak tak habis. Kesian Hilmi. Dia bandingkan henset Nokia N95 dia yang ori dengan Henset Nokia N95 Hilmi yang buatan Cina. Keras perut kami ketawa pada malam tu.
Auhai, Yaseq..yaseq.

1.00am. Suasana sunyi. Yang kedengaran hanyalah suara cengkerik yang cuba melawan bunyi dengkuran.



3:110
"Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik"

3 comments:

Muhammad Radhi said...

Alhamdulillah..
semakin menarik olahan!!
LIKE!!

Unknown said...

ceh..
ingat fb kot.
Thanks Radhi.

Muhammad Radhi said...

u re welcome!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...